Eunbi p.o.v
Eunbi terjaga di sebuah bilik yang sangat asing baginya. Bukan dia ada kat rumah ke tadi sebelum ada tembakan kedengaran. Lepas tu dia pengsan? Kat mana ni? Dia kena culik ke?
" Eunbi, kamu okey?" Eunbi berpaling ke arah suara itu. Chan? Apa yang dia buat kat sini? Kepalanya yang masih berdenyut dipegang perlahan. Chan meletakkan dulang berisi nasi goreng dan jus oren itu di atas meja tepi katil eunbi.
" Apa yang awak buat kat sini? Kejap. Macam mana awak boleh ada kat sini? Jangan-jangan.. Yah! Christopher bang! Awak bawa saya kat rumah awak? Ish, nak kena ni.." Marah eunbi. Chan tergelak kecil sebelum meminta eunbi bertenang.
" Eun, relak.. Saya tak bermaksud nak culik awak. Saya kesian tengok awak kena pukul dengan appa awak. Sebab tu saya bawa awak ke sini. Tengok tangan awak tu. Berlebam. " Eunbi memandang ke lengannya. Kebetulan dia pakai baju lengan pendek. Memang ada kesan berbirat. Dia memandang chan meminta penjelasan tentang kesemuanya.
" Okey. Saya pecah masuk rumah awak sebab nak selamatkan awak. Saya pengsankan awak guna klorofom. Awak dah tak sedarkan diri. Saya bawa awak ke rumah saya. Pembantu rumah saya tolong tukarkan baju awak. Jangan risau. Dia perempuan. Awak dah seminggu lebih pengsan. Kesan Klorofom kuat sangat. Faham? " Terang chan satu persatu. Eunbi mengangguk sebelum selimut ditolak ke tepi.
" Saya nak balik rumah chan. Saya nak minta maaf kat mereka. " Kata eunbi namun chan menghalangnya.
" Sorry tapi awak tak dapat balik. Parents awak dah jual awak eunbi. 1 juta won duit saya hilang sebab nak selamatkan awak dari dijual kat orang lain." Kata chan. Terus terduduk eunbi semula di atas katil itu. Dia tahu keluarganya benci kan dia, tapi takkanlah takde langsung rasa sayang kat dia? Apa beza dia dengan kakaknya sampai kakaknya dapat segala-segalanya.. Sedangkan dia? Dilayan macam sampah bila dapat keputusan teruk dalam ujian.
" Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya beli awak. Kalau awak nak, awak boleh balik semula ke rumah awak. Tapi kalau apa-apa jadi, please call me. Jangan rasa awak menyusahkan saya eun. Awak tak pernah menyusahkan sesiapa." Chan tersenyum manis. Eunbi memandang muka chan sebelum menggelengkan kepala.
" I guess this is my New home? " Terus mekar senyuman chan mendengar kata-kata eunbi.
" Kalau macam tu, kejap lagi saya bagi baju aya . Awak siap dan mandi. Lepas tu kita pergi beli baju baru untuk awak. Beli sekali keperluan sekolah awak. Saya dah tukarkan sekolah awak untuk elakkan Parents awak cari awak.." Terang chan satu persatu. Eunbi hanya mengangguk. Dia tak larat nak fikir apa-apa.
--------
Chaeyeon p.o.v" Cik chaeyeon dah bangun? " Suara seseorang menyedarkan chaeyeon dari mengelamun tidak mengetahui dia berada di mana. Dia terpinga-pinga memandang wanita separuh abad itu.
" Ahjumma ni siapa? Saya kat mana?" Wanita itu membawa sepasang hoodie hitam bersama seluar berwarna hitam sebelum meletakkan di sebelah katil chaeyeon.
" Ahjumma pembantu rumah kat sini. Kamu boleh panggil Ahjumma Lee je. Kamu ada kat Han mansion. Tuan Muda Han yang bawa kamu kat sini.." Kata Ahjumma Lee itu. Chaeyeon berkerut. Tuan Muda Han? Siapa tu? Aku kenal ke? Sedang dia berteka-teki dengan dirinya, ada seseorang menterjah masuk bilik itu. Dia terkejut melihat chaeyeon dah sedar.
" Eh. Hai chaeyeon. Saya ingat awak belum sedar lagi. Awak ingat saya tak? Ataupun dah hilang ingatan sebab demam?" Han tergelak kecil melihat muka blur chaeyeon.
" Saya tak nak ingat awak walaupun saya ingat. Awak selalu kacau saya kat sekolah." Kata chaeyeon pura-pura merajuk. Han tertawa kecil sebelum duduk di katil chaeyeon. Telapak tangannya diletakkan di dahi chaeyeon.
" Alala.. Comelnya cik Lee chaeyeon ni merajuk. Nanti saya belanja aiskrim eh. Tapi kan kenapa awak pengsa. Kat bus stop? Seorang diri dengan basah kuyup pula tu. Kesian saya tengok awak.." Tanya Han perlahan. Chaeyeon mengeluh dan wajahnya bertukar muram.
" Omma saya halau saya. Yelah.. Siapalah saya? Dia hanya anggap saya pembawa malang sebab adik-adik saya meninggal sebab mereka cuba selamatkan saya. Mulanya omma dapat terima juga. Tapi lepas appa pula tinggalkan omma, omma mula salahkan saya dalam hal ni. Tak pernah saya sangka dia nak halau saya.. " Han memandang Ahjumma Lee yang memandang chaeyeon sayu.
" Kalau chaeyeon nak panggil Ahjumma omma pun boleh. Mulai sekarang, chaeyeonlah satu-satunya anak Ahjumma. Kamu anak omma, omma ibu kamu okey? " Chaeyeon memandang Ahjumma Lee dengan sayu sebelum mengangguk kepala laju. Dia tersenyum dalam linangan air mata.
" Omma ni dah jumpa chaeyeon, Han tak dipedulikan lagi.. Yelah siapalah han kan.. " Rajuk Han. Ahjumma Lee berpura-pura marah dengan memukul bahu Han lembut. Tergelak mereka berdua di situ. Chaeyeon tersenyum. Ini mungkin permulaan baru dalam hidup aku..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
RandomIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...