INTRO: KIM MINJU AND LEE MINHO

264 26 2
                                    

Minju p.o.v

    " Hai sayangku kim minju!" Suara yang datang dari pintu kelas 4-1 membuatkan minju kelam kabut menurunkan lengan baju sekolahnya. Minho memeluknya dari belakang dan membuatkan dia sedikit tersentak.

   " Apa ni minho? Sejak bila saya jadi sayang awak? Heish.. Tak malu betul.." Kata minju sambil menolak tangan minho. Jarang minho datang awal macam ni. Selalu masa cikgu dah masuk, baru dia sampai. Lepas tu, buat muka seposen dia kat cikgu.

   " Sejak kecil lagi.. Minju, kenapa dengan bibir awak ni?" Minho menyentuh hujung bibir minju yang sedikit luka sebelum minju menolak tangannya kuat. Dia lupa pula lukanya di hujung bibirnya ini.

   " Saya jatuh tadi.Tersalah langkah kat tangga.." Jawab minju sebelum tersenyum manis. Padahal dia dah gugup nampak muka minho dan berubah serius berbanding tadi. Tadi, ada senyuman manis. Ni serius betul..

   " Jatuh? Please lah minju.. Jangan buat lawak bodoh." Kata minho dan terus menarik tangan minju ke bilik sakit. Minju hanya mengikut tanpa rela.Lengannya yang minho tarik adalah lengannya yang luka teruk. Pelbagai luka ada kat situ.

   " Duduk." Arah minho pada minju sebaik sahaja mereka tiba di depan bilik sakit itu. Minju duduk di salah sebuah kerusi di meja bulat di pondok itu. Dia rasa tak selesa apabila banyak mata memandangnya. Minho masuk ke bilik sakit dan membawa sekotak first aid. Kotak itu diletakkan di atas meja bulat itu sebelum plaster kecil dikeluarkan.

   " Sini sikit. Saya nak lekatkan plaster ni kat awak." Kata minho.Minju hanya mengikut arahan. Sekarang bibirnya dilekatkan dengan plaster itu untuk mengelakkan luka makin teruk.

   " Minju, bagitau saya apa sebenarnya yang terjadi?" Tanya minho setelah 5 minit mereka mendiamkan diri. Minju hanya kaku dan senyap di kerusinya.Matanya memandang ke arah kawasan taman yang penuh bunga-bungaan.

   " Tak de apalah.. Saya nak masuk kelas. Nak ulangkaji untuk esok." Kata minju. Dia bangun namun belum sempat berlalu, minho tarik tangannya dengan kuat. Terus menjerit kesakitan dia.

   " Minho! SAKIT!" Minho terkejut. Dia menarik minju sebelum menarik lengan baju minju. Penuh kesan luka berbirat dengan rotan.Dia memandang minju tak percaya namun gadis itu menundukkan mukanya. Dia menarik tangannya dan berlari ke kelas. Minho termanggu di situ.

Minho p.o.v

     " Minju..." Dia hanya boleh melihat minju yang semakin jauh darinya. Apa jadi kat minju? Betul ke hidup dia yang gembira sebelum ni? Tak boleh jadi ni.. Minho mengambil telefon di dalam poket dan mendail nombor seseorang.

    "Helo,hyung. Aku nak minta tolong kat kau. Ha.. Kawan aku. Kim minju nama dia. Alamat? Aku rasa dekat taman Rose. Tapi, tak pasti. Nanti aku cari lagi.. Kumpulan dia nama izone. Ha. Kumpulan yang ahlinya cantik tu.. Boleh ke? Ok. Tq, hyung!" Panggilan ditamatkan. Minho menyimpan telefonnya sebelum menyimpan kotak first aid semula. Dia sempat mintak ubat untuk parut dan kain dari jururawat yang menjaga bilik sakit itu sebelum balik ke kelas.

 Dia sempat mintak ubat untuk parut dan kain dari jururawat yang menjaga bilik sakit itu sebelum balik ke kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE HEALER MAFIAWhere stories live. Discover now