Minju p.o.v
" Minju dah balik..." Pintu rumah terus ditutup oleh minju. Dia memandang ke sofa. Kakak tiri dan ibu tirinya berada di situ memandangnya dengan muka bengis. Dah kenapa kakak dengan ibu tiri aku ni?
" Kenapa kau menggatal dengan lelaki lain?" Suara ibu tirinya membuatkan dia sedar dari lamunannya. Minju hairan. Lelaki mana? Minho? Takkanlah dia menggatal sedangkan dia ada fobia dengan manusia bernama lelaki ni.
" Mana ada minju menggatal dengan mana-mana lelaki. Kalau minho, minju cuma kawan je lah dengan dia.." Balas minju perlahan. Ibu tirinya mendekatinya sebelum rambut coklat minju ditarik kuat. Terjerit kesakitan gadis itu.
" Habis tu kau nak cakap anak aku tipulah? Kau jangan nak menipulah. Dasar anak perampas! Kau dengan mak kau tu sama je perampas lelaki orang!" Balas mak tirinya lagi sebelum rambut minju dilepaskan. Minju memandang muka mak tirinya dengan marah.
" Mak jangan nak tuduh omma minju! Omma minju tak salah dalam hal ni! Kalau tak sebab appa, minju takkan ada kat rumah ni dan omma takkan tinggalkan minju awal sangat!" Balas minju lagi sambil menjerit. Tangan ibu tirinya terus menampar pipi minju sebelum remaja 16 tahun itu ditarik ke stor yang terletak di bawah tangga.
" Kau duduklah kat sini sampai ayah kesayangan kau tu balik! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Pintu bilik stor terus dikunci. Minju tak sempat menahan dan memandang sekeliling dalam bilik stor itu. Gelap.
" Omma.. Minju nak omma.. Omma...." Minju memeluk lututnya kuat. Air mata yang mengalir dilap kasar. Lama lagilah dia terperuk dalam tempat ni. Appa balik lusa. Kalau mati pun dia tak kisah asalkan dia dapat jumpa omma. Dia bencikan dunia ni sejak omma tinggalkan dia dulu.
Puan Kim p.o.v
" Mak kurung minju dalam tu lagi? Kalau appa balik tiba-tiba lagi macam mana?" Tanya kim ahyeong, kakak tiri minju. Puan kim tersenyum sinis sebelum kunci itu dicampak sehingga ke rak kasut.
" Biarlah bapa dia tu balik. Nanti mak cakap apa yang minju cakap tadi supaya semua orang bencikan minju tu termasuk appa kamu sekali." Balas puan kim. Rancangan di televisyen dipandang. Ahyeong tersenyum jahat.
" You know appa takkan percaya apa yang mak cakap kan?" Ahyeong bersuara kembali. Puan kim hanya membuat muka tak tahu sebelum pintu diketuk tiba-tiba. Ahyeong bangun kerana sangkanya ayahnya balik dari outstation.
" I already told you, mum.." Pintu rumah dibuka tanpa mengetahui apa yang menunggunya. Puan kim terkejut melihat seorang lelaki mengacukan pistol ke kepala anaknya.
Minho p.o.v
" Hei, siapa kau? Kenapa kau nak tembak anak aku?" Tanya puan kim bertubi-tubi. Minho menyimpan pistol di tangannya dan digantikan dengan anak buahnya yang berada di belakangnya. Dia menuju dengan tenang ke arah puan kim.
" Mana minju?" Dua patah ayat yang keluar dari mulut minho mengejutkan puan kim. Dia tak sangka ada orang akan mencari minju kali ni.
" Kau siapa nak tanya? Dia perempuan simpanan kau ke?" Minho mengeluarkan kembali pistol yang sudah disimpan. Malas nak cakap banyak.
" Kali terakhir aku tanya kau perempuan. Mana Kim minju?" Pistol itu selamba diacukan ke puan kim. Puan kim menunjukkan ke stor yang berkunci itu. Minho berdecit sebelum pintu itu ditendang supaya buka. Tubuh minju yang berbaring dipandang. Dahlah masih dengan baju sekolah dia. Mana sifat kemanusiaan dua perempuan yang ada kat rumah ni? Dia mengangkat minju perlahan sebelum keluar dan meletakkan minju dalam keretanya sebelum masuk kembali.
" Aku nak kau ambil semua dokumen milik minju dan kemas baju dia sebelum aku bunuh anak kau. Aku bagi 15 minit je." Arah minho. Puan kim segera masuk ke bilik minju dan mengemas segala barang minju termasuk buku akaun milik mendiang ibu minju sebelum ke bawah semula dengan dua beg besar. Anak buah minho mengangkat beg itu ke dalam kereta.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
De TodoIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...