INTRO: KWON EUNBI AND BANG CHAN

174 22 1
                                    

Eunbi p.o.v

   " Eun? Kenapa ni? Asyik termenung je.." Tanya chan menyedarkan eunbi dari lamunannya. Bekal makanannya di depan mata tapi dia asyik termenung sampai sejuk bekalan dia. Chan duduk di hadapan eunbi melihat wajah pucat gadis itu.

   " Takde apalah.. Awak tak makan ke?" Tanya eunbi semula. Chan mengeluarkan sebuah coklat yang masih berbalut dari begnya. Eunbi menjeling. Takde makanan lain. Tak habis-habis coklat dia tu..

   " Awak tu apasal? Sejak dapat keputusan tu termenung je.. Nak kata keputusan teruk, taklah. Straight A tu. Bukan A+ je.." Tanya chan lagi. Eunbi mengeluh lagi. Awak takkan faham chan. Parents saya demand straight A+ untuk keputusan saya walaupun ujian senang macam ni.. 

   " KWON EUNBI!" Satu suara jeritan kedengaran. Eunbi mengangkat muka dai bekalannya. Ibu dan kakaknya dah sampai. Mesti mereka dah tengok keputusan dia. Dia menelan air liur sebelum menyimpan bekalan dalam beg semula.

   " Saya pergi dulu chan.." Dia segera bangun dari kerusi di taman itu dan mendekati ibu dan ayahnya. Ibunya terus menariknya ke dalam sebuah bilik kelas yang kosong. Sebaik sahaja pintu itu ditutup, tangan ibunya terus menamparnya. Keputusannya yang berada di tangan puan kwon dibaling ke lantai.

   " Kenapa tak dapat straight A+ Kwon eunbi? Susah sangat ke ujian tu? Kenapa kakak kamu boleh dapat straight A+, tapi kamu tak boleh?" Kata Puan kwon sedikit kuat. Eunbi terdiam dan tergamam akibat tamparan itu. Baru je Puan kwon mengangkat tangan untuk kali kedua, mina dah menghalang. Tak mungkin dia nak tengok adiknya dibuat macam tu.

  " Omma dahlah tu.. Kesian eun. Lagipun dia dah dapat straight A kan?" Kata mina memujuk wanita berusia 40-an itu.

  " Omma nak straight A+ mina. Macam mana omma dengan appa nak tunjuk muka kat majlis kawan-kawan appa lagi kalau eun dapat keputusan macam ni?" Marah puan kwon lagi. Mina memujuk puan kwon supaya berbincang di rumah nanti. Takut kalau orang lain dengar. Puan kwon hanya bersetuju dan keluar dulu semantara mina bercakap sebentar dengan eunbi.

   " Eun, jangan balik rumah dulu selagi omma dengan appa marah. Unnie bagi duit, mina cari dulu hotel atau duduk dengan kawan-kawan sekarang ni okey?" Mina menghulurkan sampul surat. Dalam sampul tu ada duit yang banyak. Eunbi tak larat nak bercakap hanya menganggukkan kepala. Dia mengambil sampul itu dan mina meninggalkannya. Eunbi terduduk sambil memeluk lututnya. Hatinya sakit diperlakukan seperti ini. Perlu ke sampai layan dia macam ni?

   " Eunbi..." Satu suara memanggilnya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan. Eunbi memandang muka lelaki itu. Adoi.. Chan lah pulak. Dia nampak ke drama family aku ke? Eunbi segera mengelap air matany menggunakan tangannya.

   " Chan? Kenapa hulur sapu tangan? Saya tak menangis eh. Jangan macam-macam." Kata eunbi. Chan menyimpan semula sapu tangannya. Tak nangis. Ceh.. Tipunya cik kwon eunbi ni..

   " Oh.. Mata awak masuk habuk ke? Tu lah.. Siapa suruh duduk dalam kelas lama ni? Memanglah banyak habuk. Tak nak keluar ke?" Tanya chan lagi. Eunbi menjeling sebelum mengambil keputusannya di lantai dan berlari keluar meninggalkan chan.

Chan p.o.v

    " Kau tipu aku eh, eunbi. Takpe.. Tunggu..." Chan mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.

   " Helo, kau ready 1 juta won. Sekarang lah.. Takkan tahun depan pulak? Kata dengan appa aku, aku nak guna bayar yuran kelas tambahan. Cakap je lah macam tu.. Susah ke? Ha. Bye." Kata chan sebelum menyimpan semula telefonnya. Dia keluar dan mencari kelibat eunbi namun kelibat gadis itu dah takde.

 Dia keluar dan mencari kelibat eunbi namun kelibat gadis itu dah takde

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE HEALER MAFIAWhere stories live. Discover now