Wonyoung p.o.v
" YAH! JANG WONYOUNG!" Wonyoung kaku mendengar suara yang memanggilnya. Dia memandang ke pintu kafe itu. Dah agak dah.. Lelaki ni mesti cari dia punyalah. Tak boleh dia ponteng sehari..
" Janji hari ni pergi sekolah kan jang wonyoung? Kenapa awak ke sini? Awak selalu macam ni. Tak tepati janji.." Rungut jeongin sambil berjalan ke arah wonyoung yang berdiri di kaunter itu. Wonyoung terpinga-pinga memandang jeongin.
" Saya minta maaf.. Saya kena kerja. Omma saya tak sihat. Saya kena beli ubat untuk dia." Kata wonyoung perlahan. Jeongin memuncungkan bibirnya mencebik. Dia memandang wonyoung yang mengurus order pelanggan seterusnya.
" Kenapa awak tak cakap dengan saya je wonyoung? Nak buat saya merajuk lagi ke? Saya boleh tolongkan awak beli ubat untuk omma awak?" Tanya jeongin semula. Wonyoung yang selesai melayan order pelanggan terakhir menggelengkan kepala.
" Saya tak nak terhutang budi ayen. Awak dah banyak tolong saya.. Ayen, awak kena pergi sekolah sekarang! Kalau tak lambat nanti.." Wonyoung melihat jam dinding kafe itu. Jeongin pula menggelengkan kepalanya.
" Saya takkan pergi sekolah hari ni. Saya nak ponteng sehari. Bagi saya kek coklat dan hot choclate. Saya nak makan kat sini." Wonyoung terkedu namun tetap menulis order jeongin. Dalam hatinya dah mengutuk jeongin berkali-kali.
" 5500 won." Jeongin menghulurkan 10,000 won dan berkata supaya baki disimpan. Wonyoung mengambil sebuah dulang sebelum meletakkan sepotong kek coklat dan minuman jeongin yang baru siap.
" Terima kasih.. Jangan datang lagi ye.." Tutur wonyoung geram. Jeongin menahan gelak lalu duduk di sebuah meja betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Dia menscroll ig di telefonnya sebelum memandang keluar.
Jeongin p.o.v
" Itu bukan omma wonyoung ke? Kenapa dia pergi kat situ? Bukan wonyoung cakap dia tak sihat ke?" Soal jeongin pada dirinya. Dia menggosok matanya supaya dia tak salah tengok. Sah! Mak wonyoung. Dahlah baru keluar dari kelab. Matanya memandang wonyoung. Bersusah payah budak tu cari duit, mak dia selamba je habiskan.. Tak boleh jadi ni.. Telefon dicapai semula. Dia mendail nombor seseorang
" Hyung! Ayen yang comel di sini.. Amboi, hyung. Cakaplah baik-baik sikit.. Bukan senang adik hyung yang comel ni nak telefon. Hyung memang pandai! Aku nak hyung siasat pasal seorang gadis ni. Adik aku? Aku mana ada adik hyung! Kawan baik aku. Nama dia Jang wonyoung. Umur dia sama macam aku. 16 tahun. Ha'ah. Nanti aku send gambar dia. Thank you, hyung.. Aku sayangkan kau.." Panggilan ditamatkan. Telefon diletakkan di atas meja sebelum dia memandang mak wonyoung kembali. Wonyoung punyalah jaga rahsia mak dia, siap cakap mak dia tak sihat. Tapi emaknya, entah apa-apa je perangai.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
RandomIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...