INTRO: KIM SEUNGMIN DAN AHN YUJIN

166 21 0
                                    

Yujin p.o.v

    " Cik Ahn, cik nak makan dulu ke?" Tanya seorang pembantu rumah. Yujin yang baru nak melangkah ke sekolah menggelengkan kepala dan membuatkan pembantu rumah itu megeluh. Macam nilah hidup yujin dari kecil sampai besar. Tak pernah rasa diri disayangi. Ibu dengan ayah dua-dua sama je. Sibuk memanjang.

   " Cik. Kalau cik tak makan, cik pengsan kat sekolah.. Saya juga yang kena marah nanti dengan tuan dan puan.. Cik makanlah walaupun sikit je.." Pujuk pembantu rumah itu lagi. Yujin mengeluh dan duduk di meja makan. Pinggan dicapai dan nasi goreng diletakkan di atas pinggan itu. Pembantu rumahnya menuang kopi ke dalam cawan. Ketika dia sedang menikmati sarapan pagi, kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan. Matanya langsung tidak melihat siapa kerana dia tahu siapa.

    " Appa tidur dengan bini kedua dia lagi? Bilalah appa nak berubah?" Suara yujin perlahan bercakap dengan diri sendiri. Dia ingat bini kedua dia tu setia sangat? Bini kedua appa tu cuma nak harta je.

   " Good morning yujin. Nak pergi sekolah ke? Nak appa hantarkan?" Tanya Tuan Ahn. Yujin menggeleng sambil membawa pinggan yang sudah kosong ke singki. Pinggan itu dicuci sebelum mengambil beg sekolahnya.

   " Lain kali appa duduk je terus rumah bini appa tu. Tak payah balik sini pun takpe." Kata yujin sebelum keluar dari rumah. Tuan Ahn tergamam mendengar apa yang dikatakan oleh anak perempuannya. 

   " AHN YUJIN!" Yujin terus berlari ke sekolah sebelum appanya mengejar. Malas dia nak fikir pasal diaorang. Buat serabut je kepala dia yang memang tengah serabut tentang pelajaran kat sekolah. Sedang dia mengelamun sambil berlari, tiba-tiba dia terlanggar seseorang di depannya secara tak sengaja.

    " Haish.. Yujin kalau tak langgar orang pagi-pagi memang tak boleh dipanggil yujin, kan?" Yujin mengangkat muka. Ingatkan mamat manalah aku langgar. Mamat ni rupa-rupanya.

Seungmin p.o.v

   " Ish.. Kau ni. Bukan nak tolong aku diri. Siap perli aku lagi.." Marah yujin. Seungmin dengan gelaknya membantu yujin berdiri semula.

   " Kau ni. Pagi-pagi jumpa mesti muka tu sters je kan? Cuba tenang sikit. Kenapa nak berkejar ke sekolah sedangkan masih awal ni?" Tanya seungmin. Yujin menyapu skirt sekolahnya yang sedikit kotor kerana habuk akibat jatuh tadi.

   " Suka hati akulah.. Sibuk je.. Bye bye kim seungmin. Aku lari aku sampai sekolah dulu dan aku menang!" Kata yujin seraya berlari. Seungmin tak nak ketinggalan dan mengikut yujin berlari.

  " YAH! Yujin, tunggu aku!" Seungmin juga mengikut yujin yang makin laju berlari tu. Gelak ketawa mereka menghiasi pagi hari tanpa sedar seseorang memerhati dalam diam.

 Gelak ketawa mereka menghiasi pagi hari tanpa sedar seseorang memerhati dalam diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


THE HEALER MAFIAWhere stories live. Discover now