Yuri p.o.v
" JO YURI! BALIK KE SINI SEKARANG! KALAU AKU JUMPA KAU, MATI KAU AKU KERJAKAN!" Suara bapa tirinya membuatkan dia kecut perut walaupun dia dah berada agak jauh dari rumahnya. Dahlah dia berlari dengan kaki ayam. Korang bayangkanlah macam mana orang lari kat jalan tar dengan tak pakai kasut. Itulah yuri rasa. Namun, kesakitan itu hanya ditahan. Dah tak sanggup dia nak duduk kat rumah tu.Cukuplah luka selama ni.
" Huh... Mana lelaki tu? Dia masih cari aku ke?" Yuri bersuara sendirian. Dia mengintai dari pokok-pokok yang ada di situ. Bapa tirinya mencarinya di semua sudut termasuk di belekang pokok. Yuri bangun dari nyoroknya dan berlari lagi sehingga seseorang menariknya.
" YAH! KAU SIAPA! LEPASKAN AKU!" Jerit yuri yang terkejut. Namun, orang yang memakai mask hitam itu menutup mulut yuri sambil mengintai bapa tiri yuri.Dah takde.. Mungkin dia cari kat tempat lain kot... Dia melepaskan pelukannya dan mulut yuri.
" Kau siapa?" Tanya yuri. Lelaki itu mengangkat muka sehingga matanya bertentang dengan mata yuri.Dan dia tinggi dari yuri.
" Seriuslah yuri? Berapa lama kita berkawan sampai awak masih tak kenal mata saya yang cantik ni?" Suara lelaki itu buatkan yuri menepuk dahinya. Mana mungkin dia lupakan satu-satunya kawan lelaki dia ni?
" HYUNJIN! Apa awak buat kat sini? Bukan rumah awak dekat kawasan sana ke?" Tanya yuri blur. Hyunjin menarik mask hitam itu kerana sesak nafas.
" Saya cari awak. Dah seminggu awak tak datang sekolah. Ni sampai lebam-lebam ni.. Bapa tiri awak buat ke?" Hyunjin menyentuh lebam di lengan yuri. Kebetulan yuri pakai baju lengan pendek.
" Er... Patut ke saya bagitau awak sedangkan awak dah tau jawapannya?" Yuri bertanya kembali. Hyunjin tersenyum dan menggeleng.
" Taklah.. Jom, kita pergi klinik. Rawat lebam awak tu dulu.." Ajak hyunjin. Yuri menggeleng. tangan hyunjin yang menraik tangannya ditolak perlahan namun hyunjin makin kuat genggam tangan yuri.
" Yuri, baik awak jangan ingkar arahan saya. Awak tahu akibat kalau saya marah kan?" Suara hyunjin berubah. Yuri hanya mengangguk dan mengikut. Mereka bertuah kerana takde pesakit kat klinik. Yuri terus dirawat oleh seorang doktor wanita sementara hyunjin tunggu di luar.
Hyunjin p.o.v
Telefon di dalam poket diambil. Dia mendail nombor seseorang sebelum duduk di kerusi yang disediakan. Cepat panggilan dia dijawab.
" Helo. Aku ni. Ye, hwang hyunjin. Tolong aku sekejap.Alah.. Sikit je... Aku nak minta kau siasat latar belakang kawan aku.Boleh? Nama dia jo yuri. Nanti aku send gambar dia sekeping kat kau. Okey? Yes. Thank you hyung. I love you!" Panggilan ditamatkan. Hyunjin akhirnya dapat mengukir senyuman paling manis sekali bila nampak yuri keluar walaupun plaster penuh di badannya. Sekurang-kurangnya kawan baiknya sudah dirawat dengan baik.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
RandomIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...