Chaewon p.o.v
Kenapalah ramai orang bencikan aku? Salah ke aku lahir kat dunia ni? Kenapa omma dengan appa selalu cakap aku menyusahkan kalau aku gaduh dengan kakak aku? Apa yang kakak ada tapi aku takde. Kenapa aku selalu dipersalahkan dalam semua hal? kenapa aku selalu kena pukul je..
" Chaewon!" Suara seorang lelaki memanggilnya membuatkan dia memandang ke tepi. Felix.. Satu-satunya teman baiknya . Teman baik yang tak tau apa hidup dia sebenarnya. Cepat-cepat chaewon memakai mask untuk menutup luka di pipi dan bibir. Cermin mata dipakai untuk menutup mata yang lebam dan sedikit sembab akibat menangis.
" Ish.. Kau ni. Aku call kau tak angkat pun.. Baik campak je telefon kau tu kat dalam tasik ni.." Marah felix. Tapi, dia bukan serius marah pun.. Main-main je. Dia pelik tengok si chaewon ni pakai mask dengan cermin mata hitam tu. Macam nak nyorokkan sesuatu. Mereka senyap di situ. Felix asyik memandang muka chaewon namun chaewon hanya memandang tasik di hadapan mereka.
" Chaewon, kenapa awak suka tengok tasik? Asyik-asyik tengok tasik. Seronok ke?" Tanya felix. Takde topik nak dibualkan sebab tu dia bosan. Chaewon tersenyum di sebalik mask namun dia tak nampak.
" Saya suka air. Bukan tasik je.. Semua jenis air saya suka. Sebab tenang. Tasik ni menggambarkan diri saya dari luaran. Awak pun tau saya jenis macam mana kan?" Kata chaewon dan felix mengangguk-angguk.
" Saya kena balik dulu. Nanti saya jumpa esok." Kata chaewon sebelum berlalu. Namun, felix menarik tangannya dan sepantas kilat mask dan cermin mata chaewon diambil. terkejut besar dia nampak wajah chaewon.
"KIM CHAEWON! SIAPA BUAT AWAK MACAM NI?!" Tengking felix. Chaewon sedikit terkejut dengan perubahan suara dan riak wajah felix. Namun, dia dengan selambanya mengambil msk dan spek hitam tu sebelum berlari ke rumahnya semula. Dia langsung tak pandang belakang lagi.
Felix p.o.v
" Aduh, si chaewon ni kan.. Dia boleh pergi macam tu je? Apa aku nak buat ni? HA!" Felix bercakap sendirian sebelum kelam kabut mengambil telefon dalam poket. Dia mendail nombor seseorang.
" Hyung. Kau kat mana? Kat office? Cun.. Tolong siasat pasal seorang gadis ni. KIm chaewon. Dia kawan baik aku. Kau nak gambar dia ke? Ha.. Nanti aku send. Kau boleh tolong aku? Yes! Thank you,hyung! I love you very much!" Panggilan ditamatkan. felix tersenyum puas hati di situ sebelum memandang kembali tempat chaewon tadi. Chaewon..Kau takkan nyorokkan apa-apa lagi dari aku. Ni Lee felix lah! No one will escape from me!
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
DiversosIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...