BAB 6

159 17 0
                                    

Yujin p.o.v

    " Awak takut yujin?" Tanya seungmin perlahan melihat yujin yang masih duduk di dalam kereta memegang erat tali beg yang dipakainya. Yujin memandang seungmin di sebelah sebelum mengangguk perlahan.

    " Macam mana kalau ada orang buli saya kat sekolah ni? Saya takut.." Jelas yujin. Seungmin ketawa kecil sebelum menggeleng.

    " Jangan risau. kalau ada, awak cakap dengan saya. Memang orang tu takkan lagi buli awak. Dah tu, keluar cepat! Nanti nak cari kelas lagi.. Kalau lambat, nanti kena denda." Arah seungmin. Yujin mencebik dalam diam. Nampak sangat menghalau. Walaupun merungut, dia tetap mengikut arahan seungmin. Dia melambai sebelum melangkah masuk ke sekolah ' Elite Art High School' itu. Besarnya sekolah ni.. Nampak banyak mata memandangnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke sekolah itu.

    " Aduh, mana aku nak cari kelas 3-1 ni?" Yujin menggaru kepalanya yang tak gatal. Sekolah ni takde peta ke? Punya besar punya sekolah. Sedang dia berfikir dengan rumit, tiba-tiba ada seseorang mencuit bahunya. Hampir dia nak melatah di situ. Dia memandang ke belakang dan ternampak seorang gadis tinggi tersenyum di situ.

    " Er.. Boleh saya tanya kat mana kelas 3-1 tak?" Tanya perempuan itu. Yujin menggeleng. Mereka sama-sama budak baru yang tak tahu kelas 3-1 kat mana.

    " Saya tak tahu kat mana sebab saya pun budak baru kat sekolah ni.." Jelas yujin apabila dia melihat muka budak peremuan tu kelihatan sedikit sedih. Budak perempuan itu mengangguk perlahan.

   " Oh.. Saya pun budak baru. Nama saya Jang Wonyoung. Awak boleh panggil wony je." Wonyoung memperkenalkan dirinya. Huluran tangannya disambut oleh yujin perlahan. Mereka berbalas senyuman.

    " Saya yujin. Nama panjang Ahn yujin. Boleh panggil yujin je. Sekarang ni kita kena cari mana kelas 3-1 pula. " Balas yujin pula. Wonyoung mengangguk. Mata mereka meliar sehingga mata yuri melekat pada satu figura. Dia melepaskan tangan wonyoung dan terus berlari ke orang itu. Dia kenal sangat orang itu.

     " MINJU UNNIE!" Orang yang bernama minju itu berhenti. Dia mencari gerangan yang memanggil namanya sebelum matanya terpandang yujin. Mukanya jelas terkejut sebelum berubah kepada gembira.

    " Yujin! Kamu sekolah sini juga? Lama tak jumpa awak budak.. Dah tinggi dah. Dulu pendek macam ni je tau.." Kata minju jelas menunjukkan dia gembira berjumpa dengan yujin. Yujin tersenyum manis. 

    " Haah. Baru masuk hari ni. Unnie tahu kelas 3-1 kat mana tak?" Tanya yujin perlahan. Minju menggeleng perlahan dengan senyuman kekok.

    " Tak. Unnie pun baru masuk sekolah ni. Unnie tengah cari kelas 4-2. Ada nampak tak?" Tanya minju pula selepas menjawab soalan yujin. Yujin menggeleng. Wonyoung di sebelah yujin tiba-tiba mengangkat tangannya.

    " Tak silap tadi. Saya nampak kat tingkat 2 sebelah tangga. Kalau tak silaplah.." Kata wonyoung apabila minju dan yujin memandangnya serentak.

   " Oh.. terima kasih. Nanti saya pergi sana. Umm.. Awak kawan yujin ye? Saya kakak sepupu yujin. Kim minju. Kamu boleh panggil minju je." Minju memperkenalkan dirinya sebelum menghulurkan tangannya. Huluran tangannya disambut wonyoung.

   " Saya wonyoung." Wonyoung memperkenalkan dirinya. Minju mengangguk sebelum meminta diri untu pergi. Wonyoung dan yujin tersenyum dan mengangguk. Namun kemudian, wonyoung menggaru kepalanya kembali.

    " Yujin, mana kita nak cari kelas 3-1 ni?" Tanya wonyoung pada yujin. Yujin mengangkat bahu sebelum satu suara menyampuk mereka.

    " Kalau awak nak ke kelas 3-1, mari ikut saya. Kebetulan pun saya kelas sama dengan kamu." Mereka berdua serentak memandang belakang. Nampak gadis yang pendek dari mereka berdua tersenyum manis di situ.

     " Oh.. Boleh kami ikut?" Tanya wonyoung perlahan. Gadis yang tak diketahui nama itu mengangguk perlahan. Mereka berdua mengikut gadis itu sehingga tiba di sebuah kelas. Ada tulis kelas 3-1 di depan pintu kelas itu. Dan ada cikgu wanita dalam kelas itu. Gadis yang membawa mereka mengetuk pintu kelas.

    " Maaf cikgu sebab lambat. Tapi kami budak baru. Boleh masuk?" Tanya gadis itu perlahan. Yujin dan wonyoung saling memandang. Maknanya budak di depan mereka ni pun budak baru? Wah.. Macam mana dia tahu kelas ni? Hebat betul..

   " Ya masuklah.. Sila perkenalkan diri kamu dulu." Arah cikgu yang memakai nametag ' Yoona' itu. Mereka bertiga berdiri di depan menghadap semua peajar di situ. 

   " Hai semua. Saya Jo Yuri. Harap kita boleh berkawan." Baru mereka berdua tahu nama budak misteri itu. Jo yuri.

    " Saya Ahn yujin. Boleh panggil yujin je." Kata yujin pula. Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

   " Saya wonyoung. Nama panjang jang wonyoung." Wonyoung memperkenalkan dirinya dengan malu-malu. 

   " Baiklah. Kamu semua boleh duduk kat kerusi belakang tu. Yang ada tiga sederet itu. Baiklah semua pelajar. Tolong buka buku teks bahasa inggeris kamu muka surat 23. Kita akan mulakan belajar sekarang." Nasib baik ketiga-tiga mereka membawa buku teks masing-masing.

----

Waktu rehat,

Kelas 4-2,

    " Chaewon, nak rehat dengan saya tak? Boleh kenal dengan sepupu saya sekali." Tanya minju pada chaewon. Budak baru yang masuk sekolah sekali sama dengannya. Chaewon memandang minju sebelum mengangguk perlahan. Dia tak bawa bekal atau air. Beli dekat kantin jelah..

    " Jom." Mereka berdua berjalan bersama-sama ke kantin. Nasib lokasi kantin dah diketahui. Kalau tak, mesti sesat lagi. Tiba di kantin, minju mencari kelibat yujin. Dan dia ternampak yujin di salah sebuah meja kantin bersama 5 orang perempuan lain.

   " Yujin!" Panggilannya bukan membuatkan yujin sahaj berpaling namun kesemua penghuni meja itu berpaling. Langkah kaki chaewon terhenti nampak orang yang dikenali di situ. Dia terus pergi dari situ meninggalkan minju keseorangan. Minju terpinga-pinga.

    " Yena unnie, tu chaewon unnie kan?" Yuri bersuara rendah. Yena mengangguk perlahan. Kelibat chaewon dah tak kelihatan di kantin itu.

   " Korang kenal dia? Kalau kenal, kenapa dia lari nampak korang?" Tanya seorang gadis lain. Tapi nampak macam lebih tua dari mereka semua. Yena dan yuri berpandangan sebelum serentak mengeluh.

   " Mungkin sebab abang aku penyebab dia kehilangan kakak dia." Jawab yena perlahan. Dia masih ingat tentang kejadian tu. Kejadian yang terjadi apabila abang nya memutuskan hubunga pertunangan dengan kakak chaewon sebelum menghilangkan diri. Dia dengar kakak chaewon mengalami depresi berat selepas itu dan beberapa kali cuba membunuh diri. Namun, semuanya tak dapat. Hinggalah akhirnya dia terjun jambatan dan berjaya membunuh dirinya. Abangnya memunculkan diri semula bersama dengan seorang wanita lain bersama seorang bayi. Sejak itu, chaewon membenci mereka sekeluarga bersama keluarga yuri sekali kerana keluarga yuri yang menyutujui perpisahan kakaknya dan abang yena.

     " Korang pernah minta maaf ke?" Tanya seorang lagi perempuan yang mempunya rambut bewarna merah. Yuri dan yena mengangguk perlahan.

   " Berkali-kali. Namun dia jawab dengan jawapan senang je. Dia kata, maaf kau boleh hidupkan kakak aku balik? Sejak tu, memang hubungan kitaorang keruh. Dia tak nak lagi berkawan atau berjumpa dengan kami." Jawab yuri. Mereka berdua mengeluh lagi sebelum memandang ke pintu kantin. Masih terbayang muka chaewon walaupun dia dah takde kat situ.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


THE HEALER MAFIAWhere stories live. Discover now