Deringan nyaring di sebelahku menyapa gegendang telinga. Aku lantas berpaling. Mark yang sedang memegang telefonnya berkerut seribu. Merenung skrin dengan seribu tanda tanya apabila Suzy tiba-tiba menyergahnya dari belakang dan merampas telefon miliknya.
Keluhan sinis Suzy membuatkan semua kepala menoleh ke arahnya. Termasuklah aku sendiri. Tetapi apa yang mengundang rasa tak berpuas hatinya?
"Kenapa you tukar nama I?" Tanya Suzy, mencebik.
Tukar nama?
"Bukan ke hari tu ada emoji heart? Kenapa you padam?" Tanya Suzy lagi.
Mark menghela nafas. Nampak sangat tengah bersabar layan kerenah gadis di hadapannya itu. Dengan sekali cuba, dia berjaya merampas semula telefonnya. Deringan telefon dimatikan.
"Sebab tak nak orang lain salah faham." Jawab Mark bersahaja kemudian kembali ke kerusinya.
Para staf kembali meneruskan kerja masing-masing. Tatkala semua menyangka 'drama' hari ini sudah habis, Suzy merampas telefonku pula. Dek terkejut dengan perbuatannya, aku kaku bagai disihir.
Telefon yang sama berdering lagi. Mark cepat-cepat menolak panggilan telefon yang dia terima tetapi sudah terlambat.
"Kenapa nama Daiyan ada emoji tu?" Tanya Suzy.
Aku bingkas bangun dan mengambil semula telefonku. Dia menatapku dan Mark bersilih ganti. Pandangan tajam dihadiahkan buat kami berdua.
"Sebab kalau ada yang salah faham pun tak apa." Balas Mark lalu meninggalkan bilik solekan.
Aku mengetap gigi. Kenapalah hari ni semua orang menjengkelkan sangat? Yang Si Suzy ni pun satu. Macam orang tak adab langsung! Suka hati je nak rampas barang orang!
"You suka dia ke?"
Aku terdiam.
Suzy berpaling menghadapku. Tiada gurauan terselit dalam nadanya.
"Kenapa you tanya? You suka dia?" Aku mengumpul keberanian dan membalas.
"Yes." Tanpa berkias, Suzy mengiyakan. "I suka dia. I suka Mark."
Para staf menekup mulut mereka. Mahu berpura tidak mendengar perbualan kami tapi manakan mungkin mereka semudah itu menidakkan telinga sendiri.
Perihal Suzy memendam perasaan suka terhadap Mark, bukanlah berita baharu untukku. Sesiapa pun tahu dia sudah lama berkenan. Cuma... pengakuan di hadapan semua orang seperti sekarang—agak menjengkelkan.
"Go on then." Aku berpeluk tubuh. "But sebelum mula kejar dia lagi, rasanya you dah kalah."
Para staf kini bergegas keluar dari dalam bilik solekan. Dapat menghidu apa yang bakal berlaku seterusnya. Meskipun kini tinggal kami berdua di dalam bilik, aku tahu ramai yang sedang memasang telinga di luar.
Tawa Suzy pecah. "I gurau jelah!" Getusnya.
Gurau? Dia ingat aku senang-senang macam tu je nak percaya dia bergurau?
"Tapi you tak rasa ke you over sangat?" Sambungnya tanpa tawa. "I know kita dah macam kawan dah tapi you lupa ke? I'm older than you. Where's your manner?" Dia maju selangkah.
Oh. Baru sekarang nak sebut pasal adab?
Pintu bilik solekan dibuka. Mark melangkah masuk ke dalam dengan wajah tak emosinya. Dia mengatur langkah merapati kami tetapi kedua anak matanya hanya tertumpu padaku.
Tanganku menggeletar. Jantung berdegup kencang. Seiringan dengan langkah yang dia ayun. Tiba-tiba—
"Excuse me, aunty." Dia menolak perlahan Suzy ke tepi lalu mencapai tali lehernya. "I forgot my necktie." Beritahunya.
"A-aunty?!" Suzy terlopong.
"Oh. Tadi you kata you tua daripada Daiyan. I thought you mean older like an aunty. I tersilap ke?" Balasnya dengan nada selamba. Dia memandangku lama sebelum kembali melihat Suzy. "Sorry then." Sambungnya.
Aku merenung belakangnya sehingga hilang dari pandangan mata. Tanpa sedar, senyuman mekar di bibir.
+
Titisan gerimis mengganggu ketenangan kolam renang di halaman belakang rumah. Aku duduk pada lantai gazebo sambil lutut dirapat ke dada. Menghirup nafas segar setelah seharian menjadi bualan mulut orang ramai di lokasi penggambaran.
Hari ini lebih memenatkan berbanding sebelumnya. Tetapi setiap kali teringat apa yang Mark katakan kepada Suzy pagi tadi, kelelahan ini sedikit demi sedikit memudar. Agak klise tetapi itulah hakikatnya.
"Long day at work?" Kak Diyana duduk disampingku.
Aku sekadar membalas dengan senyuman.
Gerimis berhenti. Cengkerik saling bersahutan semula. Kedinginan malam mula terasa.
"Kak..."
"Hm?"
"Mau tanya something, boleh?"
"Tanyalah."
"Kenapa... kakak bercerai?"
Dia diam sejenak. Mengambil waktu untuk menyusun perkataan. Tetapi apabila tiba masa untuk memberi penjelasan, dia dengan mudahnya tersenyum.
"We were perfect for each other." Dia tertawa kecil. "Kami suka benda yang sama, hobi pun sama. Pendek cerita, a perfect match."
Aku melontar pandangan ke kolam ikan yang mengelilingi gazebo. Melihat mereka yang sedang berenang bebas.
"When I told my friends that he's older than me, everyone was jealous. Because I married someone much mature than me."
Aku tersenyum kecil. Drama-drama yang aku pernah lakonkan pun, watak utama lelaki rata-ratanya lebih berumur. Dalam pertengahan 30an. Nak lagi klise, duda anak satu. Lawak, tapi itulah kebenarannya. Wanita memang akan memilih lelaki yang lebih matang untuk dijadikan suami.
"And then kami mula bergaduh. Even pasal benda sekecil zarah pun boleh buat gaduh besar." Dia mengeluh perlahan. "The thing about love is, it doesn't matter if you like the same things, have the same hobbies, same age. No one fights for love just because that person likes your taste in music. They'll fight for love because it's you. If you're not enough for them, why would they even stay?"
Kenapa... Mark stay?
Untuk apa kekal ada di sisi orang yang tak pernah hargai dia? Orang yang tak peduli pasal minat dan hidup dia di dunia luar? Orang yang hanya mahu dilindungi tapi tak pernah pun terlintas untuk melindungi?
Orang macam aku.
"Kenapa tiba-tiba tanya? Sudah ada boyfriendkah ni?"
Boyfriend?
"Hari ni campus experience. Hopefully next time boleh experience public date pula."
"Hm."
"Hah?" Kak Diyana menoleh ke arahku dengan mata bundarnya.
"Hm." Aku mengangguk. "Nanti D bawa jumpa kakak."
"Jangan buat pura-pura lupa nanti!" Usiknya.
"Hm." Aku mengangguk, tersenyum kecil.
Harap-harap, Mark tak kisah.
+
Is it finally happily ever after?
YOU ARE READING
Melodrama
Teen FictionSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...