Bab 3

590 90 7
                                    

Kelopak mata aku buka. Cahaya rembulan digantikan dengan cahaya matahari. Menerobos masuk melalui jendela. Menyilaukan pandangan mataku. Terpaksa mengerdipkan mata beberapa kali sebelum penglihatanku menjadi jelas semula.

Tiba-tiba, derapan kaki kedengaran. Berlari pantas ke arahku. Botol pil tidur diangkat dari meja. Bunyi nafas tak teratur seseorang menyapa gegendang telingaku. Panik. Dia panik. Lantas tubuhku digoncang kuat. Namaku dilaung berkali-kali.

"Hm." Sahutku perlahan.

Perlahan-lahan, aku mengangkat kepala dari terus berbantalkan lengan sendiri. Tengkuk terasa lenguh meskipun itu bukan kali pertama aku tertidur di atas meja. Seringkali hal itu berlaku. Lebih-lebih lagi ketika aku menghafal skrip.

Dahlia berpegang pada bucu meja. Sebelah lagi menggenggam erat botol pil tidur yang dipreskripsikan kepadaku. Dia menghembus nafas lega. Muka berkerut seribu. Botol dia hempaskan pada meja. Bergaung di seluruh loteng yang aku jadikan bilik tidur. Aku hanya melihat botol itu. Tanpa emosi.

"I ingat you—"

"Dah mati?" Aku menoleh ke sisi, mendongak.

Tahu tak kenapa jantung kita Allah ciptakan sebagai otot luar kawal? Maksudnya, otot yang berfungsi dengan sendirinya. Tanpa bantuan otak. Tahu kenapa?

Bayangkan, setiap kali kita sedih, setiap kali hati dilukai, setiap kali semua orang di sekeliling kita cuba untuk mengawal hidup kita—dalam saat-saat begitu, bayangkan kita berharap untuk mati. Semuanya... terlalu berlebihan. Tekanan memenuhi gelas sehinggakan melimpah, membanjiri hidup. Bayangkan ketika itu, otak dapat mengawal jantung.

Hatta 'dia', yang mengharapkan ajal datang, tidak lagi bernyawa kerana akalnya, jutaan neuron dalam kepala menghantar impuls ke jantung. Menghentikan detak otot kardiak dan bahkan nodus sinoatrium dan atrioventrikel yang fungsinya untuk mengecutkan dinding jantung secara serentak dan beritma, tidak lagi dapat mengecutkan dinding jantung. Tidak lagi bernyawa, sama macam yang dia harapkan.

Dan dalam masa-masa begitu, aku bersyukur Allah menciptakan jantung dengan fungsi begitu kerana aku, acap kali berputus asa untuk menyambung nafas.

"I ingat you dah berhenti ambil sleeping pills."

Aku bangun dari kerusi. Mengemas katilku yang berselerak meskipun aku terlelap di meja semalaman.

"Hm. Daiyan... cari barang kat dalam laci semalam. Terjumpa pula sleeping pills tu. Lupa nak letak balik." Nyataku kemudian menoleh ke belakang. Senyuman aku paksa. "Daiyan tertidur baca profile tu semalam."

Dahlia mengangguk faham tetapi masih ada kesangsian di wajahnya. Kedudukanku dan pil tidur itu terlalu rapat. Terlalu mencurigakan. Memang patut pun dia masih ragu-ragu untuk percayakan aku. Tapi, memang betul aku tak ambil pun pil tu semalam. Suka hati dialah nak percayakan aku ke tak.

"Daiyan pergi mandi dulu." Beritahuku.

Baru beberapa langkah aku hayun, mendekati anak tangga, Dahlia bersuara lagi.

"You nak... I book appointment dengan Dr. Ayu tak?"

Dr. Ayu. Lama tak dengar nama dia. Dialah yang preskripsikan ubat-ubat aku. Dah dua bulan aku tak pergi jumpa dia. Alasan untuk berjumpa tu, tak ada satu pun yang kukuh. Selagi aku boleh bertahan, biarlah aku simpan sendiri. Nanti bila semuanya mula melimpah seperti dulu, barulah aku cari dia.

"No need." Aku menoleh sejenak ke belakang. "Daiyan okay."

+

MelodramaWhere stories live. Discover now