Setiap tahun pada tarikh 14 April, "selamat harijadi" memenuhi ruangan komen dan mesej akaun media sosialku. Ramai selebriti yang menyebut namaku, begitu juga dengan para peminat. Bahkan ada yang memberi hadiah sempena harijadiku. Setiap satunya, amat aku hargai.
Tapi... itu bukan tarikh lahir sebenarku. 3 Februari, tarikh sebenar aku dilahirkan. Tapi sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tiada sesiapa yang mengucapkan selamat kepadaku kecuali Dahlia dan kini, Kak Diyana juga.
Selain daripada mereka berdua, hanya ada seorang lagi yang mengetahui tarikh sebenar. Tapi tak mungkinlah dia nak ucap selamat hari jadi ke apa. Entah-entah dia buat tak tahu je. Ataupun entah-entah dia dah terlupa.
"Hari ni you nak celebrate tak?" Tanya Dahlia yang sedang memanduku ke lokasi penggambaran.
"Hm?"
"You ada plan nak buat apa-apa ke? Shopping ke? Dinner? Movie night?" Cadangnya.
"Hm. Tak ada kut." Balasku perlahan.
"You okay ke?"
"Kenapa tak okay pula? Okay jelah."
"Dia tahukan today is your birthday? Your real birthday."
Aku mengangguk, mengiyakan.
"Dia ada wish apa-apa kat you ke?"
Aku menggelengkan kepala. Melihat aku tak ingin bersuara, Dahlia mematikan perbualan. Tahu untuk tidak terlalu mencerobohi privasiku meskipun dia berhak sebagai seorang pengurus dan sahabat.
Kereta dipandu masuk ke perkarangan universiti. Aku melihat ke arah bangunan akademik yang nun jauh di sana. Bibir tersenyum kelat teringat hari dia membawaku bertemu kawan-kawannya. Hari yang membahagiakan tetapi kini tinggal kenangan.
Pintu dibuka dan aku melangkah keluar dari dalam perut kereta. Ada beberapa orang pelajar yang datang mengerumuni dengan telefon mereka di tangan. Aku mempamerkan senyuman kepada mereka. Ingin membuat mereka rasa hangat, sama seperti cara mereka menyambutku.
Tiba-tiba, aku terpandang satu wajah yang tak asing lagi di mataku. Daenish, kawan kepada Mark sedang melambaikan tangan ke arahku. Senyumanku melebar, seakan melihat kawan lama.
Memandangkan penggambaran belum bermula, aku mengajak Daenish ke kafeteria. Saja mahu berbual kosong. Lagipula, dia sedang menunggu untuk kelas seterusnya bermula dan tiada hal lain yang perlu dia uruskan.
"So how are you?" Tanya jejaka yang sedang duduk di hadapanku.
"Good." Satu lagi penipuan. "Alhamdulillah."
"Mark dah bagitahu aku pasal korang. Seriuslah korang dah break up?"
Mahu tak mahu, aku terpaksa menganggukkan kepala. Tetapi tetap tersenyum untuk meyakinkan diri sendiri bahawa aku tak mengapa.
"Kenapa?"
"Hm?"
"Aku tengok korang okay je. Suit each other. Aku pun tak pernah lagi nampak Mark betul-betul suka kat perempuan macam dia suka kat kau."
Tawa kelatku pecah.
"I'm serious. Dulu aku suka sangat lepak kat rumah dia. Tapi lepas dia dengan kau, mulut dia asyik pot-pet-pot-pet je cakap pasal kau sampaikan telinga aku dah nak bernanah dengar. Daiyan suka ni, suka tu, comel, cantik. Semua benda dia nak brag. Kau tahu tak dia—"
YOU ARE READING
Melodrama
Ficção AdolescenteSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...