"Hm... I pun rasa this one lagi sesuai dengan skin tone you." Dahliah mengangguk bersetuju sambil menuding ke arah shawl berwarna lembayung pada muka kulit majalah.
Sedang Dahliah memasang wajah seriusnya dalam membincangkan hal kerja, aku mengeluh dalam hati. Setiap seminit, aku menilik jam pada dinding. Seminit terasa sedekad.
Bilalah kerja nak habis? Rindulah...
"Sayang."
Tubuhku memberi reaksi terhadap suara itu. Aku lantas menoleh ke arah jejaka yang baru sahaja memasuki studio untuk sesi penggambaran hari ini. Mark tersenyum manis dan lebar hanya untukku.
"Look what I bought!" Dia meletakkan berbungkus fast food ke atas meja.
"Wow! Everyone! Hari ni kita makan free!" Umum Dahliah.
Dia laju-laju membawa bungkusan makanan itu ke arah kru yang terlibat hari ini. Meninggalkan satu untukku.
"Awak panggil saya apa tadi?"
"Sayang." Jawab Mark selamba sambil membuka bungkusan makanan untukku. "Kenapa? Bukan awak suka ke saya panggil macam tu?"
Aku mencebik. "Bukan tak suka. Tapi malulah panggil saya depan orang ramai macam tu."
"Nak malu buat apa? Biasalah pengantin baru nak sweet-sweet."
Pengantin baru. Hihihi berbunga pula hati ni!
"Pengantin baru apanya? Dah sebulan kahwin, still pengantin baru juga ke?"
"Mestilah!" Getus Mark lalu merapatiku. "Selagi tak bulan madu, selagi tulah pengantin baru."
Eh, menggatal pula!
"By the way, saya nak tanya awak something boleh?"
"Apa dia?"
"Awak tak pernah terfikir ke nak beritahu peminat awak pasal siapa awak sebenarnya?"
Aku mengangguk perlahan. "Pernah, but maybe not now. They have the rights to know tapi... the only thing that's fake about me is my background. Apart from that, I'm just me."
Mark tersenyum bangga. Kepalaku dia usap. Suka sangat merosakkan awning tudungku.
"When do you think is the right time?"
"Hm..." Mark berfikir sejenak. "Nak beritahu sekarang ke, esok ke, tahun depan ke, it doesn't matter. Tapi bila awak dah bersedia, I'll be with you. Melainkan awak nak merajuk macam malam—"
Aku laju-laju menekup mulutnya. Melihat sekeliling kami dan menghembus nafas lega apabila tiada sesiapa yang mendengarnya. Setelah aku melepaskannya, dia menyambung makan kentang goreng dengan bersahaja. Siap tersenyum herot pula tu.
"Malulah tu." Usiknya.
"Diam ah!"
"Ni, siapa nak makan ni? Awak tak nak, saya habiskan."
"Nak, nak, nak!"
Haih, tak sangka pula lepas dah kahwin, asyik dia je yang pot-pet-pot-pet. Bertuah betul aku dapat suami macam ni.
+
Awak single, saya pun single. Marilah kita menangis bersama-sama :')
YOU ARE READING
Melodrama
Teen FictionSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...