Bab 24

364 62 6
                                    

"Indahnya ciptaan Tuhan!" Batrisya, salah seorang daripada staf mengeluh kuat sambil matanya ditumpukan ke suatu arah.

Aku dan Suzy yang duduk semeja di kafeteria menoleh ke arah itu. Mulut tak sengaja melopong melihat pemandangan di depan mata. Apabila Suzy hampir menyembur air di dalam mulutnya, aku menghembus nafas lega. Mujurlah bukan aku seorang yang memberikan reaksi berlebihan.

Tiga orang jejaka tinggi lampai menjejakkan kaki ke dalam kafeteria seorang demi seorang. Semua mata tertumpu ke arah mereka. Bahkan lebih bersinar berbanding barisan pelakon di sini.

Jejaka yang pertama sekali melangkah masuk memakai hoodie berwarna kuning pucat dipadankan dengan sepasang seluar jeans. Sebuah buku dengan ilustrasi sel hidupan di halaman muka depan dia pegang erat. Sepasang mata sepet miliknya kelihatan dingin walau diarahkan ke mana sekalipun.

Kemunculan jejaka kedua mencuri spotlight. Berbanding jejaka pertama tadi, dia kelihatan lebih ramah. Senyuman sentiasa bermain di bibir tak kira sedang memandang siapa. Jaket hitam disarungkan ke badannya dan dipadankan pula dengan t-shirt biru di dalam. Kalau jejaka tadi bermata sepet, dia pula bermata bulat. Sekali pandang, iras pelakon Hindustan pun ada!

Dan yang ketiga. Tak dingin, tak peramah tetapi lebih kepada... tiada emosi. Seakan-akan kehadirannya di situ atas paksaan dan dia terburu-buru untuk pulang. Dia melarikan jari panjangnya di rambut yang basah dek peluh sementara sebelah tangan lagi memegang bola jaring. Tampil lebih macho dengan berpakaian sukan.

Tiba-tiba, jejaka kedua tadi mengangkat tangannya. Melambai ke suatu arah. Aku pantas melihat ke arah dia sedang melambai dan mendapati ada seorang lagi jejaka yang menjadi pusat tumpuan. Namun kali ini, senyumanku melebar sampai ke telinga.

Mark.

Dia menghampiri mereka bertiga. Saling menyapa satu sama lain seperti sahabat yang sudah lama tidak bersua muka. Sebuah meja tidak jauh daripada kami menjadi pilihan mereka untuk berbual.

Sedang aku memerhatikan mereka, Mark menoleh ke arahku. Keningnya dikerutkan. Pura-pura memarahiku kerana memandang kawan-kawannya. Aku menyengih.

Tak lama kemudian, telefonku bergetar.

Mark: Nak join ke?

Daiyan: Boleh ke?

Kali ini, matanya pula dibesarkan. Aku menjelingnya. Siapa suruh tanya!

Mark: Tak boleh.

Aku menahan tawa. Kembali memandangnya yang kini, duduk semeja bersama tiga orang jejaka tadi. Dia mengatakan sesuatu kepada mereka dan empat pasang mata serentak menoleh ke arahku. Salah seorang daripada mereka, melambaikan tangannya sambil tersenyum ramah.

Tapi... Suzy pula yang membalas lambaiannya.

Pfft! Perasan!

"Handsomenya..." Rengek Suzy sambil melihat jejaka berjaket hitam yang melamai tadi.

Hmph! Mark lagi handsome!

+

Penggambaran ditamatkan awal. Para peminat mula mengerumuni untuk mengambil gambar. Terharu dengan permintaan mereka, aku bersetuju untuk menayang senyuman pada kamera meskipun agak lesu kerana cuaca panas sepanjang hari.

"Nak ambil gambar Suzy dengan Mark, boleh?"

Aku lantas menoleh ke arah mereka berdua. Kerana satu permintaan itu, semakin ramai yang mahu berfoto bersama mereka berdua. Aku terpinggir.

Mark mengerlingku. Seakan bertanya sama ada dia boleh menunaikan permintaan itu. Takkanlah aku tak bagi? Aku pun menganggukkan kepala.

"Tengoklah tu!" Bisikkan di antara staf kedengaran. "Mark dengan Suzy."

"Eh, ha'ahlah! Macam ada something je."

"Kan? Aku dah cakap dah! Dorang dua, memang sah bercinta! Siap buat Live sama-sama lagi!"

Aku tertunduk. Aneh. Terasa seakan aku merampas Mark daripada Suzy sedangkan Mark dan Suzy tak pernah bersama.

Usai mengambil gambar, para peminat memberikan ruang kepada mereka berdua. Mark menyerahkan telefonnya kepada Suzy.

"Selfie?" Tanya Suzy.

Mark maju ke arahku dan berdiri di sampingku. "Ambil gambar saya dengan Daiyan."

Mataku bundar mendengar permintaannya.

"Eh! K-kenapa dengan saya—"

"Sebab kita tak pernah ambil gambar sama-sama." Cantasnya.

Suzy berdehem. "Okay. 1... 2..."

Butang tangkap ditekan berkali-kali sebelum telefon diberikan semula kepada Mark. Aku secara tak sedar merapatkan jurang di antara kami kerana mahu melihat gambar yang Suzy tangkap.

"Saya dah hantar kat awak." Beritahu Mark.

Aku menjarakkan diri semula. "O-oh. Okay." Mengangguk faham. "A-anyway, tadi tu kawan awak eh?"

"Hm. Kenal dari sekolah menengah lagi tapi tak rapat sangat." Jawabnya.

"Oh." Sekali lagi aku mengangguk faham.

"Awak pernah masuk U ke?"

Aku menyengih malu. Menggelengkan kepala.

"Habis je sekolah menengah, saya terus kerja."

"Oh."

"Awak pula? Kenapa dah lama tak masuk kelas?"

Mark tertawa kecil. "I'm taking a gap year."

"Oh. Actually, dulukan, saya nak sangat masuk U. Ambil course law then jadi pendakwa raya." Aku tertawa kelat teringatkan impian yang telah padam itu. "Tapi nak buat macam mana? No luck."

Keluhan aku lepaskan. Mark berdiri di samping tak berkata apa. Mungkin simpati melihatku.

MelodramaWhere stories live. Discover now