Bab 13

433 78 13
                                    

"Terima kasih. Datang lagi." Kata pekerja kedai 24 jam itu.

           Aku menghadiahkan senyuman kecil kepadanya. Terlupa pula aku mengenakan topeng muka. Mustahil untuknya melihat senyumanku. Akhirnya, aku menganggukkan kepala. Minuman berperisa beri hitam itu aku capai. Bergegas meninggalkan kedai.

          Jalanku dihalang. Ketika aku mahu meninggalkan kedai, kebetulan pula seseorang mahu masuk ke dalam kedai. Aku berundur. Bergerak ke tepi. Memberinya laluan untuk masuk ke dalam. Anehnya, dia tidak berganjak dari situ. Masih menahan pintu daripada tertutup.

          "Let's talk." Suara garau menyapaku.

          Aku mendongak. Bertatapan mata dengan jejaka berhud hitam. Wajahnya begitu jelas di bawah cahaya dalam perut kedai. Bimbang sekiranya pekerja kedai akan mengecamnya, aku mengangguk. Sengaja menolak pintu sebelah kanan meskipun dia sudah menahan pintu sebelah kiri untukku.

          "Nak cakap apa?" Tanyaku sebaik saja pintu kedai ditutup.

          Mark menoleh ke kanan kemudian ke kiri. Menyedari kami berada terlalu dekat dengan khalayak ramai di restoran bersebelahan dengan kedai 24 jam. Nafas dia hela. 

          Tanpa sepatah kata, dia mengatur langkah pergi dari situ dan tanpa banyak soal, aku menuruti langkahnya. Membawaku ke lorong yang mendengar rahsiaku. Lorong yang sama sewaktu aku mula-mula mempercayainya.

          "Tengok apa? Duduklah."

          Nada mendatarnya kedengaran begitu menjengkelkan. Seminggu dia tidak hiraukan aku, dia masih lagi dengan lagak selamba dan bersahajanya? Langsung tiada rasa bersalah terhadapku? Maksudnya, dia memang sengajalah tak hiraukan aku?

          Bibir aku ketap rapat. Menahan nafas. Duduk di sebelahnya dengan jarak yang besar di antara kami. Alih-alih, minuman beri hitam di tanganku dia rampas. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia kembalikan kepadaku. Tanpa penutup. Tempoh hari, dia juga melakukan yang hal sama. Membukakan penutup botol air mineral untukku. Satu tabiatkah?

          "Nak cakap pasal apa?" Tanyaku.

          "Kenapa awak marah sangat masa shooting hari tu?"

          "Tak jelas lagi ke kenapa saya marah kat awak? Rasanya, semua orang pun dah tahu kenapa saya marah."

          "Tapi orang lain tak tahu apa yang saya tahu."

           Aku tergamam. Tahu maksud tersirat kata-katanya, tetapi tidak faham tujuan dia mengungkit hal itu.

          "I shouldn't have let you know."

          Menyesal sekarang pun tiada guna. 

         "Sorry saya tak reply text awak."

          Ada sekelumit perasaan dalam diriku yang bersangka baik dengannya. Mungkin dia terlepas pandang mesej yang aku hantar. Mungkin dia terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk memberi balasan. Mungkin, mungkin dan mungkin. 

        Terlalu banyak spekulasi hanya kerana aku cuba untuk bersangka baik. Kini, aku sedar. Mungkin ada kalanya lebih baik menerima kenyataan meskipun pahit. Cukuplah dengan bersangka baik.

         "Kenapa awak tak reply?"

         Dia menghela nafas dalam. "Lepas apa yang awak beritahu saya, my mind went blank. It's like—"

         "Awak tak boleh terima semua tu?" Aku mencelah.

          Dia tertawa kecil. Mata sepetnya mengecil. Hampir hilang dari pandangan mata. 

MelodramaWhere stories live. Discover now