Bab 39

383 75 1
                                    

4 Tahun Kemudian...

Waktu berjalan pantas. Empat tahun menghilangkan diri dari dunia lakonan dan dari pusat perhatian media, aku menyedari satu hakikat; ini kali pertama aku merasakan perasaan untuk terbang bebas. Semakin pulih dari pahitnya masa lalu.

          Empat tahun lalu, aku memutuskan untuk pulang ke asal-usulku, negeri di bawah bayu. Meskipun aku meninggalkannya hanya untuk seketika, banyak hal yang berubah. Banyak juga hal dalam tak sedar, telah aku padam dari ingatan.

          Sepanjang empat tahun ini, aku meluangkan masa mencari semula identitiku. Merasakan sendiri pengalaman menjadi anak Sabah. Anehnya, meskipun pernah menjauh, aku tak merasa kejanggalan semasa di sana. Bahkan lidah pun lembut saja berbahasa Sabah.

          "Excuse me," Ucap seorang pelancong asing.

          Aku memberikannya laluan. Di sampingnya, ada seorang wanita berambut perang dan di hadapan mereka pula, tiga orang anak kecil yang berjalan mengikut ketinggian mereka. Saling bergandingan tangan. Melihat pemandangan itu, aku tersenyum. Tumpang gembira.

          Aku menoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat Dahlia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 yang agak sibuk memandangkan musim cuti sekolah sudah bermula. Sepertinya lebih ramai pelancong domestik berbanding asing.

         Alih-alih, aku terpandang seorang wanita yang sedang menatapku. Bagasi berwarna hitam disandarkan pada kakinya sementara sebelah tangannya memegang jaket coklat. Shawl berona coklat pastel melilit kepala, jatuh menutup dadanya.

        Aku mengukirkan senyuman kepadanya—dan dia tersenyum kembali.

          "D?"

         Aku berpaling dari cermin ke seorang wanita yang memanggilku sebentar tadi. Senyumanku melebar.

        "Daiyan?!"

       Tanpa berkata apa lagi, aku terus menariknya. Memberikan pelukan erat setelah empat tahun tak bersua muka. Dari dia baru mendirikan rumahtangga sehinggalah berbadan dua.

        "I missed you." Keluhnya, sebak.

          Aku meleraikan pelukan kami. Meraih tangannya, berpegang erat. Mahu dia tahu aku turut merasakan yang sama.

         "Dah besar perut you." Aku tertawa kecil melihat perut buncitnya. "Mana Abang Azmi?"

        Dahlia menggigit bibir, malu. "Dia... ada hal sikit."

        "Sampai hati dia biarkan bini berbadan dua macam ni drive seorang-seorang. Nak kena ni!" Selorohku.

        "Eleh! Setakat drive, apalah sangat? You lupa ke dulu I ke hulu ke hilir drive you?"

        Mestilah tak lupa!

          "Speaking of which, you... balik sini sebab nak berlakon balik ke?"

          "Er—"

          "If yes, ambil I jadi manager you, boleh?"

          Eh...ni job interview ke?

          "I bukanlah apa. I bosanlah duduk kat rumah je. Husband I pula asyik kerja je memanjang."

          "Amboi... suka-suka je sebut perkataan 'husband' depan orang. Hormat sikit orang single ni." Aku mencebik.

          "Hehehe..."

          Sekumpulan jejaka berhenti tidak jauh dari kami. Jari dituding ke arahku, berbisik sesama mereka. Dahlia yang turut menyedari hal itu, tertawa kecil.

         "Haih, dah empat tahun menghilang pun, still ada peminat lagi. Untung betul jadi cantik ni!"

         "Isy!" Aku merapat dengannya. "Jomlah."

          Aku bergegas menarik bagasi, bersedia untuk meninggalkan ruang legar KLIA 2. Sampaikan terlupa kawan seorang ni dah berbadan dua. Patutlah lambat berjalan.

+

Pap!!!

          Buku-buku skrip dihempas ke atas meja. Dahlia merebahkan badannya ke sofa. Tangan Abang Azmi pula secara refleks mengurut lengan isteri kesayangannya itu. Aku meletakkan cawan teh ke atas meja.

         "Apa ni?"

         "Tawaran dramalah! Takkan soalan SPM!"

         Memandangkan rumah agam milikku memerlukan masa seminggu untuk dibersihkan, Dahlia dan Abang Azmi dengan baik hatinya mempelawaku untuk tinggal bersama mereka buat sementara waktu. Jimat duit, tak payah tinggal kat hotel kata mereka.

        "Ya, tahu tawaran drama. Tapi kenapa bagi kat I?"

        Abang Azmi berhenti dari mengurut lengan isterinya dan memandangku dengan serius. Mod pengarahnya diaktifkan.

         "Macam ni, hari tu abang lepak kat kedai mamak. Borak punya borak, abang... terlepas cakap."

          Aku menepuk dahi. "Abang Azmi bagitahu orang lain Daiyan nak balik KL?"

          Dia menyengih. Patutlah sejak tadi Dahlia asyik jeling-jeling suami dia je. Buat salah rupanya. Seram betullah suami isteri ni.

          "Lepastu semua orang contact I, bagi I scripts. Suruh you baca."

          "Oh..."

          "Jangan 'oh', 'oh' je. You nak terima ke tak?"

         Ini yang aku takutkan selama ni. Lepas... Suzy Reyez rampas Anugerah Pelakon Wanita Terbaik empat tahun lalu, aku banyak meluangkan masa dengan berfikir. Mungkin betullah orang kata. Aku menang sebab rupa je. Bukan bakat. Buktinya, bila dah ada yang lebih cantik dari aku, aku kalah.

          Sebab itu juga aku putuskan untuk lenyap seketika. Sebab aku takut selama ni aku terlalu bangga dan yakin diri. Sentiasa merasakan diri paling hebat sedangkan aku hanyalah badut berupa di mata yang lain.

          "Entahlah." Aku tersenyum kelat.

          "Sebab Suzy Reyez ke?"

          Aku tergamam.

          "Kenapa dengan Suzy?" Abang Azmi mencelah.

          Dahlia mengeluh berat. "D, you kalah sekali je. Just for one time. Tak bermaksud you tak ada bakat."

          "Tak ada bakat?!" Abang Azmi berdiri.

          Dramatik sangat ni dah kenapa?

          "Siapa cakap Daiyan tak ada bakat? Sepanjang karier abang, dah beratus pelakon abang jumpa. So far, Daiyan je yang... yang... yang..."

          "Hah! Yang apa?!" Getus Dahlia.

          "Yang terbaik!" Latahnya.

          Tawaku pecah. Dahlia menarik hujung t-shirt yang dikenakan suaminya. Memaksanya untuk duduk.

          "Tapi I setuju." Dahlia memandangku serius. "You have talent. People didn't hire you just because you cantik tapi you betul-betul berbakat. So I harap you boleh fikir masak-masak."

         "Ha'ah." Abang Azmi mengangguk. "By the way, yang... yang kat atas tu..." Dia menuding ke arah buku skrip di hadapanku. "Yang tu drama abang tau? S-saja nak bagitahu. Hehe..."

         Hm... patutkah aku berlakon balik?

MelodramaWhere stories live. Discover now