Dua figura di dalam dapur kelihatan kabur. Jari telunjuk naik, menggosok mata sambil mulut tak henti menguap. Perbualan dan gelak ketawa yang kedengaran berhenti. Suara feminin menyapa, memanggil namaku.
Aku menurunkan tangan. Mengatur langkah merapati mereka sambil menyengih. Pinggang Kak Diyana aku rangkul. Memeluknya erat.
"Amboi, manjanya!" Usik Dahlia pula, menggelengkan kepala.
Aku meleraikan pelukan untuk memeluk Dahlia. Mereka berdua tertawa.
"Seronoknya kalau tiap hari macam ni. Rasa macam ada dua orang kakak." Aku menghembus nafas panjang.
Sempurna. Itulah satu perkataan yang menggambarkan hidupku kebelakangan ini. Hubungan kakak dan adik yang sudah lama runtuh, kini bercantum semula. Bahkan lebih erat berbanding sebelumnya. Hubungan rahsia yang selama ini terasa membebankan, takkan kekal sebagai rahsia lagi.
Sempurna. Aku bahagia.
"Unfortunately, I have to leave." Kak Diyana bersuara, kesal.
"Bila?"
Dahlia mengelus rambutku. Nampaknya dia sudah tahu darihal itu.
"Lusa."
"Lusa?!"
"Well, I can't stay here forever."
Pandanganku jatuh ke bawah. Betul juga. Takkanlah kakak aku nak tinggal kat sini selamanya? Nanti kerja dia kat Sabah, siapa nak siapkan?
"Oh!" Jam tangan ditilik. "I have a meeting. Bah, jumpa nanti!" Ciuman dihadiahkan ke dahiku sebelum dia bergegas pergi meninggalkan rumah.
Aku memegang dahiku. Jantung berdegup kencang. Isy, malulah!
"Mesti you happykan? You dah lama tunggu kakak you."
"Mestilah!" Aku memanjang kaunter dapur. "Rasa macam cinta pertama berputik kembali."
"Cinta pertama?" Dia ketawa.
"She's my first love."
Dahlia mengerutkan dahi. "Seriuslah?"
"Tahu tak, masa kecil dulu, kakak I dia memang rebellious sangat! I pula budak skema. Asyik belajar, belajar, belajar. Tapi dia... hidup bebas. Buat apa yang dia nak, buat apa yang I tak berani nak buat." Aku tersenyum kecil. "Nampak cool sangat."
Dahlia mengangguk faham lalu menghirup secawan kopi di tangannya.
"You should spend more time together. You dengan kakak you."
"Boleh ke?"
"I dah cancel everything else selain daripada shooting drama."
"Cakap pasal tu, kenapa you tak pernah suruh I keluar dinner?"
"Hah?"
"Alah, dulukan you selalu suruh I keluar dengan CEO lah, apalah!"
"Oh." Dahlia tersenyum kelat. "About that, sorry. Kalau I fikir-fikir balik, tak ada connection dalam industri pun tak apa. Sebab you berbakat. So, I'm sorry sebab suruh you buat semua tu."
Aku menatapnya lama. Dahlia yang aku mula-mula kenal dulu berdiri di depanku. Aku laju-laju memalingkan muka.
"K-kenapa you nangis?" Cawan kopi diletakkan ke atas kaunter, panik.
"Tak ada apa-apa. Habuk masuk mata."
"Iyalah tu!" Dia mencekak pinggang. "I changed too much?"
Hati mahu menidakkan tetapi kepala mengangguk dengan sendirinya. Dahlia mengeluh panjang.
"Sorry." Dia menarikku turun dari kaunter sebelum memelukku erat. "I janji I tak buat lagi."
"Hm."
+
Letupan konfeti hampir membuatkan aku melatah. Tangan pantas mencapai tombol pintu, menghalang diri daripada jatuh terduduk pada lantai set penggambaran. Aku memandang sekeliling. Semua staf berkumpul dalam satu orang yang sama, tak henti mengucapkan tahniah.
K-kenapa ni? Harijadi aku ke?
"Kenapa ni?" Aku melihat ke arah Abang Azmi.
"Lah! Daiyan tak tahu lagi ke? Daiyan dengan Suzy tercalon Pelakon Wanita Terbaik."
"HAH?!"
Aku dan Suzy saling berpandangan. Dapat membaca isi hati masing-masing.
Isy, dalam ramai-ramai pelakon, kenapalah kena bertanding dengan dia?!
"Also, congrats to Mark and Suzy!" Batrisya, penulis skrip bertepuk tangan lalu diikuti oleh yang lain.
"Kenapa?" Mark yang berdiri di samping Abang Azmi memasang wajah kelirunya.
"Er..." Abang Azmi memandangku dengan maksud tersirat. Kepala dia garu. Ragu-ragu untuk berterus terang. "Er... Mark dengan Suzy—"
"Tercalon untuk Best Drama Couple!" Cantas Batrisya dengan teruja, bertepuk tangan sekali lagi.
"Best... couple?"
"Best couple?!" Getus Suzy lalu merangkul lengan Mark tanpa mempedulikan mata yang memandang. "Kita?!"
"Er... Daiyan..." Abang Azmi bersuara.
"Congrats." Aku mempamerkan senyuman termanisku kepada mereka berdua.
"Tak sabarnya nak tengok Mark dengan Suzy menang!" Batrisya memasang angan—yang mungkin akan menjadi kenyataan.
Abang Azmi membeliakkan matanya. Menegur Batrisya yang tak tahu apa-apa.
"Abang Azmi," Aku berpaling daripada Mark. "Daiyan ada benda nak bincang. Pasal next scene."
"Oh." Abang Azmi mengangguk. "Kita... bincang kat luar?"
"Hm." Aku terus bersetuju dan berlalu pergi.
Sempurna? Aku dan sempurna sangat mustahil untuk kekal berpanjangan.
"Daiyan! Daiyan!" Suara garau memanggil namaku, sayup-sayup kedengaran. "Daiyan!"
Suara tadi kini datang dari hadapanku. Mark yang tercungap-cungap, menghalang jalanku dan Abang Azmi.
"You guys talk first." Kata Abang Azmi.
"No." Aku menghalangnya daripada pergi dengan mata tertumpu pada Mark. "Awak nak apa? Saya tengah busy ni. Let's talk later. Jom, Abang Azmi."
"Awak marah ke?" Mark tetap dengan niatnya.
"Nak marah pasal apa?"
"Pasal saya dengan Suzy."
Tawa sinisku pecah. "Kenapa pula saya nak marah? Baguslah kalau korang berdua tercalon. Means rating drama pun naik. Everybody wins."
"Bagus?" Mark mengetap gigi.
"Lagipun ni kan pasal kerja. Kenapa pula campur-adukkan pasal kerja dengan hal peribadi? Be professional."
"So awak tak kisah langsung kalau saya dengan dia menang?"
Mestilah saya kisah. Perempuan mana je yang suka tengok orang yang dia sayang, rapat dengan perempuan lain walaupun sebab kerja?
"I trust you." Hanya itu yang mampu aku tuturkan. "Awak masuklah. Mesti Suzy tengah tunggu. Awak dah janji nak practice skrip dengan diakan?"
Dengan berat hati, dia mengangguk. Aku memaksa senyuman. Ingin meyakinkan dia aku baik-baik saja meskipun diri sendiri ragu.
"Jom, Abang Azmi."
Kami meneruskan langkah sambil berbincang tentang babak seterusnya. Meninggalkan Mark di situ.
+
You think im gonna make it easy for them to be happily ever after? HAHAHAAHHA no.
YOU ARE READING
Melodrama
Teen FictionSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...