"Dahlia?"
Aku terkebil-kebil melihatnya sedang menyelesakan diri pada sofa di dalam ruang tamuku. Tubuh dipeluk, kaki disilangkan. Duduk dengan lagak seorang bos.
"Buat apa kat sini? Bukan ke hari ni, you cuti?"
Dahlia mengerling sekilas sofa di hadapannya. "Duduklah. I ada benda nak tanya you."
Serius semacam je... aku ada buat salah ke?
Seraya melabuhkan punggung, aku mengelak daripada bertembung mata dengannya yang duduk di hadapanku. Auranya terlalu menyeramkan. Mengubah atmosfera tenang menjadi dingin yang terasa sampai ke tulang.
"You ingat tak, janji you?"
Janji yang mana pula aku mungkir ni?
"You ada sembunyikan apa-apa tak dari I? Kalau ada, better mengaku sekarang. I tahu, you tak nak tipu I pun."
Jangan-jangan... dia dah tahu?
"D-Daiyan..." Kepala makin aku tundukkan.
"Last chance. You nak beritahu I... atau nak I siasat sendiri?"
Oksigen dari peparu seakan kering. Menyesakkan dada. Tahu yang aku perlu membuat pilihan sekarang jua. Sama ada melepaskan persahabatanku dengan Dahlia atau melepaskan...
"Seriously D? Tergamak you mungkir janji." Dahlia bangun.
Aku mendongak. "Daiyan tak ada maksud pun—"
"You dah janji kut! You janji you nak stay out of relationship just until shooting dah habis, which is tinggal dua bulan je lagi! Takkan you tak boleh nak tunggu dua bulan lagi?!"
Betullah Dahlia dah tahu pasal aku dengan Mark.
"I tahu I manager you, but at the same time, I thought we're friends. So kenapa I dapat tahu pasal benda ni through media, bukan dari mulut you sendiri?" Dahlia terduduk pada sofa, mengeluh.
Tapi... media? Dia dapat tahu daripada media?
Aku bergegas ke arah kabinet TV. Mencabut kabel yang disambungkan kepada telefonku. Menaip laju, membuat carian berdasarkan nama sendiri.
Semua artikel memaparkan gambar yang sama. Gambar aku dan seorang jejaka bertopi hitam, menutup wajahnya sedang membeli-belah bersama. Gambar ini diambil seminggu yang lalu, ketika kami berada di Beijing untuk penggambaran drama.
'Buah Hati Daiyan Islam' dijadikan tajuk utama artikel. Andai tadi dada terasa sesak, kini terasa seakan ingin pitam. Hampir hilang keseimbangan sehinggakan terpaksa berpaut pada bucu kabinet.
M-Mark!
Aku mendail laju telefonnya. Deringan telefon yang tidak disambut mencabar kewarasanku. Kuku mencengkam tapak tangan. Mungkin akan meninggalkan bekas. Enam kali cubaan membuat panggilan kemudian, aku terduduk pada lantai. Meraup rambut. Tertekan.
"Siapa lelaki tu?"
Dek terburu-buru ingin menghubungi Mark, aku terlupa akan kewujudan Dahlia di situ. Hanya setelah dia bersuara barulah aku teringat akannya.
"Mark ke?"
Kalau Mark, tak adalah aku jadi macam ni.
"Kalau bukan dia, siapa?"
Marie!
Aku bingkas bangun. "You ada number phone Marie, kan?"
Dahlia mengeluh sinis. "Number Marie? You nak call Marie, but you still nafikan yang lelaki tu Mark?"
"Well the problem is, it's not Mark, okay?! So boleh tak you just bagi number phone kakak dia?!"
Perlahan-lahan, tangan Dahlia yang memeluk tubuhnya jatuh ke bawah. Kaku di sisi. Memandangku dengan alis yang berkerut.
Semakin tertekan dengan Dahlia yang kaku di hadapanku, aku bertindak melulu dan merampas telefonnya. Mencari sendiri nombor telefon Marie sementara dia hanya mampu melihatku yang tak ubah seperti orang yang kehilangan kewarasan akal.
Usai mendapatkan apa yang aku inginkan, aku menarik tangannya. Mengembalikan hak miliknya. Sempat menatapnya buat kali terakhir sebelum meninggalkan kediaman mewah milikku.
+
"Kenapa awak tak jawab call saya?"
Mark menyembunyikan wajahnya dengan menunduk apabila beberapa orang staf syarikat siaran televisyen lalu di sebelah. Aku melakukan hal yang sama. Berbanding tempat lain, laluan masuk di belakang bangunan lebih tertutup. Tetapi tidak sepenuhnya.
"Saya tengah shooting. Phone pula kena silent." Jawab Mark dengan tenang. "Kenapa awak call?"
"Awak... dah nampak ke? That gossip about me. Awak dah nampak?"
Mark tertawa kelat. Mengiyakan teka-tekiku.
"I was thinking, macam mana nak tanya awak pasal tu. But since awak dah mention..." Mark menyandarkan belakangnya pada dinding. "Siapa dia? I know for sure that's not me."
"Dia..."
"Janji jangan beritahu sesiapa tahu?" Suara jejaka itu terngiang di telingaku.
"Saya—saya tak boleh beritahu awak." Aku menggigit bibir. "Not now."
"Awak suka kat dia ke?"
"What?! No!" Getusku, suara bergema di sepanjang laluan.
Mark mengangguk. "Okay."
Okay? Dia nak tinggalkan aku ke? Itu ke maksud dia?
"Saya percayakan awak."
Hah?!
"Awak... bukannya nak tinggalkan saya ke?"
"Kenapa pula saya nak tinggalkan awak?" Dia tertawa kecil, menggelengkan kepala. "Awak ni suka sangat overthinking tahu?"
Nafas lega aku hembuskan. Baguslah kalau dia tak terfikir nak tinggalkan aku. Kalau... kalau dia tinggalkan aku sekalipun, aku tahu atas salah siapa. Salah sendiri. Jadi aku tak ada hak nak hakimi dia.
"Awak datang sini naik apa?"
"Naik Grab." Aku menyengih.
Mark tersenyum kecil. Dia menggeledah kocek kot hitam yang dia kenakan. Bunyi gemerincing kedengaran. Kunci diserahkan kepadaku.
"Tunggu saya kat dalam kereta. Jangan lupa kunci pintu."
"Awak nak hantar saya balik ke?"
Mark mengangguk. "Saya kena ganti baju dulu. Nak saya hantar sampai kereta ke?"
Aku menggelengkan kepala. Kembali tersenyum riang. Mark mengangguk faham. Menghadiahkan senyuman manisnya sebelum kembali ke dalam bangunan. Aku tidak berganjak dari tempatku. Memandangnya yang sedang berlalu pergi.
Bertuahnya saya sebab dapat kenal awak.
+
Im feeling single now lol
YOU ARE READING
Melodrama
Ficção AdolescenteSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...