"Saya dah lama sangat nak jumpa Daiyan. Tak sangka pula boleh terserempak kat sini." Ujarnya.
Aku memandang Dahlia. Menjongketkan sedikit alisku. Meminta jawapan daripadanya berkenaan siapa wanita anggun itu sebenarnya.
"Marie, manager Mark." Dahlia bersuara.
Aku kembali memandang Marie. "Manager Mark?"
"D, I need to make some calls. You nak tunggu kat dalam kereta atau you nak tunggu kat sini?" Tanya Dahlia.
"Nak... tunggu kat sini."
"Alright."
Seraya itu, aku dan Marie melabuhkan punggung kami pada sofa di lobi bangunan hak milik Syarikat Beige Skincare.
Aku menyengih. Sepatah kata pun tak keluar dari mulutku. Tiada topik yang boleh kami bualkan. Jadi tunggul kayu lagilah aku petang ini.
"Betullah apa yang semua orang cakap. Daiyan pun pendiam orangnya. Macam Mark."
Aku menggaru kepala. Cepatnya berita tersebar. Sepanjang penggambaran, ayat yang sama orang gunakan. Menyamakan sifat pendiamku dengan Mark Sufyan sampaikan aku sendiri naik lelah mendengarnya.
"Mesti awak susah nak uruskan Mark. Iyalah. Diakan tak banyak cakap."
"Hmph!" Marie menggelengkan kepalanya. "Mark, dengan kakak dia sendiri ini pun, susah sangat nak buka mulut. Risau juga selalu tinggalkan dia kat set sendirian tapi nak buat macam mana? Akak pun banyak komitmen lain."
"Kakak Mark?" Mataku bundar.
"Eh, Mark tak pernah beritahu ke?" Dia sendiri terkejut. "But then again. That boy rarely talks." Keluhannya kedengaran.
"Kak... Marie. C-can I call you that?"
Dia tersenyum manis. Mata sepetnya hilang. Seperti Mark bila tersenyum. Dua-dua pun kelihatan sungguh manis. Mengalahkan gula kapas manisnya.
"Nak tanya something boleh?"
"Boleh. Apa dia?"
Mungkin... dia boleh menjawab teka-teki yang tak henti dari mengganggu sakinat benakku.
"Mark... dia ada masalah ke kebelakangan ni?" Soalan terpacul dari mulutku.
Senyuman Kak Marie luntur. Digantikan dengan keluhan panjang. Wajahnya juga memperlihatkan dia sendiri risau akan sesuatu.
"Actually, I was hoping to ask you that. Akak tak selalu datang tengok Mark shooting. Akak ingatkan dia ada masalah kat set. Daiyan pun tak tahu ke? Tak apalah. Nanti akak tanya Suzy."
"Suzy?"
"Daiyan tak tahu ke? Mark rapat dengan Suzy. Abang Azmi yang beritahu akak." Katanya. "Oh. Terlupa pula. Daiyan tak ada shooting dua hari inikan?"
"Hm."
Patutlah mesej aku pun dia tak balas. Kekasih hati dah ada. Buat apa nak terhegeh layan perempuan lainkan?
"Daiyan." Dahlia muncul semula. Lebih tenang berbanding dirinya tadi yang terburu-buru. "Jom?"
"Hm." Aku mengangguk. "Kak Marie, Daiyan pergi dulu."
YOU ARE READING
Melodrama
Teen FictionSebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dala...