Bab 19

403 62 6
                                    

Nak cakap ke tak eh?

          Takpe ke kalau aku cakap?

          Macam mana kalau dia salah faham?

          Dahlah beberapa hari ni, aku layan dia acuh tak acuh. Kalau aku... aku cakap juga, mesti dia salah faham. Tapi nak jelaskan kat sini, tak boleh juga. Kang orang lain pula yang salah faham.

           Dah tu, nak cakap ke tak ni?

          Ah, lantaklah!

          Buku jari mengetuk meja kayu. Jejaka yang sejak tadi menundukkan kepala, membaca skrip kini mendongak. Memandangku dengan ekspresi kosong. Seakan tidak berminat untuk meminjamkan telinganya sebentar.

          Perasaan ragu-ragu untuk bertanya datang kembali setelah melihat reaksinya. Giliranku pula untuk tertunduk. Menguis skirt labuh yang aku kenakan. Berperang dengan diri sendiri.

          Alih-alih, Mark menarik kerusi kosong di sebelahnya. Beg yang terletak di atas kerusi itu dia alihkan. Diletakkan ke lantai sebelum menepuk kerusi. Menyuruhku duduk.

          Aku akur dan melabuhkan punggung. Sebaik saja duduk di sebelahnya, aku menyedari jarak di antara kami terlalu rapat. Aku mencuri pandang sekeliling kami. Melihat beberapa orang staf di situ, aku segera mengheret kerusi sedikit jauh daripadanya. Mencipta jarak.

           Kedengaran Mark mendengus.

           Alamak, aku belum cakap apa-apa lagi, dia dah marah?

           "Awak tak nak tanya ke kenapa saya duduk kat sini?" Soalku.

           Mark kelihatan begitu tegang mendengar pertanyaanku. Lembaran skrip di tangan dia belek tanpa minat.

           "Kena tanya ke?"

           Gulp!

           Mark menatapku sejenak sambil berkata, "It's not like awak selalu datang, duduk sebelah saya. Dah alang-alang awak sendiri datang sini, isn't it better to just appreciate it without any question?"

          Zzup! Sindirannya terasa pedas sekali tetapi aku cuba untuk tidak terasa hati.

          "Malam ni, kita tak ada shooting."

          Dia mengangguk.

          "Saya... ada benda nak cakap dengan awak. Can we meet?"

          Tangannya terhenti daripada terus membelek mukasurat skrip. Buku di riba ditutup lalu diletakkan ke atas meja. Dia menoleh ke sisi. Memberikan sepenuh perhatiannya hanya padaku.

          "Awak nak break up ke?" Soalnya bersahaja.

          Mataku bundar. Aku mengimbas staf yang bekerja di sekeliling kami. Bersyukur apabila mereka meneruskan pekerjaan masing-masing tanpa mempedulikan kami berdua. Harap-harap, tak ada sesiapa yang terdengarlah.

           "Bu-bukan macam tu. Bila masa pula saya kat nak break up?"

          Aku dah agak dah. Mesti dia akan salah faham punyalah!

          "Sure bukan nak bincang pasal break up?" Soalnya lagi.

          Aku mengangkat tangan kanan. Mengangguk laju. Berjanji.

          Tiba-tiba, Mark memegang kerusiku. Dengan sekali tarik, jarak di antara kami tertutup semula. Nafasku terhenti. Entah kerana terperanjat dengan kelakuannya atau kerana cara dia menatapku. Tepat ke anak mata, tak berkerdip.

MelodramaWhere stories live. Discover now