bunyi derap kereta kuda menjadi lagunya sejak 2 hari lalu . Davina membuang pandangan keluar wajahnya jelas seperti memikirkan sesuatu yang bersarang dalam mindanya.
okey mari ingat balik kebelakang.okey.
bulan lepas setelah vald setuju dengan usul penyatuannya. mereka berjaya tawan negara alpha. dan 3 minggu berlangsung aktiviti menyakinkan usahanya ini.apa yang jadi ialah...
mereka menyebarkan notis ini ke utara , selatan dan timur bagi menyebarkan berita ini lebih cepat dan pantas ke pendengaran rakyat alpha.respond? sebelum tuh kerajaan alpha juga ada bahagiannya. bahagian utara dan dekat di istana adalah kawasan bagi rakyat bangsawan . kawasan timur adalah rakyat yang mana tidak miskin dan tidak juga kaya.
dan di selatan adalah tempat di mana golongan minoriti , mereka yang di buang keluarga dan miskin bertempat disini.jadi, golongan miskin hanya menerima dengan pasrah . mungkin mereka merasakan jika membantah sekali pon. mesti penerimaan mereka akan diabaikan jadi, terima atau tak sama sahaja situasi bagi golongan misikin. keadaan mereka tetap sahaja begitu.
golongan sederhana yang mana merupakan keluarga yang rapat dengan golongan bangsawan cepat cepat menyatakan ketidak setujuan mereka terhadap usul ini. dan keluarga yang tiada kuasa dan tidak rapat dengan bangsawan hanya terima dengan lapang dada.
mereka bahkan melayani davina dengan baik ketika davina datang mengunjungi dan menyapa mereka. layanan yang ramah dan ceria .
kemudian tiba dia di kawasan bangsawan davina masih ingat dia menelan liur dan jiwanya hampir melayang apabila tiba di rumah bangsawan pertama .
namun sebaik dia keluar dari kereta kuda itu jiwa nya yang tak bersemangat terus tampil dengan penuh karisma dan aura yang kuat menyebar kesekeliling nya membuatkan orang percaya dan hormat dengan usul penyatuannya.
dan dengan begitu, 3 minggu lengkap . usul penyatuannya sampai ke pendengaran semua rakyat alpha . dikorbankan masa rehatnya dan masa makannya untuk terus menerus mengetuk pintu mengunjungi rakyat alpha yang bakal menjadi rakyatnya juga.
....
dan sekarang dia masih dalam kereta kuda namun arah destinasi bukanlah sekitar kerajaan alpha.
kepala davina terkeluar dari tingkap sedikit. membuatkan aiden yang menunggang kuda bergerak mendekati wanita itu.
glop... glop...
davina mengangkat kepalanya dan mencari punca bunyi tersebut. sebaik kepala nya terangkat matanya menatap lurus mata aiden yang mendekati tingkap kereta kuda itu .
mereka terdiam begitu sambil mata mereka yang bertembung .
' mata dia memang warna hijau ke? ' bisik hati aiden.
' rambut dia... jadi perang bila terkena mentari macam magik. ' hati aiden berkata lagi.
' aiden... bila dia naik kuda putih dengan penampilan sebenar sebagai omega dia nampak macam putra raja? adakah dia knight on the white horse? hahah mesti aku perasan kan? ' davina yang berbicara sendiri.
' selama nih mata dia warna tuh ke? warna kuning ? seperti emas .... ' bisik davina pada dirinya
" cantik... " sebut davina tanpa sedar. aiden tersentak mendengar perkataan tersebut keluar dari mulut davina. terasa berbahang muka aiden apabila davina tanpa putus menatap wajah aiden.
" davina... apa yang kau cakap ta- " kata aiden terhenti sebaik sahaja kereta kuda davina bergolak dasyat disebabkan melanggar sebuah batu .
davina yang duduk elok di tepi tingkap jatuh tergolek dari tempat duduknya di dalam itu tanpa sempat dia menahan dirinya.
YOU ARE READING
THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️
ФэнтезиLYCUS satu nama agong yang sering meniti dibibir kaum serigala . satu nama yang berjaya menyatu kaum serigala yang terkenal kewujudannya. ALPHA BETA OMEGA dan satu hari muncul seorang wanita berfigura chubby bergolekkan turun dari langit. dan naman...