XIX

56 7 1
                                    

Davina meneguk liurnya seiring langkahnya masuk ke pintu gerbang kerajaan alpha walaupun ini kali kedua dia melangkah masuk ke situ. jika kali pertama dia masuk kerana dia diiringi vald dan niel .

kali ini dia diiringi oleh aiden dan hakan yang berwajahkan penduduk alpha . tapi itu tidak mengatakan yang dia tidak menarik perhatian penduduk disitu .lagi pulak dia berjalan beriringan dengan makhluk yang tidak kalah rupa parasnya .

dia tak ubah seperti lalat yang terbang pada bunga . dah lah gemok, boleh pulak jalan sesama dengan dua jejaka yang kacak . memang kena bandinglah ceritanya. bukan macam langit dan bumi dah. macam bintang dengan lumpur.

Davina keluh perlahan .Bagaimana dirinya yang sebegini mampu menarik perhatian dua makhluk sesempurna itu mengikut dirinya? menyesal? tiada guna.....

ISTANA ALPHA KINGDOM

' ish , besar jugak istana nih tapi macam suram sangat warna dia ' bisik hati hakan sebaik melangkah masuk ke istana itu.
matanya meliar kearah dinding istana diraja itu dengan penuh tanggapan .

tiba tiba,
hakan dan aiden yang berjalan rapat bersama davina di tahan oleh pengawal diraja. hakan dan aiden di hadang sambil pedang yang menghunus rapat dengan tengkuk mereka.

" siapa korang nih? siapa yang bagi korang ikut Yang Terhormat! rakyat biasa perlu ada pass untuk masuk. tunjukkan pass korang! heh! dasar rakyat marhean tak sedar diri! " kata pengawal itu.

hakan yang mendengar kata pengawal itu berasa marah.

" hey! kau siapa nak cakap dengan aku macam tuh hah! aku nih putr-" kata kata hakan terpotong sebaik aiden meletakkan telapak tangannya ke mulut hakan.

hakan memandang aiden dengan mata membutang tak puas hati. berani berani dia tutup mulut putera hakan!

" mmmaahmmm! hmmmm!! " hakan tiba tiba memberontak dan meronta melepaskan tangan aiden yang berada dimulutnya. tapi, lagi hakan meronta lagi kuat cengkaman aiden di mulutnya.

hakan menjeling aiden geram. namun tiba tiba jiwanya kecut. apabila aiden sudah tersenyum maut dan matanya menusuk anak matanya.

" maaf ye.. " kata aiden sambil tersenyum begitu.

' saya menyerah... maafkan kelakuan saya!' bisik hati hakan.

daripada berontak terus hakan senyap dan menjadi kucing manja minta untuk dilepaskan.

" Davina! " panggil aiden selamba. pengawal itu terkejut apabila aiden dengan bersahaja memanggil pemimpin semua serigala itu tanpa perkataan hormat.

davina tersentak dari lamunannya. dia tak perasan pon dia telah jalan jauh dari makhluk dua itu. dia memalingkan kepalanya ke belakang.

" jangan lupa anak anjing kau nih ! " kata aiden . kemudian dia melepaskan cengkaman tangannya.

' eeiii basah air liur! uurgh! geli! 'bisik hati aiden. mukanya mula membuat muka jijik . lalu tangannya di bawa ke belakang badan hakan dan dilap sisa air liur hakan .

" lepaskan mereka , mereka berdua bersama saya. " kata davina santai . tapi dalam hatinya sudah berdegup laju.

' janganlah buat masalah , janganlah buat masalah. ' pinta hatinya .

" baiklah Yang Terhormat "kata si pengawal sebelum beradiri disisi dan memberi laluan kepada hakan dan aiden.

" jalan " kata aiden sepatah .hakan yang seperti anak anjing liar yang dijinakkan hanya mengikut langkah aiden.

.
.

" Davina! akhirnya kamu pulang juga kepada beta! beta ingatkan kamu sudah hilang dan mencari kaum lain untuk jadi ketua. tapi, beta silap! davina masih setia dengan beta .Lega beta. " kata vald sambil tersengih lebar dengan senang.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now