hakan mempercepatkan pergerakannya untuk menyelam kedasar laut.
dan dalam samar samar. figura yang di cari menangkap kornea matanya . siren tersebut sedang membelit aiden. manakala serigala omega sudah nyawa nyawa ikan.
mata aiden sudah terkatup rapat. hakan mendekati figura yang menjijikkan itu. serentak itu dia menyerang siren itu supaya melepaskan aiden.
satu bebola cahaya di tuju tepat kearah siren. dia yang cuba hendak memakan aiden . terlepas dari membelit aiden apabila bebola cahaya itu mengena tepat badannya.
dia siren adalah makhluk kegelapan. dan kesemua makhluk kegelapan takut hanya satu perkara . iaitu cahaya. aiden yang terlepas dari lilitan , hakan tarik mengunakan kuasanya.
namun, siren yang tidak berputus asa berenang laju kearah hakan dan cuba menyerang lelaki itu. tangannya menjulur dengan kuku yang tajam .
" warghhh! " jerit siren tersebut.
davina tersentak mendengar jeritan dari arah laut.
" a-apa tuh? " tanya davina kepada dua pengawal itu yang sedang merawatnya.
" itu adalah suara siren. " kata mereka.
" siren? makhluk mitos tuh?" tanya davina.
" mitos? siren . bukan mitos . ia memang ada kewujudannya. mungkin putra hakan sedang berlawan dengannya. kita bernasib baik. siren berada di dalam laut. jika dia berada di darat. jeritannya mampu buat kita tuli selamanya." kata mereka.
" emph! " hakan terkejut apabila jari jemari siren menangkap lehernya.
siren tersebut tersengih seram. tapak tangan hakan bercahaya putih . lalu tangannya menggenggam lengan siren yang berada di lehernya.
dia menggelupur apabila hakan menyentuhnya. dia terundur kebelakang. tanganya yang di sentuh hakan menjadi berlubang . akibat cahaya tersebut.
' kau dah buat banyak kerosakan . aku tak boleh biarkan kau lebih lama. ' bisik hati hakan.
kemudian tanganya di hulur kehadapan. satu cahaya kecil keluar lalu berputar keliling siren tersebut. hakan menggenggam penumbuknya dan cahaya kecil itu membentuk tali bercahaya yang melilit siren tersebut dengan ketat.
" arrghhhh! " jeritan siren kedengaran dan menyebar ke daratan.
jantung davina berdegup keresahan . dia mengharapkan hakan dan aiden pulang dengan selamat.
' hancur menjadi abu ' seiring itu hakan menguraikan genggamannya seperti melepaskan abu .
dan sebaik itu, badan siren tersebut berkecai dan daging berselerak sebelum berubah menjadi kehitaman .
hakan menarik aiden dengan kuasa cahayanya mendekat. di sebabkan aiden sudah jauh dari keberadaannya.
kemudian hakan munculkan satu bebola dan aiden di dalam nya. dan mereka berenang ke tebing itu semula dalam keadaan aiden yang tidak sedarkan diri.
dari kejauhan , cahaya yang cerah mulai muncul dari dasar laut. semakin lama semakin dekat dengan keberadaan davina.
davina yang menangkap itu segera berdiri dan berdiri di tebing dengan penuh pengharapan yang itu adalah aiden.hakan naik ke darat perlahan lahan dengan baju dan seluarnya yang berat air. serta bebola yang membawa aiden juga keluar dari dasar laut bersama sama hakan.
davina tidak dapat menutup rasa bersyukurnya melihat figura aiden yang keluar bersama hakan. figura aiden di bawa ke pinggir tebing.
muka aiden kelihatan pucat .dan matanya tertutup rapat. hakan yang kelelahan duduk tidak jauh dari figura aiden yang terbaring.
YOU ARE READING
THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️
FantasyLYCUS satu nama agong yang sering meniti dibibir kaum serigala . satu nama yang berjaya menyatu kaum serigala yang terkenal kewujudannya. ALPHA BETA OMEGA dan satu hari muncul seorang wanita berfigura chubby bergolekkan turun dari langit. dan naman...