XXI

46 6 1
                                    

TIGA HARI KEMUDIAN

davina memandang bangunan utama istana di mana vald berada di dalamnya. sebelum dia melangkah perlahan lahan kearah bangunan itu.

kenapa tiga hari baru dia laksanakan agenda memujuk vald? ini semua terjadi masa bincang yang lepas.

flashback,

" okey, kalau macam tuh kita akan pujuk dia. tapi ! selepas 3 hari dari hari nih. " kata aiden.

" kenapa pulak? kan bagus lagi cepat kita laksanakan ? " kata davina pelik dengan cadangan aiden itu.

" ya, memang betul. tapi, aku takut ada yang buat rumor jika kita buat selepas perbincangan kita nih. yelah, pembantu ruang makan kita suruh mereka keluar . korang rasa diorang tak akan rasa tertanya sebab apa kita buat mcam nih? memang kita ada kuasa lebih tinggi dari diorang tapi, kuasa rumor lagi menakutkan . " kata aiden.

" ada betulnya juga kata kau kali nih. " kata hakan.

" apa maksud kau hah! sebelum nih aku cakap betul jugak lah! masa bila pulak aku merepek hah! " kata aiden panas.

" woah! releks aiden. " kata izumi. hakan tersengih sinis kepada aiden.

" so, davina . kata aiden masuk akal jugak. ada kemungkinan berjalan rumor jika kita buat hari nih. pembantu tadi mungkin akan kaitkannya dengan pengkhianatan kita sebab kita bincang secara rahsia tanpa raja vald. " kata izumi.

" okey kalau macam tuh , kita akan bersedia dalam 3 hari lagi. " kata davina

dan disebabkan itu , hari ini adalah harinya yang akan menetukan nasib dan nyawanya untuk hari hari akan datang.

berdebar-debar dia memasuki bangunan itu. belum sempat dia masuk ke pejabat kerajaan itu. davina bertembung dengan Raja Asvaldur di koridor. disebabkan dia tidak bersedia untuk bertembung dengan raja itu dia menjadi keras berdiri kaku di situ.

otaknya seperti berhenti seketika untuk berfungsi.

" davina? apa yang kau buat kat sini? " tanya vald . tapi tiada jawapan dari davina . vald pandang hanniel yang ada di sisi sambil keningnya terangkat.

kemudian niel mendekati davina.

" yang terhormat? yang terhormat davina? " panggil niel.

" hah?! ye? " barulah davina tersedar .

" kenapa yang terhormat berada disini? " tanya niel.

davina pandang lelaki itu kemudian dia pandang vald yang berada di belakang .

" sa-saya nak bercakap tentng sesuatu dengan raja alpha. " kata davina gugup sambil matanya memandang kearah vald.

" dengan beta? " tanya vald pelik.
yelah perempuan itu mana pernah mahu berbicara dengannya. ada sahaja hal hal berbangkit yang boleh dibuat gaduh.

" ya. tuanku nak pergi mana mana ke? kalau ye saya boleh tunggu sehingga tuanku selesai . " kata davina. lagi bertambah pelik vald apabila davina menggunakan kata formal dengannya.

" tuanku? " tanya niel.

" err.. ehm! boleh, kita boleh berbicara sekarang di pejabat beta. marilah. " kata vald. sebelum dia berpatah balik ke pejabatnya.

' apa yang dia nak cakap? dari nada suara dia macam serius.' bisik hati vald.
.
.
.

" jadi? perkara apa yang mahu dibincangkan? " tanya vald sambil menyilangkan kakinya.

davina mula berpeluh sejuk.
" err.. ma-macm nih.. " kata davina gugup.

" ambiklah masa kau. dan berbicaralah dengan tenang. apa yang terhormat mahu bicarakan? " tanya vald tenang.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now