VII

77 9 2
                                    


davina?
betul ke davina anak kami?
akhirnya... kami sangat rindu kamu nak..
kembalilah kepada kami ...
kembalilah...

" ibu! ayah!" jerit davina terkejut seraya terduduk sambil tangannya menjulur ke hadapan seperti mencapai sesuatu.

aiden yang berbaring disebelahnya juga terkejut.

" kenapa? ada apa? " tanya aiden yang mamai sambil menggosok matanya .

" tak ada apa. " balas davina. setelah 5 saat baru dia tersedar akan sesuatu.

segera dia menoleh kearah aiden.

" APA YANG KAU BUAT ATAS KATIL AKU! " kata davina marah. lalu dia menyelak selimut yang di pakainya.

nasib masih ada pakaian pada tubuhnya. kalau tak memang akan dia bunuh serigala omega itu.

" aku nak tidur . jadi aku baringlah atas katil. kenapa salah ke?" kata aiden sambil menarik selimut yang dicampakkan oleh davina ke mukanya.

" kau tanya salah ke tak? kan kau kata ak-" kata davina terhenti apabila dia perasan sesuatu pada figura itu.

" KENAPA KAU PAKAI MACAM TUH! " kata davina marah dalam masa yang sama dia malu gila!

" hmm? ini? ouh tadi aku bangun dulu . tiba tiba rasa panas. jadi disebabkan itu, lepas akh mandi aku pakai bathrobe nih.releks lah.. nanti aku pakai baju aku balik okey? " kata aiden selamba.

' TAK OKEY! ' jerit hati davina . dia serasa mahu nangis.

sebab apa?

sebab pertama aiden pakai bathrobe dia. BATHROBE DAVINA LYCUS!  dan officially, bathrobenya dah tak hygiene. sebab kedua si aiden serigala anak omega pure blood nih handsome sangat! oh my god! bangun bangun first thing kau nampak muka handsome dia .

sumpah ! boleh berdarah hidung tengok muka dia. sebab ketiga dah lah pakai bathrobe tak diikat pulak tuh .... bayangkan kalau terbukak?

mahu dia nampak penampilan bogel si aiden dia kali kedua? walaupun ehe.. abs dia sumpah hot! six pax! oh my! bleeding terok! kalau setiap pagi macam nih. boleh pengsan aku.

" davina? " panggil aiden.

" ha? oh ye" davina bagai tersedar dari lamunanya.

tok tok!

" YANG TERHORMAT DAVINA? ADAKAH ANDA SUDAH BANGUN? " seru seseorang mungkin maid.

" dah! " jawab davina .

" saya ketua maid dan beberapa pembantu yang lain datang untuk mempersiapkan yang terhormat. kerana sebentar lagi yang mulia raja asvaldur ingin berjumpa . oleh itu izinkan kami masuk kedalam" kata maid tersebut.

" ha! dia nak masuk! kejap! kejap! " davina kelam kabut .

hoodie yang dipakai malam tadi dibuka kelam kabut. rambutnya dibuat sedikit kusut . kasut yang kotor dicampak bawah katil.

dan satu masalah . aiden!

aiden blur melihat davina yang kelam kabut. tak faham kenapa davina bertindak sebegitu.

" aiden! cepat ! sorok! diorang tak boleh tahu kau kat sini! mati aku nanti kalau diorang tahu aku bawak omega ke istana. " kata davina.

"ha?" aiden tak faham.

' aduih! time nih lah dia blur! ' jerit batin davina.

di tarik tangan itu bangun dari katil . matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk di sorokkan serigala itu. dia bawa aiden di depan almari.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now