Bab 11 (raw version)

507 34 11
                                    

ED menghempas badan ke katil. Penatnya hari ni. Hari khamis memang hari yang paling Ed benci. kerana semua subjek yang memeningkan kepala ada dalam jadual hari Khamis.

Tiba-tiba telefon bimbit yang disimpan di dalam poket bergegar. Ed mengeluh. Siapa pulak?

"Hello," jawabnya malas-malas.

Sepi.

"Hello." Sekali lagi dia menyapa.

Siapa pulak ni? Call tapi tak mahu bercakap. Aku tengah penat ni. Getus hatinya yang mula sebal.

"Err... He—hello..." Suara perempuan kedengaran.

Ed kerut kening.

"Ed... ehem... Ed ke tu?"

"Yeah, speaking."

"Err, h—hi, Ed! Ni... sa—say—saya, err... Juliet!" Perlahan sahaja suara itu mengenalkan diri.

Mata sepet Ed buntang. Dia terus duduk dari baringnya. Hati berdetak laju. Apa???

"Juliet?"

🦋🦋🦋🦋🦋🦋

TEJA berjalan ke hulu ke hilir di belakang bangunan asrama itu. Nombor telefon yang ditulis ke kertas kecil tadi dipandang. Dia tarik nafas dalam.

Come on, Teja Amani! You can do this!

Lantas dia berjalan ke tempat telefon awam di bangunan asramanya itu. Hanya ada seorang lagi penghuni asrama yang sedang menggunakan telefon. Sekali lagi dia tarik nafas dalam.

"Bismillah!"

Seketul syiling 20 sen dimasukkan ke dalam ruang telefon itu lalu dia mula mendail.

0..1..2..2..9..3..3..7...

Eh sekejap, sekejap!

Gagang diletak semula. Toing! Syiling yang dimasukkan tadi jatuh semula. Teja garu dahi.

Aduh, kau ni, Teja! Apa benda gedik sangat ni? Marahnya pada diri sendiri.

Nafas ditarik panjang, kemudian dihembus perlahan-lahan. Okey, ini kalilah!

Syiling dimasukkan semula. Kali ini dia mendail laju.

Tit! Tit! Satu deringan.

Tit! Tit! Dua deringan.

Tit! Tit! Tiga deringan.

Okey, kalau lepas deringan keempat tak angkat, kira tak ada rezekilah tu!

Tit!

"Hello..." Suara malas lelaki menjawab.

Teja pempan.

Dup dap! Dup dap! Jantung berdegup laju.

"Hello..." Sekali lagi.

Teja pejam mata rapat-rapat. Cubaan menghilangkan rasa gentar.

"Err... He—hello!"

Sepi di talian sana. Teja buka mata perlahan-lahan.

"Ed... ehem... Ed ke tu?"

"Yeah, speaking."

Aduh, Ed-what-the-hell! Kenapa suara kau macam ni? Jenis suara jantan gila yang buat hati aku macam nak melompat keluar ni! Mencikkkkk!

"Err, h—hi, Ed! Ni... sa—say—saya, err... Juliet!" takut-takut dia mengenalkan diri.

Teja dengar bunyi gerakan laju di sana.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now