Bab 10 (raw version)

4K 366 150
                                    

ThorNgok: Jaga diri baik-baik Teja. Aku dah jauh dah lepas ni. Tak dapat nak jagakan kau. Kau rajin-rajinlah call aku. Aku ni kalau seminggu tak dengar suara kau yang bingit tu, otak macam serabut. Ok? Aku akan rindu kau Teja. Eh salah! Aku dah rindu kau dah pun...

ThorNgok: Kita orang baru sampai pekan Kuala Selangor! 🤦 Aku rasa kau dah menderem akulah!

Teja ketawa membaca mesej itu yang dihantar Thor itu. Geleng kepala. Ada-ada je si Thor ni.

Jam 730 pagi tadi, berangkatlah Thor ke Skudai untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti awam di sana dihantar seluruh ahli keluarga Mak Yam. Teja sendiri, mak dan Jebat, adiknya turut ada ketika mereka berangkat tadi.

Maklumlah, Mak Biah kan lebih sayangkan Ahmad Tariq tu daripada mereka dua beradik. Bukan main Mak Biah buat drama air mata menghantar pemergian Thor. Padahal, masa menghantar Jebat ke Pasir Salak dulu, tak pulak nampak dia menangis beria. Apa lagi, jadi bahan dekahan Teja dan Jebatlah.

Teja tersengih sendiri mengenang peristiwa pagi tadi. Kemudian, nafas ditarik panjang. Seumur hidup, rasanya ini kali pertama dia bakal tak nampak batang hidung Thor dalam jangka masa yang lama. Sebelum ini, habis lama pun seminggu. Kalau dia tak balik ke rumah, Thor memang akan menyinggah ke asramanya di waktu dizinkan melawat. Macam-macam alasan. Nak hantar kuih keria Mak Yam buatlah. Nak hantarkan barang yang Mak Biah pesanlah. Sampai naik segan Teja dibuatnya kerana rakan-rakan mula bergosip liar.

Teja mula menaip.

+Kau pun sama Thor. Jaga diri baik-baik di tempat orang tu. Jangan nak sengal sangat. Nanti kau kena pukul pulak! Haha.

+Belajar rajin-rajin. Buat mak ayah kau bangga! Aku doakan kau dari jauh!

+Kau dah rindu aku kan? Aku agak dah. Aku ni memang ada aura yang luar biasa. Selama ni tak nak mengaku yang kau sebenarnya rindu aku. Tapi,setakat ni aku tak rindu kau lagi 😝😝

+Selamat hidup, sahabat! Take care

Teja senyum lagi.

Ya Allah, mudahkan dan berkatilah usaha Tariq menuntut ilmu di Johor sana. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya. Aamin..

******************

DANG! Bola oren itu berpusing-pusing di sekitar ring itu sebelum masuk ke dalam jaring.

Priiitt!

"Good job, Ed!" Coach Kim memuji sambil bertepuk tangan. "Okay, take five!"

Semua pemain berjalan ke tepi gelanggang. Benda pertama yang dituju masing-masing ialah botol air. Namun tidak bagi seorang Ed. Dia terus sahaja menyeluk beg mencari telefon bimbit. Tiada mesej atau panggilan terbaru. Dia berdecit. Barulah botol air dicapai dan digogok rakus.

Mana ni...

"Ed!" Dia menoleh. Kiran duduk di sebelahnya sedang mengelap wajah dengan kain tuala kecil yang dibawanya.

"Semenjak dua menjak ni, aku tengok kau ni tak berenggang dengan phone! Sekejap-sekejap check phone! Masuk jamban pun bawa phone! Dah kenapa?" soal Kiran.

"Main game lah tu!" Ryan menyampuk.

Kiran geleng kepala. "Yang hantu game tu engkau! Ed bukan macam kau. Semenjak dua menjak ni je dia lain sikit," balas Kiran.

Ed diam. Hanya memandang aksi rakan-rakan sekumpulan yang mencuba-cuba menjaring bola.

"Ada apa, Ed? Ada cerita baru ke?" tanya Ryan pula sebelum kembali menggogok air daripada botolnya.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now