Bab 5 (raw version)

4.2K 374 67
                                    

ASRAMA PUTERI, SMS, KUALA SELANGOR

TEJA mengesat air mata yang meleleh laju. Yan hanya sepi di sisinya sambil mengusap belakang badannya memujuk.

"Sampainya hati dia orang, Yan. Aku tegur benda betul kot. Sikit pun aku tak niat nak aibkan dia orang. Dia bukak aib aku sampai macam ni sekali," adu Teja sambil menangis.

Yan mengeluh berat. Sumpah, kalau dia jumpa lah malaun dua ekor tu sekali lagi, dia akan cilikan mata dua-dua ekor. Biar buta! Jadi OKU dan memang kena pakai lif sepanjang hidup! Entah apa yang dengki sangat pun tak tau!

Alkisahnya, di dalam bas dalam perjalanan pulang ke Kuala Selangor dari KL tadi, tiba-tiba Han menghantar mesej Whatsapp kepada Yan.

Han SMSKS: Yan, kau cuba bukak FB teja! Cepat!

Yan berkerut kening. Lantas dia cuit Teja di sebelah yang baru nak terlena dan tunjukkan mesej itu.

Teja juga berkerut kening. Aku mana ada update apa-apa dekat FB!

Tak tunggu lama, Teja keluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi Facebook. Profilnya dibuka. Alangkah terkejutnya kedua-dua gadis itu apabila gambar Teja tersungkur jatuh dengan skirt yang terselak itu kelihatan di profilnya.

Dengan caption: #bilanangkajatuhketanah bedebuk bunyinya! 🤣🤣🤣

Seseorang yang tidak mereka kenali memuatnaik gambar itu di laman Facebook dan akaun Teja dipautkan pada gambar itu.

Teja rasa mata berat. Nak menangis! Ya Allah!

"Yan... Jahatnya orang ni, Yan!" rengeknya dengan suara separa berbisik.

Yan berdecit.

Menangis, menangis jugak! Apa-apa hal pun, dia kena buang tag tu dulu dari akaun Teja. Lantas telefon Teja diambil dan Yan buang 'tag' itu. Maka gambar itu tak lagi akan muncul di profil Teja.

"Aku report gambar ni, okey?"

Teja tak menjawab. Masih terpaku. Ya Allah. Jahatnya manusia. Apa dosa aku? Aku cuma nak tolong orang je.

"Eii! geramnya aku dengan mangkuk dua ekor tu!" desis Yan tak puas hati.

"Aku malu, Yan. Ya Allah! Dia orang buka aib aku. Betis aku terdedah. Entah dah berapa ramai lelaki nampak."

Yan mengeluh. Profil FB yang memuatnaik gambar itu dilihat. Hanya ada satu gambar. Gambar Teja.

"Kau punya privacy setting ni kena tukar ni, Teja! Si Bodoh ni bukan friend kau pun. Yet dia boleh tag kau dalam gambar. Bahaya!"

"Dah la guna fake account! Pengecut! Betul-betul jantan tak gunalah. Nak naik lif, tak pedulikan perempuan sarat mengandung dengan anak kecik. Lepas tu aniaya orang guna fake account. Lelaki apa macam tu? Sunat ke tak?!"

Segala kata-kata Yan di dalam bas hanya seperti angin lalu sahaja di telinga Teja. Dia sangat malu. Mana dia nak letak muka. Macam mana nak tutup aib yang dah terbuka.

"Mana pun perginya, tak kiralah Amerika ke, Kolumpo ke, hatta ke kampung sebelah sekali pun, mak kena pesan, kak! Biar beringat. Kita ni ke mana pun melangkah, bawa nama Islam, bawa nama Melayu. Faham tu?"

Teja semakin teresak. Kakak mintak maaf, mak. Kakak tak sengaja malukan mak.

*************************************

Jam 12.00 tengah malam,

ED masuk ke dalam rumahnya selamba. Dia boleh dengar bunyi TV di ruang tamu. Sangkanya, Jason yang masih berjaga menonton.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now