LIPATAN surat yang diserahkan oleh pakciknya itu dibuka. Ed baringkan diri di atas katil miliknya dan mula membaca.
Juliet,
Aspuri, Sekolah Men. Sains Kuala Selangor,
Jalan Bandar Baru Batu 2,
45000, Kuala Selangor,
Selangor, MALAYSIA.2nd of May, 2013.
Hi Edward Cullen,
How are you? My name is Juliet (my pen name). I am from Selangor, Malaysia. I'm 17 years old and I'm a girl.
I got your address from 'letsbepenpal.com' site. And I decided to send you this letter. I'm just like you. Someone who is already tired and bored with internet world!
I'm sorry if my english is not that good. I don't speak english regularly. My mother tongue is Malay.
I really hope we can be penpal, Edward! And maybe we can share about our culture and country.
You can write to me and send the letter to the address above.
Hope to hear from you soon. Have a good day!
Yours truly,
Juliet
Terkebil-kebil mata sepetnya usai membaca baris-baris ayat dalam surat itu.
Edward Cullen? Pen pal? Juliet? What the hell, man?!
Surat itu dikeronyok dan dicampak ke dinding bilik.
Bodoh budak ni! Zaman sekarang cari pen pal? Cacat ke apa? Dahlah tak pasal nama aku jadi Edward Cullen! Pontianak jambu tu! Macam sial...
Siapa punya kerja letak surat haram jadah ni dekat bengkel Uncle Fred dengan nama Ed? Ada orang nak kenakan aku?
And maybe we can share about our culture and country.
Dah kenapa nak share pasal culture dan country? Sepatutnya penerima surat ni duduk di luar negara ke? Jadi macam mana boleh ke bengkel Uncle Fred perginya?
Ahhh, lantaklah! Tak ada kena mengena dengan aku! Hidup aku dah cukup serabut dah! Stressnya!!!
Bantal diambil dan dicampak ke dinding. Jatuh tergolek bantal itu di sebelah surat yang dah berkeronyok tadi.
Ed pandang lama gumpalan kertas putih itu. Kemudian dia bangun mengambil semula kertas itu.
Hmmm, Juliet eh? Kau cari Romeo ke, Juliet? Meh aku jadi Romeo kau!
Ed sengih senget.
************
TEJA berjalan santai menuju ke pejabat pengetua itu. Tadi ada pelajar Tingkatan 2 datang ke kelas dan memberitahu kakak kerani panggil Teja Amani ke pejabat.
"Assalamualaikum..." Dia memberi salam perlahan terus sahaja ke meja Mak Sunya.
"Mak Su panggil kakak ke?"
Mak Sunya yang sedang khusyuk menaip sesuatu menoleh. "Ha, kakak! Surat yang kau pesan dekat Mak Su tu dah sampai. Untuk Juliet. Nah!"
Mata Teja membulat. "Syhhh!! Diamlah, Mak Su. Nanti PK HEM dengar, mati orang!" marahnya sambil jari telunjuk dirapatkan ke bibir.
Makciknya itu ketawa terkekek.
Surat bertukar tangan. Teja pandang surat itu dengan senyuman lebar.
YOU ARE READING
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]
RomanceAku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Ama...