Bab 9 (raw version)

3.9K 388 188
                                    

"I'M going to eat your fingers! Aummm..." Lalu jari tembam itu digigit acah-acah.

Anak saudaranya yang berusia 2 tahun itu ketawa terkekek membuatkan Ed turut ketawa.

"Now I'm going to eat your ears! Aummm..."

Hari berkumpul sekeluarga. Abang sulungnya, Ben suami isteri dan anak mereka, Adam yang satu-satunya cucu keluarga itu, turut datang bertandang ke rumah. Andy juga balik ke rumah daripada Melaka.

Sesekali dapat berkumpul dengan ahli keluarga begini buat Ed rasa seronok juga walaupun perbincangan berkenaan kerja dan dunia perubatan antara papa dan abang-abang berdua tu menjengkelkan Ed. Maka dia lebih suka melayan anak saudara tunggalnya itu di ruang tamu daripada duduk makan semeja di meja makan.

"Susahlah kalau kau asyik failed anatomi, Jason. Basic tu," kata Andy dengan kopi panas secawan mengambil tempat di salah satu sofa di ruang tamu rumah itu.

Andy menekan-nekan pengawal jarah jauh televisyen dan menukarkan siaran kartun kepada Astro Supersport. Jason yang bersama dengan Andy tadi turut menghenyak punggung di sisi Adam. Sempat dia mencubit pipi Adam yang tembam itu.

"Bukan aku tak usaha, Andy. Aku dah cuba," jawab Jason.

"Kau nervous ke masa viva tu? Ke kau memang tak tahu?"

"Aku tak boleh recall. Padahal aku dah baca."

"Kau hafal ke kau faham? Hafal bodoh saje tapi tak faham, tak boleh jugak, Jason!"

Jason mengeluh. Jungkit bahu. Jujurnya, dia juga tak mengerti di mana silapnya kerap kali gagal peperiksaan subjek anatomi yang menjadi asas dalam jurusan perubatan itu.

"Kau senanglah cakap, Andy! Kau budak genius. Baca sekali terus masuk! Lain orang, lain capability," Ed menyampuk.

Dia memang dah sedia maklum, jangan pernah mintak tips belajar daripada abangnya yang tengah ni! Memang tak boleh pakai. Sebab Andy ni genius. Kebolehan Andy untuk faham dan hafal sesuatu dalam masa yang pendek bukan sesuatu yang biasa untuk orang lain yang bertahap sederhana.

Ketika Andy nak menghadapi peperiksaan SPM dulu, dia langsung tak belajar bersungguh sehinggalah sebulan terakhir sebelum tarikh peperiksaan. Sebelum tu sibuk dengan game Dota dan aktiviti. Tapi, bila keputusan diumumkan, Andy dapat keputusan cemerlang. Semua subjek dapat A kecuali Sejarah. Itupun kerana dia tertidur masa peperiksaan berlangsung.

Andy sengih.

"Kadang-kadang aku rasa aku memang bengaplah! Tak boleh bawa medic! I should go for a simpler course. Kalau aku ambik nursing okey jugak kan? Mesti ramai patient nak stay lama-lama dekat wad yang aku jaga. Ada jururawat handsome dan tough," kata Jason pula.

Ed dan Andy ketawa berdekah mendengar kata-kata Jason itu. Adam yang tak faham apa yang berlaku turut tertawa.

"Bongoklah dia ni!" Andy membaling kusyen sebijik.

"Amboi, apa yang suka sangat tu?" Suara itu buat tawa Ed bantut.

Ah, datang dah 'the specialists in the house'. Siapa lagi kalau bukan Dato' Dr. Christopher Ng, pakar jantung ternama di Malaysia dan Dr. Benjamin Ng, bakal pakar bedah ternama di Malaysia.

"Tak ada apa, pa." Jason membuka mulut.

"Jason, I heard, you failed the anat exam. Again," kata Ben.

Jason diam tak menjawab. Bila Andy yang bertanya, dengan Ben yang bertanya, lain rasanya. Andy lebih bersahaja, Ben pula lebih menyerupai papa. Judgemental.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now