Bab 3 (raw version)

4.6K 382 94
                                    

PUTERA WORLD TRADE CENTRE (PWTC), KUALA LUMPUR

“37, 38, 39, 40... Okey, cukup!” ujar Teja.

“Cukup?” tanya Farhan yang bertanggungjawab sebagai ketua rombongan Kelab Bahasa Melayu sekolahnya ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) kali ini. Teja selaku pembantunya mengangguk.

“Okey, guys! Kau orang boleh berjalan bebas sekitar pesta buku ni sehingga jam empat petang. Saya minta kerjasama semua, jam empat petang, semua kena berkumpul di sini semula!” tegas Farhan memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Semua ahli mengangguk.

“Hati-hati dengan barang-barang sendiri. Ramai orang dekat sini. Penyeluk saku pun ramai. Kalau ada apa-apa masalah, boleh hubungi Cikgu Mail, saya atau Teja. Dan telefon bimbit tu, tolong alert ye! Kami akan hubungi semua melalui Whatsapp. Jangan berjalan sampai tak ingat dunia pulak!” sambungnya lagi.

Pelajar-pelajar terangguk-angguk lagi.

“Okey, selamat memburu buku semua!” ucap Teja.

Mereka bersurai.

“Kau orang nak jalan mana, Yan? Teja?” tanya Farhan.

“Dalam nilah! Jalan mana lagi!” jawab Yan selamba.

Farhan berdecit. Eh, buat kerek pulak minah ni!

“Aku dengan Omar ikut kau oranglah! Boleh jadi bodyguard.”

Yan mencebik. “Eh, memang taklah cerita dia! Tak mau aku jalan dengan kau orang. Nanti, elok-elok jumpa potential jodoh, lari pulak sebab kau orang ada,” balas Yan.

Teja ketawa kuat. Geleng kepala melihatkan cara sahabatnya itu menolak tawaran Farhan.

“Yalah! Yalah! Tak sudi tak apa. Macam kami hadap sangat. Jom, Mar... chow!”

Lelaki berdua itu berlalu.

“Kau ni, Yan! Han tu tengah nak try kaulah. Tak perasan ke? Bagilah muka sikit,” bebel Teja sambil terkekek ketawa.

“Aku pulak tengah reject dia. Kau tak perasan ke?”
Teja ketawa lagi. “Sukahati kaulah, makcik! Jom!”

Mereka berjalan berpimpin tangan masuk ke dalam dewan itu. Lokasi pertama, mestilah menuju ke bahagian novel dulu. Bukan perempuanlah namanya kalau tak cari novel.

Selepas agak lama mereka di situ, “Yan, lepas ni aku nak pergi tempat Telaga Biru sekejap. Nak cari buku untuk mak aku,” beritahu Teja pada Yan.

Yan mengangguk. “Kau dah habis pilih novel ke?”

Teja balas dengan mengangguk sambil mengangkat dua naskhah novel yang dah dipegang. Satu daripada Nurul Syahida, satu lagi karya Ramlee Awang Mursyid.

“Kau pergi dululah. Nanti aku cari kau dekat area Telaga Biru!”

“Okey!”

Maka Teja berjalan seorang diri menuju tempat buku-buku terbitan syarikat Telaga Biru. Dia ambil satu buku bertajuk Formula Haji Sempurna daripada rak. Ringkasan buku yang tertulis di belakang kulit buku dibaca sekilas.

Mak kata duit mak dah cukup untuk tunaikan haji. Harap-harap dapatlah panggilan tak lama lagi. Jadi wajarlah rasanya Teja belikan buku ni untuk mak buat bahan bacaan. Persediaan awal.

BUK!!

“Oh, mak kau!” Spontan, Teja melatah apabila bahunya ditolak seseorang dari arah belakang. Lantas dia berpaling dan dia nampak tiga lelaki sedang berjalan. Belakang sekali lelaki memakai baju panas dengan hoodie menutup kepala menoleh sedikit ke arahnya.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now