"KAU ni kan! Rombongan kita pergi pesta buku! Bukan merayau ke mall sebelah pesta buku," bebel Teja kepada Yan.
Yan hanya terkekek ketawa.
"Babe, chill lah! Asalkan pukul empat nanti kita ada dekat tempat berkumpul, tak ada hallah. Aku nak pergi kedai Body Shop sekejap! Perfume aku dah habis!"
Teja berdecit. "Untunglah. Perfume Body Shop." Sengaja dia mengusik sahabatnya itu.
Yan tak sama langsung macam dirinya. Yan ni memang budak bandar sebenarnya. Bukan budak kampung macam dia yang memang jarang-jarang keluar dari kampung. Manalah nak tahu jenama-jenama ni. Pakai Enchanteur pun dah rasa habis best dah!
"Kau dah call Ed ke belum?"
Teja menoleh apabila mendengar suara lelaki bersembang di belakangnya. Remaja India dan Melayu. Teja menoleh ke depan semula. Mereka sedang menanti lif tiba.
"Dah! Dia kata dia on the way ke sini."
"Daus! Jangan lari-lari!" Suara lain pula. Kala itu Teja nampak seorang kanak-kanak yang dia agak berusia lebih kurang tiga tahun berlari menuju ke lif. Terus mengetuk pintu lif itu. Teja tersengih. Beberapa saat kemudian barulah ibunya yang sarat mengandung tiba.
"Nak dukung! Mama, Daus nak dukung!" Si kecil itu mendepang tangan minta didukung.
"Ala, Daus. Daus jalan sendirilah. Mama tak larat nak dukung," pujuk sang ibu.
Teja hanya memerhati. Yan di sebelah sibuk dengan telefon bimbit entah sedang bermesej dengan siapa.
"Nak dukung!" Si kecil itu mula tinggikan suara apabila kemahuan tak dituruti.
Teja lihat ibunya yang mengandung itu mengeluh.
"Meh dukung dengan kakak nak?" Teja menawar diri. Kasihan melihat ibu yang jelas kepenatan.
Kanak-kanak bernama Daus itu menoleh, terus sahaja bersembunyi di balik kaki ibunya mengundang tawa Teja.
"Mehlah! Kakak dukungkan."
Daus menggeleng. Malu.
"Kesian mama. Mama tak larat. Kalau tak nak kakak dukung, Daus jalan sendiri, ya?" Teja cuba berunding dengan anak kecil bernama Daus itu.
Daus mengangguk kali ini
"Pandai," puji Teja.
Ibu Daus senyum kepada Teja sambil mengangguk sekali tanda berterima kasih.
Ting! Lif terbuka.
"Allah! Penuh!" rungut Yan. Hanya ada ruang sedikit yang boleh diisi dua orang dewasa.
Teja lihat dua remaja lelaki di belakang mereka tadi dengan selamba nak melangkah masuk. Refleks, tangannya naik tegak menghalang.
"Eh, apahal ni?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Encik, kita bagi kakak ni dengan anak dia naik dulu, ya?" kata Teja lembut.
"Kami sampai dululah! Tepilah!" balas salah seorang daripada mereka.
"Encik, saya tengok encik berdua nampak sihat walafiat lagi. Nampak gagah juga. Boleh naik eskalator kot. Kakak ni sarat mengandung. Dengan anak kecik lagi. Biarlah dia naik dulu."
"Entah! Gentle sikitlah, bro!" Ada suara dari dalam lif menyampuk.
Merah padam wajah dua lelaki tadi itu dek dah menjadi tumpuan orang ramai yang menjadi saksi kejadian itu. Lantas mereka berdua bergegas meninggalkan kawasan lif itu.
YOU ARE READING
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]
RomanceAku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Ama...