Bab 1 - Part 2 (Raw version)

5.1K 412 115
                                    

KAMPUNG PASIR PENAMBANG, KUALA SELANGOR

KERETA Viva itu berhenti di hadapan rumah kampung itu.

"Thank you, Mak Su. Tak nak masuk dulu?" kata Teja sambil meletakkan tali beg kecil berisi pakaian itu ke bahu.

"Tak apalah, kak! Kirim salam je dekat mak kau. Lain kalilah Mak Su singgah."

Teja mengangguk. Dia tunduk mencium tangan Mak Su, adik bongsu arwah ayahnya itu. Makciknya itu bekerja sebagai kerani di sekolahnya. Oleh itu, tiap kali pelajar berasrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, memang dia tumpang Mak Su sahaja.

Dia berjalan perlahan masuk ke perkarangan rumahnya. Baru beberapa langkah, dia terdengar bunyi hon kereta.

Eh? Mak Su nak apa lagi? Tertinggal barang ke?

Dia menoleh semula ke jalan. Namun bukan kereta makciknya yang kelihatan, tetapi sebuah sebuah kereta Myvi baru berkilat. Teja berkerut kening.

Siapa pulak ni?

Tingkap kereta itu diturunkan. "Woi, Teja!" si pemandu menegurnya.

Wajah Teja yang berkerut tadi berubah tersengih. Dia hampiri kereta itu."Lah, kau rupanya, Thor! Perghhh, kereta baru."

Tariq, sahabat sekampungnya yang digelar Thor itu tersengih menjungkit kening. "Kau baru sampai ke?" tanya Thor.

Teja angguk sambil meninjau kereta Myvi baru yang dipandu si Thor itu.

"Kereta bapak kau ke, Thor?"

"Kereta akulah!"

"Sembang! Ingat aku bodoh ke? Kau mana ada lesen lagi."

Thor ketawa. "Kereta along. Baru keluar tengah hari tadi. Aku test-drivelah. Jom! Aku bawa kau pusing-pusing kampung," pelawa Thor.

Teja mencebik. "Kot ya pun nak berlagak, biarlah dengan harta sendiri, brader. Bukan harta orang," perli Teja.

Thor ketawa galak.

"Ala, jomlah! Kereta along je kot," pelawa Thor sekali lagi.

"Lain kalilah. Aku baru sampai ni. Belum jumpa mak pun lagi," tolak Teja.

Thor mengangguk. "Mak Biah sihat dah ke? Hari tu mak kau demam batuk-batuk teruk."

Teja berkerut kening. Masa bila pulak mak demam dan batuk teruk?

"Entah! Aku tak tahu pun. Okeylah, Thor. Aku nak masuk tengok mak." Tergesa Teja meminta diri setelah diberitahu tentang kesihatan ibunya itu.

Thor mengangkat tangan kanannya. "Okey! Kirim salam Mak Biah."

Teja mengangguk. "Hati-hati drive tu! Kereta along tu. Calar sikit, satu kampung kau diparangnya nanti!"

"Yalah, mak nenek! Bye! Assalamualaikum."

Teja hanya memerhati Myvi kuning itu berlalu. Sengih dan tergeleng sendiri.

Thor... Thor... Entah mintak izin along ke tidak dilenjannya kereta baru orang tu.

Kemudian dia berjalan laju masuk ke perkarangan rumahnya. "Assalamualaikum!"

Pintu depan ternganga. Memang biasa di kawasan kampung ni pintu rumah ternganga supaya ruang di dalam rumah berangin.

"Mak! Oh..., mak! Kakak balik ni..."

"Waalaikumussalam!"

Dia dengar suara daripada belakang. Oh, mak dekat dapur.

Dia lantas meletak beg dan menanggal tudung di biliknya sebelum terus ke dapur.

"Mak!" tegurnya sebaik sahaja melihat kelibat ibunya itu.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now