Bab 7 (raw version)

3.6K 371 180
                                    

ED keluarkan baju sekolah yang tadinya dalam keadaan tucked in.

"Nak lepak mana, Ed?" tanya Ryan sambil turut melepaskan baju yang masih tersemat dalam seluar sekolahnya.

Ed tersengih. Nak lepak mana ya?

"Dey, macha! Lepak apa? Tu tengok tu," ujar Kiran sambil memuncung mulut ke sebuah kereta mewah di hadapan sekolah itu.

"Appa suda mari deyy," sambung Kiran sambil ketawa melihat kereta bapa Ed dah terparkir elok di situ dan pemandunya dah berdiri tegak di hadapan kereta memandang mereka.

Ryan turut tertawa. "Auww, so sweet! Ed ada driver hari ni!" usik Ryan.

Ed terpaku. "Seriuslah! Dia hantar driver? Macam sial," desis Ed mencarut sendiri.

"Apa kes, bro?" soal Kiran.

"I'm grounded in hell! Itulah kesnya!" Dia berdecit lagi.

"Aku chow lah, bro! Lain kali kita lepak. Bye!" katanya lalu terus berjalan ke arah kereta itu.

Malu sungguhlah! Aku dah tua bangka ni siap ada driver datang jemput balik sekolah.

"Ed!" tegur pemandu papa yang digelar Abang Halim itu sambil menunduk hormat.

Ed lajukan langkah dan terus masuk ke bahagian penumpang di hadapan. Segan jika perlakuan Abang Halim menunduk padanya itu diperhatikan. Tak lama, pemandu bapanya itu turut masuk ke dalam kereta.

"Tak nak duduk belakang?" tanya Halim.

Ed geleng. Dia cukup benci duduk belakang sendirian. Lebih selesa duduk depan dengan Abang Halim. "Sini je!"

Abang Halim hanya tersenyum.

"Papa suruh abang jemput aku ke?"

Lelaki itu mengangguk.

Ed berdecit untuk kesekian kalinya dan menggeleng. Diakhiri dengan helaan nafas panjang. Dia gigit jari sejenak menghilangkan rasa sebal. Namun tiba-tiba, muncul satu idea di kepala.

"Ha, cun bang! Kalau macam tu, abang hantar aku kat bengkel Uncle Fred," arah Ed.

"Tapi—" serba-salah Halim menjawab.

"Jangan takut. Aku call papa..."

Dia seluk beg sekolah mencapai telefon bimbitnya. Nombor bapanya didail. Seperti biasa, panggilan itu tak berjawab.

"Pa, it's me. Ed. I'm going to Uncle Fred's," beritahunya selepas bunyi beep kedengaran. Hanya pesanan suara yang dia tinggalkan buat bapanya itu. Talian dimatikan.

"Dah!" ucapnya pada Abang Halim pula.

"Ed, Ed! Kalau Dato' ada empat orang anak macam kau, dia yang baring dekat IJN tu tau?"

Ed sengih lagi. "Sebab tu ada sorang je anak nama Ed."

Abang Halim ketawa kali ini.

"Abang dah makan ke?"

Lelaki itu menggeleng. "Belum sempat. Dato' suruh ambik kau."

"Nanti abang tinggalkan je aku dekat bengkel Uncle Fred. Lepas tu abang pergilah makan. Nanti kalau aku dah nak balik, aku call."

Abang Halim kelihatan tersenyum dan mengangguk patuh. "Yalah."

Dia terus memandu menuju ke destinasi majikan mudanya itu.

"YO!" Ed menegur salah seorang mekanik yang bekerja di bengkel kereta pakciknya itu sebaik sahaja kaki melangkah ke bengkel pakciknya, Uncle Fred yang merupakan abang kepada ibunya itu.

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now