SEKOLAH MENENGAH SAINS, KUALA LUMPUR
TEJA AMANI berjalan laju menuruni tangga asrama.
Aku dah lambat! Aku dah lambat! Matilah!
Sampai sahaja di pintu pagar asrama, dia lihat dua gadis berbaju biru dah terpacak berdiri di situ. Teja berdecit perlahan.
"Teja! Kenapa kau lambat ni?" tanya kawan baiknya, Azian Nabihah, atau lebih mesra dipanggil Yan, yang merupakan pengawas yang bertugas pada pagi itu.
"Period aku bocorlah tadi. Terpaksa gosok baju sekolah lain. Tu yang lambat," jawabnya tulus.
Rakan pengawas yang ditugaskan bersama Yan mengangkat buku dan pen. "Teja Amani kan? Dorm?"
Teja memandang Yan dengan pandangan memohon simpati.
"Dorm..." jawabnya lambat-lambat.
Belum sempat Teja habiskan menjawab,
"Syafa, awak pergi round asrama. Check ada lagi manusia tak dalam asrama. Kalau dah tak ada, kita boleh kunci pintu," arah Yan kepada pengawas yang menjadi pasangannya pagi itu.
"Erkk... tapi saya belum—" Syafa menjawab sambil mengangkat tinggi buku nota kecil dan pennya.
"Dia ada valid reason. Tak apa. Tak payah tulis nama."
Syafa memandang Azian, kemudian memandang Teja pula. Garu kepala dan mengeluh. "Baik, Kak Yan. Saya check asrama dulu." Lalu gadis itu berlalu pergi. Sempat dia menjeling tanda tak puas hatinya pada Teja.
Dasar kroni! Getus hati Syafa.
Teja hanya tunduk memandang kasut hitam yang tersarung di kaki.
"Ei, kau ni kan!" marah Yan. Lantas lengan sahabatnya sejak di dari tingkatan 1 itu dipukul perlahan.
"Auchh!Sakitlah, Yan! Kau kenapa?" balas Teja.
"Sengaja lambat, kan? Kau tahu aku yang on dutyhari ni!"
Teja berdecit. "Taklah, cik kak! Aku memang bocorlah. Sumpah, kakak baju biru!"
Yan menggeleng kepala.
Dah kalau namanya Teja Amani, memang tak mahu mengalahlah cerita dia!
"Dah tu! Pergi sekolah. Kalau pengawas sana tangkap kau, aku tak mahu cover eh!"Teja tersengih-sengih. "Thank you, ngok!" katanya sebelum mencecet lari menuju ke bangunan sekolah.
Teja Amani, gadis remaja berusia 17 tahun berasal daripada Kampung Pasir Penambang, Kuala Selangor. Anak sulung dari dua beradik. Ayahnya dah meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan. Ibunya seorang guru tadika Kemas. Sungguhpun tiada berayah, mereka bertiga beranak hidup bahagia seadanya dengan sokongan ahli keluarga yang menetap berhampiran.
Teja ini sifatnya happy-go-lucky. Hadirnya dia menceria suasana. Namun berjiwa besar. Bersemangat kental.
Teja Amani, disenangi ramai bak Tun Teja, dan menjadi Amani, yang bermaksud ketenangan kepada orang di sekelilingnya.
Gadis biasa, yang luar biasa!*********************************
YOU ARE READING
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]
RomanceAku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Ama...