"Awak makan ke?" soal Teja.
"Yup! Apple. Nak?"
Teja ketawa. "Tak nak."
Mencebik. Dah gigit, nak bagi orang pulak!
Tiba-tiba, datang satu idea di kepala.
"Awak, saya nak tanya. Antara epal baru, dengan epal yang dah digigit, awak pilih mana?"
Ed ketawa mendengar soalan itu. "Soalan apa tu? Yang barulah. Obviously."
"Kenapa pilih yang baru?"
Ed kerut kening. "Fresh and clean. Takkan nak makan sisa orang. Geli kot! Unless memang bekas gigit saya sendirilah."
Teja senyum kali ini.
"Kan! Mesti awak nak yang suci dan bersih. Walaupun sekarang zaman moden kan?"
Ed semakin keliru akan hala tuju perbualan mereka itu. "So, your point is, Miss Juliet?"
"Point saya, itulah konsepnya menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Perempuan ni, ibarat epal tu. Bukan siapa-siapa je boleh gigit dia. Hanya satu lelaki yang dah sah jadi pemilik epal iaitu suami. Dan lelaki pun, hanya boleh gigit yang sah hak dia. Bukan aci redah gigit epal yang entah siapa-siapa punya. Secara tak langsung, aspek lain macam kesihatan, hal-hal berkait keturunan, semua pun akan terjaga sama."
"Moden tak moden, pokok pangkalnya tetap sama. Maruah, harga diri dan kemaslahatan tetap kena jaga. Benda itu yang membentuk masyarakat yang baik. Bila kita tak kisahkan benda macam tu, tu yang jadi masalah sosial. Buang anak, gugurkan anak, bohsia, pelacuran, even jenayah yang berleluasa... semua berpunca daripada benda kecik yang kita anggap remeh tu la!"
"Islam tak outdated. In fact, Islam ni advance. Hukum dan peraturan yang ditetapkan boleh dipakai sepanjang zaman. Sebab Allah dah tahu semuanya. Kita ni makhluk, Dia yang cipta. Semua benda pasal kita, Dia dah tahu sangat. Bila kita tak ikut suruhan-NYA, Allah tak rugi apa. Kita manusia yang rugi. Terpaksa hidup dalam dunia yang makin lama menakutkan ni," terang Teja dengan panjang lebar.
Ed diam agak lama. Berfikir sambil memandang epal yang dah digigit. Hmm, make sense!
Kemudian dia terangguk sendiri.
"Apple, huh? Hmm, logik juga analogi awak tu."
Teja tersengih lebar. Kalau Ustazah Masyitah tahu, anak murid dia boleh bagi hujah bernas macam ni, mesti dia bangga.
Good job, Teja Amani! Good job!
"So, Miss Juliet, tell me something..." sambung Ed dan berhenti sejenak, menggigit epalnya sekali lagi, "...kalau awak jadi epal saya, saya boleh gigit sampai habislah?"
YOU ARE READING
Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]
Roman d'amourAku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? - Teja Amani Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Ama...