Bab 2 (raw version)

381 21 2
                                    

RUMAH KELUARGA NG, KUALA LUMPUR

TOK!TOK! TOK!

"Ed! Wake up!"

Sepi. "Eddy, wake up!!! It's already seven! And it's Sunday!"

Masih sepi.

Jason mengeluh. Benci betul dia rasa kalau dia yang dipertanggungjawabkan untuk mengejutkan adik bongsunya itu di pagi Ahad.

"Eddy!!!" Dia menjerit kuat kali ini. Geram.

Macam tak ada kerja lain pulak aku ni nak tercongok depan bilik budak ni kejut dia bangun.

"What's with the noise, Jason?" tanya bapa mereka, Chris.

"Ed... He's not waking up."

Chris senyum. Geleng kepala.

"Edison, wake up!" panggilnya sambil mengetuk pintu. Faham sangat perangai yang seorang ni! 

Setiap pagi Ahad, memang dia akan kunci pintu bilik. Supaya tak ada siapa boleh masuk ke biliknya. Drama yang sama setiap pagi Ahad, untuk kejutkan si bongsu ini bangun dan bersama-sama ke gereja menghadiri church service.

"Ed, you better wake up! Or I'll cancel getting you a new motorcycle!"

Jason tersengih mendengar ugutan bapanya itu. Geleng kepala dan terus melangkah turun ke tingkat bawah banglo keluarga mereka itu.

Sepi juga. Aik? Selalu ugutan pasal kenderaan ni memang menjadi. Pasti tak cukup tanah adiknya itu membuka pintu.

"Ed!!!"

"Eh, kenapa susah sangat nak bangun ni? Jason, suruh mama bawa kunci pendua bilik Ed ke sini!" arahnya dalam bahasa Cina kali ini.

Jason mengangguk dan segera ke bawah mengerjakan apa yang disuruh bapanya tadi. Beberapa minit kemudian, dia dah datang semula dengan kunci pendua. Bilik adik bongsunya itu dibuka.

"Edison!" Chris memanggil lagi.

Katil yang bersepah itu kosong. Dia cari di tandas. Juga kosong. Dia cari sekeliling bilik hingga ke balkoni di bilik itu.

"Where the hell is your brother, Jason?" Suara Chris mula tinggi.

Jason menikus. Tunduk.

Ah, sudah! Budak ni buat hal lagi!

*****************

ED hembuskan asap rokok dari tingkap kereta.

"Kau ni memang suka buat bapak kau marah kan, Ed?"

Ed sengih senget.

"Yang kau ni dah kenapa? Daripada tadi sibuk nak ceramah aku? Drive je boleh tak?" marahnya kepada sahabatnya, Ryan yang berbangsa Melayu. Seorang lagi rakan mereka, Kiran, berbangsa India duduk santai di belakang sambil merokok.

Tiga sahabat, yang dilabel sahabat 1Malaysia di sekolah mereka, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Institution Kuala Lumpur.

"Masalahnya, kau boleh je cakap elok-elok dengan mak bapak kau yang kau nak keluar hari ni pergi PBAKL tu. Kenapa perlu sneak out?"

"Appa! Sikit senyap boleh ka?" kata Kiran sengaja dibuat-buat berbicara Melayu dengan slanga India.

Ed ketawa. "Entah. Sibuk!" sampuk Ed.

"Tak ada penyakit, cari penyakit." Si Ryan masih belum mahu berputus asa nampaknya apabila dia terus membebel.

Ed geleng kepala. Tak kuasa aku nak layan pakcik ni membebel. Dia sendiri pun buat hal ni bawa kereta tak ada lesen, ada hati nak sekolahkan aku!

"Hari ni hari Ahad la, bro. Mana boleh dia keluar hari Ahad."

"Sebab?" soal Ryan.

"Church service!" Serentak, Ed dan Kiran menjawab.

Ryan terdiam sejenak sebelum memuncung mulut. "Oooh..." Baru dia mengerti.

"Aku malas nak bertekak dengan bapak aku! Daripada aku pergi church dan main game, lebih baik aku ikut kau orang pergi pesta buku."

Ryan hanya mengangguk.

Kisahnya. Terkejut badak dibuatnya awal pagi tadi apabila melihat Ed terjun daripada balkoni biliknya ke bawah. Nasib baik tak patah riuk mamat ni. Rupanya dia curi-curi keluar dan tak minta izin keluarga dulu.

Walhal, Ryan sendiri pun tak dapatkan izin ibu-bapa juga. Tapi kes Ryan lain. Anak-anak memang bebas nak ke mana-mana. Mama mahupun papa tak pernah kisah.

"Kau ni aneh-aneh la, Ed!"

"Aku punya aneh je kau kira? Kau punya aneh, rembat kereta bapak kau, drive tanpa lesen sampai ke PWTC ni tak payah kira?"

Ryan sengih. "Aku exceptional!"

"Belah!" Kiran turut mengejek dan mereka sama-sama tertawa.

Ed memandang pemandangan di luar kereta. Masih sunyi. Masih awal. Tak banyak kereta. Dia tarik nafas dalam. Mesti papa tengah mengamuk macam singa dekat rumah. Ed sengih lagi.

"Kenapa Ed suka buat papa marah?"

"Kenapa Ed tak boleh dengar kata macam abang-abang!"

Soalan biasa yang bakal diutarakan kepadanya setiap kali dia buat hal oleh papa dan mamanya. Kehendak orang tuanya itu sering sahaja bertentangan dengan keinginan hatinya sendiri. Jadi secara automatik, dia menjadi anak yang degil dan tak mendengar kata.

Ed lahir dalam sebuah keluarga yang gah di mata orang sekeliling. Papa seorang doktor pakar berpangkat Dato' di Institut Jantung Negara (IJN), dan mamanya doktor pakar telinga, hidung dan tekak di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Dia punya tiga orang abang. Benjamin atau Ben yang sulung, merupakan seorang doktor yang sedang menjalani latihan untuk menjadi pakar bedah atau digelar surgical registrar di Hospital Kuala Lumpur. Adrian yang digelar Andy, abang kedua kini seorang doktor pelatih atau houseman di Hospital Melaka. Jason yang ketiga pula sedang menjalani tahun ketiga pengajian juga dalam bidang perubatan di Management Science University, Shah Alam. Akhirnya dia, putera bongsu keluarga itu yang tak pernah terfikir nak menjadi seorang doktor. Dia langsung tak berminat dengan ilmu perubatan.

Hakikatnya bukan Ed seorang yang tak minat menjadi doktor. Andy juga sebenarnya lebih minat bidang perakaunan. Namun Andy beruntung kerana dia punya otak yang bergeliga. Walaupun tak minat, dia tetap boleh menghabiskan pengajian dalam bidang itu dengan cemerlang. 

Berbeza pula dengan Jason yang terpaksa berusaha keras untuk menyudahkan pengajiannya.

Ed tahu tak mudah bagi abangnya itu belajar dalam bidang itu. Tetapi, seperti Ben dan Andy, Jason juga seorang anak yang patuh dan tak mahu mengecewakan papa dan mama yang mahukan mereka semua menjadi doktor seperti mereka. Legasi keluarga!Mama dan papa memang tak pernah bertanya,

"Apa yang Ed mahu?"

"What is your ambition, Ed?"

Semakin dia menginjak dewasa, semakin kuat rasa ditekan dengan aturan keluarga. Ikutkan hati, dia langsung tak mahu mengambil sains tulen. Dia tak pernah suka biologi dan lebih cenderung pada lukisan kejuruteraaan. Namun dia tetap didesak memilih jurusan sains tulen. Dia terasa semacam boneka.

Hidup untuk penuhi impian keluarga? Apa mama dan papa tak fikir yang kami adik beradik juga punya impian sendiri?

Oleh itu, Ed memilih untuk memberontak. Dia sengaja gagalkan semua ujian subjek biologi. Dia sengaja membuat onar di sekolah supaya mama dan papa dipanggil ke sekolah. Dia selalu buat mama dan papa marah dan pening kepala.

I want my voice to be heard and listened! I'm nothing like my brothers!

Itu yang cuba seorang Edison itu buktikan. Suaranya harus didengari oleh Dato' Dr. Christopher dan Datin Dr. Emily Ng, kerana dia juga berhak atas hidupnya sendiri!

Miss Pen Pal [Sudah Terbit 2021]Where stories live. Discover now