Camielia membantu Elina memasukkan bagasi ke dalam bonet belakang kereta. Pagi jumaat itu mereka akan ke Temerloh, Pahang. Jam di dashboard menunjukan tepat 5.30 pagi. Sengaja mereka bertolak lebih awal jadi dapatlah mereka tiba lebih awal di Temerloh dan bersarapan di warong kampung.
Elina mula memandu keluar dari kawasan parkir bangunan mewah itu. Camielia awal-awal lagi sudah terlena di kerusi sebelah.
Hampir dua jam perjalanan, dia mengerling jam di dashboard yang menunjukkan 7:25 pagi. Elina memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dua buah warong yang dipenuhi pengunjung menarik minat Elina untuk singgah bersarapan di pekan Temerloh. Camielia di sebelah terpisat-pisat bangun dari tidur yang lena.
"Tahu pula bangun eh. Baru aku nak tinggalkan kau dalam kereta ni." Elina mematikan enjin kereta. Camielia menjeling Elina. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta dan membuntuti Elina yang sudah berjalan di hadapan.
"Kau pernah makan ke dekat sini dulu?"
"Emm entah lah. Aku rasa kedai ni dari dulu dah ada cuma orang yang dekat kaunter tu macam dah orang lain." Elina menarik kerusi yang berhampiran dengan meja yang menempatkan pelbagai makanan.
"Order kak?"
"Emm roti canai telur 1, air suam 1. Kau?"
"Roti canai sardin special 1 dengan milo panas." Camielia memesan makanan selepas memerhati papan tanda yang lusuh di dinding.
"Okey kak 5 minit." gadis itu berlalu ke dapur. Elina memerhatikan kawasan persekitaran kedai tersebut.
"Jangan lah nak tengok macam akak kawasan sangat cik kak oi." Camielia menepuk tangan Elina.
"Aku rasa dekat area depan sana tu ada satu gerai burger favourite aku dengan adik aku tapi macam tak nampak ada stall burger pula." Elina tersenyum ke arah gadis yang menghantar air minuman mereka.
"Haih benda 13 tahun lepas cakap sekarang. Mana lah tahu dia dah maju, meniaga pakai kedai bukan gerai lagi dah." Camielia menghirup milo panas perlahan.
"Dik. . . Emm akak nak tanya lah dulu ada kan gerai burger abang Rei dekat simpang sana tu?" gadis itu mengerutkan dahinya.
"Emm bila tu kak?"
"13 tahun lepas?"
"Sekejap ya." gadis itu berlalu ke arah lelaki tua yang duduk di kaunter bayaran. Seketika dia kembali ke meja makan Elina semula.
"Abah saya kata ada dulu. Tapi abang Rei tu dah lama pindah. Dah tak duduk Kampung Paya Pulai dah. Kenapa kak?" soal gadis itu. Elina hanya tersenyum nipis. Camielia memandang wajah Elina yang masih berteka-teki dengan diri sendiri.
Selesai bersarapan mereka terus beredar untuk menuju ke rumah ibu Elina. Sepanjang perjalanan dada Elina sentiasa berdebar dengan laju. Camielia lihat sesekali Elina cuba menarik nafas panjang dan melepaskan nafasnya dengan perlahan.
Elina mula memperlahankan kereta sebelum berhenti di bahu jalan. Dia nampak sedikit keliru dan segera menurunkan cermin tingkap keretanya.
"Camie. . ."
"El kau pasti ke ni rumah ibu kau?" Elina menganggukkan kepalanya laju. Dia membuka pintu kereta dan berjalan ke arah rumah yang nampak begitu usang dan di penuhi pokok yang menjalar dan semak samun.
Seorang lelaki berkopiah mula memperlahankan motornya dan berhenti di bahu jalan berhampiran Elina.
"Adik cari rumah siapa?" sapa lelaki itu
"Abang tahu mana orang dalam rumah tu pindah?" soal Elina dengan debaran jantung yang makin laju.
"Rumah tu memang dah lama kosong dah dik dari sebelum abang pindah lagi. Tapi penghuni dia tak tahu pindah mana. Abang pun baru je 5 tahun pindah sini." Camielia memandang Elina. Riak wajah Elina jelas kecewa.
"Kalau adik nak tahu pasal rumah ni emm adik boleh lah jumpa Tok Leh. Ketua kampung ni, hah Rumah dia dekat hujung jalan sana. Rumah cat warna hijau. Mana tahu kot kot Tok Leh tahu ke mana pergi penghuni rumah ni." lelaki itu memberi cadangan.
"Hujung jalan sana maknanya terus je lah ya?" Camielia bertanyakan soalan tersebut bagi pihak Elina.
"Haah jalan ni adik terus je sampai sebelum simpang. Sebelah kanan ada rumah Tok Leh. Ada papan tanda nama dia dekat luar."
"Okey. Terima kasih banyak ya bang tolong bagi info dekat kami." Camielia memberi senyuman dan mengucapkan terima kasih.
"Tak ada masalah dik. Abang minta diri dulu lah ya. Bawak kereta elok-elok." pesan lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Elina merenung kawasan rumah itu. Masih terngiang-ngiang suara ibunya memarahi dia. Elina mengesat air matanya yang mengalir di pipi.
"El. . . Sekarang ni kau nak ke rumah Tok Leh tu tak? Atau nak balik hotel dulu?" soal Camielia sambil mengusap lengan Elina.
"Kita balik hotel..."
"Nak aku drive tak?" Elina hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Camielia. Kereta Range Rover itu mula bergerak ke laluan utama perkampungan itu. Sesekali air mata Elina kembali mengalir di pipinya.
'Ibu. . .Kakak balik ni. Mana ibu dengan adik-adik?' rintih Elina di dalam hati. Dia berdoa agar Allah memberikan dia kekuatan dan petunjuk di mana ahli keluarganya berada.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...