BAB 10

27 2 0
                                    

Nasha mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dari dalam handbag nya. Lelaki berkumis tebal itu memandang Nasha dan mengangkat keningnya.

"Dalam ni ada Rm5 ribu. Aku nak kau follow lelaki dalam gambar ni selama 2 hari. Aku nak kau siasat siapa perempuan yang dengan dia. Aku tak nak tahu siapa. Yang aku nak tahu perempuan tu akan dilanggar selepas 3 hari dari sekarang! Aku nak tengok gambar dia mati sebagai bukti baru aku akan bagi baki bayaran!" Nasha sudah bangun dari tempat duduknya.

"Okey. Apa-apa aku call kau!" Nasha menurunkan shades di atas kepalanya dan berlalu ke kereta Honda Jazz miliknya. Nasha tersenyum sinis.

"You ingat kalau i tak dapat you, orang lain boleh senang-senang ke nak hidup bahagia dengan you! I don't care who are you bitch! Yang pasti kau akan lenyap lepas ni!" Nasha galak ketawa dengan imaginasi di dalam kepalannya.

Dia tidak mahu tahu siapa perempuan yang berjaya menawan hati Hilman yang susah untuk didekati itu. Dia mengambil masa selama 2 tahun untuk mempunyai hubungan yang istimewa bersama Hilman tapi sekarang ianya berakhir dengan masa yang sangat singkat. Sakit hatinya!

****************

Elina berjalan ke arah lift untuk turun di parkir bawah tanah. Sesekali dia membetulkan blazer peach yang tersarung di tubuhnya. Pintu lift terbuka.

Elina memandang sekilas lelaki berjaket kulit yang sedang berbual di telefon bimbit selang beberapa saat telefon bimbitnya juga bergegar dari dalam handbag. Elina cepat membuka handbag dan mencapai telefon bimbit. Camielia!

"Hello Camie. Hah dah habis dah meeting. Aku dekat park ni. Kenapa?" Elina keluar berjalan dari lift dan berhenti di hadapan pintu kawasan keluar masuk lift.

Dalam masa yang sama seorang lelaki dari arah belakang menolak kuat Elina kearah laluan kereta dan sebuah kereta hitam sedang meluncur laju kearahnya.

Dek tindakan yang terlalu pantas Elina hampir terjelepuk betul-betul diatas laluan utama kereta bergerak namun tubuhnya cepat ditolak kebelakang semula dengan susuk tubuh lelaki yang sasa.

Elina jatuh terlentang dan lelaki itu juga tertumus disebelahnya. Kereta itu berhenti seketika dan lelaki berjaket kulit itu masuk ke dalam perut kereta dan kereta terus menderum laju meninggalkan kawasan parkir. Elina tergamam dan terkaku disitu dengan dada yang berdengup laju.

Hadith memandang Elina yang tergamam dan ketakutan itu. Dia bangun dan menghampiri Elina.

"Kau okey?" soal Hadith. Elina hanya diam membisu dengan tangannya di dada.

"Kau boleh bangun tak?" Hadith mencuit bahu Elina.

"Siapa dorang?"

"Hah?! Yang tadi tu? Mana lah aku tahu! Sekarang kau boleh bangun tak? Aku teman kau pergi kat kereta kau." Hadith menawarkan bantuan. Elina memandang Hadith dengan pandangan bingung.

"Apasal kau dekat sini?" soal Elina.

"Ni rumah kau ke? Tak kan? So suka hati aku lah kenapa nak ada dekat sini." Hadith masih dengan lagakya. Dia berdiri di hadapan Elina yang masih terjelepuk itu.

"Kalau ni kawasan aku, bayangan kau pun belum tentu dapat tembus!" Elina cuba bangun dari duduknya. Pergelangan kakinya sakit yang teramat. Dia tidak mampu untuk bangun dengan kudrat sendiri. Elina mengeluh kecil.

"Oh, tolonglah sedar yang aku baru je selamatkan nyawa kau yang hampir melayang! Itu pun masih nak bongkak ke? Kau sikit je lagi nak masuk 7 kaki ke bawah tau!" Hadith bersandar di dinding sambil melihat Elina yang cuba untuk bangun lagi. Elina pasrah yang dia memang tidak mampu untuk bangun sendiri.

Yang Terakhir Where stories live. Discover now