Bunyi dentuman guruh yang kuat mengejutkan Elina ke dunia realitinya sekarang. Air matanya mengalir ke pipi dan dia menangis teresak-esak, sungguh dia terasa dirinya begitu hina. Lama Elina menangis dimeja soleknya sebelum mengesat air mata di pipi apabila terdengar telefon bimbitnya berdering nyaring.
Nombor tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Lama Elina perhatikan sehingga panggilan itu termati sendiri.
Baru Elina hendak masuk ke dalam bilik mandi telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Nombor yang sama. Elina menjawab panggilan tersebut.
"Elina..."
"Isyraf Hilman?"
"Wah!! Nampaknya you betul-betul cam suara i." Elina menjongketkan keningnya sebelah."Nak apa call malam-malam ni?" soal Elina kasar.
"Come on Elina. You ni sombong lah. Macam bukan orang yang i kenal dekat London dulu pula. You busy ke ni?" sesekali Hilman terdengar bunyi seperti orang selsema.
"Tak busy tapi i dah nak tidur ni. Lain kali nak call tu biarlah call awal sikit. Bukannya time orang dah nak tidur." Elina duduk di birai katil.
"Awalnya nak tidur. Baru pukul 10.30 malam tau."
"Orang yang nak cantik dan nampak muda kena tidur awal." Hilman ketawa di hujung talian. Elina tercengang. Apa yang kelakarnya dia sendiri tidak tahu.
"Ada-ada je you ni. Tak apa lah kalau macam tu lain kali i call lagi. Good night! Sweet dream!" Hilman mematikan panggilan telefonnya.
Elina menjongketkan bahunya. Dia mencampakkan telefon bimbitnya diatas katil dan berlalu keluar dari bilik selepas terdengar bunyi pintu ditutup.
"Lewat balik? Dari mana? " Elina menyergah Camielia yang baru sahaja hendak melabuhkan punggung disofa empuk itu.
"Eei macam mak mak la soalan kau ni El." Elina turut melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Camielia memandang Elina.
"So seronok tak 'me time' kau hari ni? Mana je kau pergi?" soalan Elina tadi dibiarkan berlalu. Camielia pula menyoal Elina. Wajah Elina tidak nampak begitu ceria malam itu.
"Okay je but i wish i can have me time in London." Elina berkata jujur. Camielia menjeling Elina.
"Okay okay next month kita balik London okay? Haih tak sanggup dah aku nak dengar kau merengek London London." Elina ketawa kecil.
"Good! Emm next week aku nak pergi Temerloh. Kau teman boleh?" pinta Elina teragak-agak.
"Siapa nak jaga butik?"
"Sebab tu lah aku cadangkan kita hire supervisor untuk jaga butik tu bila kau dan aku tak ada. Kau degil tak nak."
"Haish! Okay fineee. Nanti aku uruskan hal ni." Elina menunjukan 2 jari telunjuknya.
"By the way esok pagi kau ada meeting dekat Black Jane Restaurant." Camielia mengingatkan Elina.
"Dengan?"
"Eh baru cuti sehari je tau dah lupa ke jadual kerja? Melampau betulah." Camielia merungut.
"Biasa lah sejak nak masuk umur 32 tahun ni memang sifat pelupa ni semakin menebal." Elina sudah bangun dan menuju ke dapur. Gelas kaca dicapai.
"Hahaha lupa pula orang tu dah nak masuk ke pertengahan 30-an. Esok Datin Rozita nak tengok design yang dia minta tu. Kau dah siap belum?" Elina meneguk jus lemon yang masam itu dengan dahi berkerut.
"Oo design tu. Thanks god aku dah siapkan last friday. Aku lupa pula meeting dengan dia. Tapi esok aku kena pergi butik dulu sebab aku tak bawa design tu balik rumah."
"It's okay. Meeting tu 11 a.m. so kau ada banyak masa. Ni nak pergi Temerloh tu hari apa? Aku nak susun jadual kau nanti." Elina menggigit bibir dalamnya."25 haribulan ni, dua minggu dari sekarang. Kita pergi hari Jumaat balik Ahad. Kalau ada urusan date tu pandai-pandailah kau adjust eh. Nanti kau tolong booked hotel untuk kita sekali. Okay itu saja lah ya dari saya. Sekarang aku nak masuk bilik, nak tidur." Elina berlalu meninggalkan Camielia.
"Ish dekat rumah gaya bossy tu melebih dari dekat butik. Menyampah!" Camielia cakap mengejek.
"Camielia, i can hear that!" Elina menguatkan nada suaranya dan serentak mereka ketawa.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...