BAB 3

48 9 0
                                    

Elina melabuhkan punggung diatas sofa empuk diruang tamu. Camielia masih sibuk menyediakan makan malam untuk mereka berdua di dapur. Dalam diam tak diam sudah masuk bulan ke 3 Elina menetap di One City KL itu. Dia terlalu sibuk dengan butiknya sehinggakan tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan misi utama dia pulang ke Malaysia juga masih belum bermula.
  
       Elina mengeluh kecil bila terdengar suara nyaring milik Camielia dari arah meja makan, dia bangun menuju ke arah meja makan.
  
       "Haih Camie kau kene belajar masak benda lain okay. Aku dah 3 hari makan lauk yang sama." Camielia menjulingkan matanya keatas. Kerusi makan lutsinar tu ditarik dan dihempaskan punggungnya.
  
       "Kau patut bersyukur yang kau dapat makan sup ayam panas time hujan-hujan ni tau. Sekarang duduk dan makan, kalau kau tak nak makan biar lah perut kau berlapar. Janji aku kenyang." Camielia sudah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Elina menarik kerusi untuk duduk. Sup ayam di ceduk ke dalam pinggan yang sudah berisi nasi.
 
        "Aku rasa esok nak makan benda yang pedas and obviously bukan sup ayam!" Elina mula menyuap nasi ke dalam mulut.
  
       "Whateverrr..." Camielia menyengetkan mulutnya.
  
       "Eh sejak balik Malaysia ni pandai dah eh kau makan guna tangan tu." Elina melihat tangan kanannya. Oh ya dia sendiri baru perasan akan perkara itu. Elina senyum sendiri.
  
       "Emm by the way Camie esok jadual aku free kan?"
  
       "Free. But on Monday kau ada meeting dengan Erra." Elina mengangguk-anggukan kepalanya.
  
       "Okay kalau macam tu esok aku tak masuk butiklah ya. Aku nak keluar cuci mata dan rehatkan minda." Elina berkata dengan gaya yang ceria sekali sambil memejamkan matanya.
  
       "Nak jumpa lelaki kopi tu ke?" soal Camielia.
  
       "Lelaki what?? Eh dia ni. Kan aku cakap aku nak cuci mata. Ni lelaki kopi mana pula?" Elina menyumbat isi ayam kedalam mulutnya.
  
       "Lelaki kopi. Lelaki yang kau terserempak dekat coffee house tu la!" Elina berhenti menyuap isi ayam yang masih berbaki di dalam pinggan.
  
       "Hahaha lelaki kopi? Such a nice name tapi terlalu kunoh okey nak kena ada panggilan macam tu." komen Elina.
  
       "Okey now tell me. Siapa nama dia? Siapa dia tu? Macam mana kau kenal? Berapa lama kau kenal?" soal Camielia bertubi-tubi.
  
       "Okay secara jujurnya aku tak tahu pun siapa nama dia. Siapa dia tu pula?? Emm i don't know whether i can consider he as my friend or not. Tapi macam tu lah." Elina menjawab selamba. Pinggan yang kosong di bawa ke singki untuk dicuci.
  
       "Seriously tak tahu nama dia? Berapa lama dah kenal?" Camielia menyoal lagi, kali ini dia juga turut membawa pinggan ke singki.
  
       "Aku kenal dia em.. around 1 year and half or two or three.. I don't know." Elina seperti berkira-kira dalam kepala dan akhirnya dia ketawa kecil kerana dia sendiri tidak jelas berapa lama dia mengenali lelaki itu.
  
       "Wow okeyy. Bunyi dia sangat tak logik eh! Then what you call him?" soal Camielia seperti tidak percaya.
  
       "I and you? Kitaorang tak pernah tanya nama sesama sendiri pun. We not always meeting or 'dating'. Dia macam takdir? Kalau dah takdir kitaorang berjumpa hari tu, berjumpa lah kami. Kalau tak ada, tak ada lah. Our first meeting dekat cafe area butik kita tu. Aku kan suka minum coffee dekat situ." Elina mula bercerita sambil dia mengemas meja makan, Camielia pula mengambil tempat di sofa di ruang tamu.
  
       "Okay then?"
 
       "Aku duduk minum petang that time, baru habis meeting dengan Bell. Aku duduk dekat kerusi yang boleh nampak view luar tu. Lepas tu aku perasan ada orang tarik kerusi sebelah aku, tapi aku okay biar je lah kan and then Hawa call aku time tu tak ingat pasal apa entah lepas habis je call dia tanya aku 'are you malay?' hah start dari situlah kami berkenalan dan berbual-bual. Tapi tak berakhir dekat situ je, a few day later we meet again dekat cafe tu. Dan sambung borak itu ini lagi. We never know our name, dia kerja as apa pun aku tak tahu dan aku kerja apa pun aku rasa dia tak tahu juga." Elina berhenti cerita dan Camelia masih menanti cerita seterusnya.
  
       "Lepas tu?"
  
       "Lama aku tak jumpa dia dalam 2 3 bulan. Lepas tu kami terjumpa time sama-sama nak masuk cafe tu. Lepas dari haritu aku dah tak jumpa dia sampai la haritu aku jumpa dia dekat sini." Elina tersenyum kelat.
  
       "Gila cerita kau ni. Tapi interesting lah. Mungkin orang lain dengar tak logik tapi itu lah realiti kau kan. Lepas ni jumpa dia kau minta la number phone dia." Elina memandang wajah Camelia dengan rasa terkejut.
  
       "Kau serious dengan cadangan kau tu? Memang tak lah wei. Dah la aku nak masuk bilik. Nak prepare nak pakai apa esok, sebab esok aku nak bangun awal-awal nak shoppingggg. Good night Camie." Elina terus berlalu masuk ke dalam biliknya tanpa menunggu jawapan Camelia. Camelia mendengus geram bila dirinya ditinggalkan seorang diri di ruang tamu.
 
       "Sengaja je dok mengelak bila bab-bab cintahh ni. Haih." Camielia mencapai alat kawalan televisyen yang berhampiran dengannya.

Yang Terakhir Where stories live. Discover now