Pintu butik yang ditolak kasar dari dalam itu memeranjatkan Hadith yang baru hendak menolak pintu kaca tersebut. Lelaki lewat 50-an itu memghempas pintu keretanya.
Hadith menjongketkan bahu. Dia menolak pintu butik. Rekaan dalam butik itu sungguh mewah dan eksklusif.
Susunan perabot yang mewah menaikkan lagi aura elegan dan glamour. Baju-baju yang tergantung tersusun mengikut design, warna dan keluaran.Rak yang menempatkan susunan selendang dengan pelbagai warna dan corak menarik perhatian Hadith. Seorang pekerja yang memakai baju uniform bewarna kuning menghampiri Hadith.
"Hi! Yang ni latest design colaboration butik kami dengan jenama MAWAR. Tapi design ni dah tak banyak. Semua dah sold out." pekerja tersebut menerangkan panjang lebar. Hadith menyentuh kain fabrik yang digunakan, berlagak seperti dia tahu menilai sedangkan dia hanya tahu menilai masin atau manis makanan.
"Cantik. Kainnya bagus." puji Hadith. Dia menyentuh tag besi dihujung shawl.
"Encik cari shawl atau bawal? Atau nak cari brooch? Kalau brooch ada dekat bahagian depan ni." Hadith membuntuti pekerja tersebut.
Elina mengerutkan dahinya bila terpandang susuk tubuh yang sangat dia kenal. Hadith sedang sibuk menilik jarum peniti diatas rak kaca .
"Adith." Hadith mengangkat kepala.
"Kau cari apa dekat sini?" soal Elina hairan. Elina memberi isyarat supaya pekerjanya beredar.
"Oo aku cari ikan, ayam nak bawa balik kitchen." Hadith menjawab selamber sambil tangannya asyik menilik satu persatu jarum peniti dan pin tudung yang tersusun.
"Haih dia buat lawak bodoh pula." sindir Elina dengan nada perlahan.
"Aku buat lawak bodoh ke kau yang bodoh? Aku dekat butik pakaian kan? Sah sah lah cari barang-barang yang berkaitan. Aku nak tengok baju tapi tertarik pula dengan benda alah ni." Hadith mengambil 2 jarum peniti yang berkilau dengan batuan kecil.
"Aku nak 2 benda ni." Elina mengambil bekas yang sudah disediakan khas untuk meletakan pin tudung tersebut.
"Emm cuba kau tunjuk sikit design baju yang cantik-cantik. Yang sesuai untuk orang muda." Elina terus berjalan ke bahagian baju bewarna pastel.
"Sekarang trend orang muda semua suka colour pastel. Kau nak cari dress ke blouse? Dekat sebelah sini dress, sebelah sana blouse." Hadith mencapai dress bewarna hijau pastel yang sedikit kembang di bahagian bawah.
"Kau cari untuk girlfriend kau?"
"Untuk adik aku. Semua pakaian ni kau yang design ke?" soal Hadith.
"Yup. Kenapa?"
"Umur kau berapa?" bertaut kening Elina mendengar soalan Hadith"Apsal kau tanya?"
"Lah kau perasan kau artis ke macam mana? Aku tanya umur je kot. Jawab je lah." Elina mendengus. Malas mahu bertikam lidah, dia terus menjawab dengan jujur.
"32 tahun." jawab Elina jujur. Hadith memandang Elina atas bawah. Biar betul dia ni. Desis hati Hadith seperti tidak percaya.
"Emm patutlah rekaannya banyak kearah mak cik-mak cik." komen yang keluar dari mulut Hadith itu membuat telinga Elina panas. Dia tahu itu sekadar ayat untuk menyakitkan hatinya.
"Kau yang tak pandai menilai. Suka hati je nak komen baju aku. Tak nak beli pergi lah cari butik lain." Elina sudah malas melayan Hadith. Dia ingin mengangkat kaki meninggalkan Hadith.
"Macam ni ke cara kau layan customer? Macam manalah nak maju." sekali lagi telinga Elina panas. Elina memandang Hadith sambil mengetap gigi.
"Nah. Aku nak dress ni. Sekarang aku nak cari baju sesuai untuk orang yang usianya awal 60-an. Emm yang sopan." Hadith memandang Elina yang memakai skirt pendek paras lutut.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...