Hampir jam 2 pagi Elina baru tiba di perkarangan rumah sewa yang kini didiami. Elina duduk diruang tamu, dia bersandar keletihan di kerusi dengan mata yang tertutup. Bunyi orang berdehem memeranjatkan Elina. Elina membuka matanya luas.
"Macam mana first day? Okay?""Okay kot. Emm Nelly." Elina perkenalkan dirinya.
"Adlin. Kau dari mana?" Adlin melabuhkan punggungnya dikerusi sambil menghirup milo panas."Temerloh. Kau?"
"Kulai. Johor."
"Kau dah lama ke kerja dengan Zam?" Elina memberanikan diri untuk bertanya selepas beberapa minit mendiamkan diri.
"Dah 7 bulan. Dalam rumah ni ada lagi 3 orang. Deera, Nia dengan Ziera. Dorang belum balik lagi kot. Esok kau kenal-kenal la dorang. Aku naik tidur dulu." Elina hanya memandang gadis bernama Adlin yang berlalu ke dapur dengan cawan berisi milo yang sudah habis."Adlin!" panggil Elina sebelum gadis itu menaiki tangga untuk keatas.
"Yes?"
"Esok kau ajarkan aku make up boleh?""Boleh. Esok petang aku free. Nanti aku tolong kau." Elina tersenyum kecil dan memerhatikan langkah Adlin yang sudah hilang.
Elina membuka clutch berwarna hitam itu, Rm 3000 dalam genggaman hanya dengan kerja 1 malam, namun dia hanya mendapat 40% dari setiap bayaran yang dia dapat dari pelanggannya. Rm1200 duit miliknya itu di simpan semula ke dalam clutch hitam tersebut. Elina mengeluh kecil dan dia berlalu naik ke biliknya.************
Elina membuka pintu utama rumah teres 2 tingkat itu. Seorang gadis berambut perang itu sedang rancak mengunyah bijirin.
"Kau dari mana?" soal gadis itu.
"Erk aku dari Temerloh, Pahang." jawab Elina lurus. Gadis berambut perang itu tercengang. Dia menoleh kearah Elina dengan menolak sedikit cermin matanya yang sedikit melurut dari batang hidung.
"Eh dungu. Maksud Deera tu kau dari mana ni tengah-tengah hari ni?" seorang lagi gadis tinggi lampai berambut perang juga menyampuk, dia baru saja meletakkan bekas makanan ke atas meja."Oo aku pergi kedai makan dekat simpang keluar perumahan tu. Beli makanan." Elina menunjukkan bungkusan makanan di tangan.
"Lah buat penat je jalan berbatu-batu. Nanti kau bagi je duit dekat aku Rm20 untuk makan seminggu. Aku suka masak tau. Sinilah makan dengan kitaorang." pelawa gadis itu.
Elina mengambil pinggan di dapur dan duduk dimeja makan bersama dua orang gadis itu.
"Aku Nia. Yang ni Deera dan ni Ziera. Selalunya aku memang masak untuk lunch sebelum kitaorang pergi kerja kejap lagi." Nia mula beramah mesra. Dia sudah menyuap nasi berlauk ayam sambal ke dalam mulut."Kitaorang siang kerja part time. Aku kerja part time dekat kedai bunga. Area-area sini juga. Dari pukul 2 sampai 7 petang je. Deera pula kerja part time kedai kain jauh sikit la dari sini. Hari ni dia cuti. Ziera ni pula student kolej swasta area sini." Elina menganggukan kepalanya tanda faham. Baru dia tahu kawan serumahnya juga ada kerja lain pada siang hari.
"Adlin pula?" soal Elina.
"Adlin kau tanya dia sendiri lah." jawab Deera tidak senang.
"Nanti kau borak-borak la pula dengan Adlin. Aku dah siap makan. Nak naik atas siap-siap pergi kerja." Nia juga seperti mengelak. Mereka berdua ke dapur untuk mencuci tangan dan berlalu naik.
Elina menjongketkan bahunya dan menghabiskan makanan yang berbaki di pinggan. Gadis bernama Ziera itu sibuk menonton Netflix tanpa menghiraukan kehadiran Elina dari tadi lagi.
Usai makan Elina berlalu naik ke biliknya baru saja dia hendak melabuhkan punggungnya diatas katil pintu bilik diketuk dari luar. Elina membuka dengan tergesa-gesa.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...