BAB 1

98 12 4
                                    

Januari 2020, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Elina tersenyum tawar disisi Camielia. Banyak juga perubahan selepas 13 tahun meninggalkan Tanah Melayu ini. Camielia menggenggam erat tangan Elina, dia cuba memberi sedikit semangat dan kekuatan buat temannya itu.

    "So welcome back to Malaysia Naira Elina! Welcome back to home!" Camielia separuh teriak. Elina cepat-cepat menutup mulut Camielia yang sudah mula membuat bising itu. Elina menjengilkan biji matanya.

    "Ish kau ni Camie! Excited sangat tau. Padahal kau tu bukan tak pernah balik Malaysia before ni, minggu lepas baru je kau balik kan haih tapi lagak kau ni macam tak pernah balik pula." Elina sudah mula bergerak dan menolak troli yang menempatkan 4 biji bagasi miliknya itu kearah kerusi ruang menunggu yang masih kosong.

    "Hei of course aku excited! 13 tahun El, 13 tahun kau tinggalkan Malaysia tau. Kau tinggalkan everything and now you are back!" Camielia juga menolak troli yang menempatkan beberapa bagasi miliknya. Dia cuba menyaingi Elina yang sudah di hadapan.

    "So mana driver yang akan ambil kita ni?" Elina melabuhkan punggungnya di diatas kerusi besi itu sambil matanya meliar memerhati sekitar kawasan itu. Banyak kereta yang memakir di bahu jalan, menunggu penumpang dan ada juga yang menurunkan penumpang di situ.

    "Ah suka sangat ubah topik! Emm sekejap aku call dia." Camielia menyeluk poket overcoat yang di pakainya itu.

    Elina di sebelah sudah menanggalkan overcoat bewarna coklat yang di pakainya tadi, dia memicit kepalanya yang terasa sedikit pening itu.

    "Jom El. Tu hah Ravi." Camielia menyenggol lengan Elina. Dia melambaikan tangan ke arah lelaki berbangsa India yang sedang membuka bonet kereta MPV itu.

    "Ayoo sorry la miss Camielia. Saya mari lambat 5 minit." lelaki berbangsa India itu mula menghampiri mereka dengan tergesa-gesa.

    "Ayaa Ravi, saya dah biasa dengan lelaki tak da tepati janji macam awak tau!" tertawa Ravi mendengar komen daripada Camielia sambil mengangkat bagasi dari atas troli.

    "Jangan lah macam tu miss Camie. Hari ni saya potong 5% bayaran upah! Amacam? Ada bagus tak?" lelaki berbangsa India itu menawarkan potongan harga atas kelewatannya, Camelia hanya mengangkat ibu jarinya.

    Elina menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis. Mulut Camielia memang tidak dapat ditapis, sesiapa yang silap cakap pasti di semburnya sahaja.

    "So ini ke awak punya kawan tu? Saya sudah baca banyak cerita pasal dia." mereka semua masuk ke dalam perut kereta. Ravi sudah memulakan pemanduan ke jalan utama.

    "Ya ini lah. Cerita baik ke cerita tak baik?" soal Camie

    "Mesti cerita baik punya! Apa pun welcome back Cik Elina. Sini nanti you mesti lagi popular tau! Tapi you kena hati-hati dengan lelaki Malaysia tau." Camielia mengecilkan biji matanya.

    "Kenapa?" soal Camielia lebih pantas dari Elina.

    "You kaya ma. Banyak duit jangan pilih lelaki biasa-biasa saja. Mesti cari boleh jaga you macam saya ke.." Ravi sudah tersengeh sambil menayangkan giginya yang sedikit jongang. Serentak Elina dan Camielia ketawa di kerusi belakang.

    "Sudahlah Ravi. You sudah ada bini tau lagi mau menggatal ke? Ayoo saya report dengan bini you baru tau!" Camielia memberi amaran. Ravi sudah ketawa kecil.

     Camielia sudah biasa dengan keluarga Ravi kerana dulu Ravi pernah bekerja dengan syarikat bapanya jadi dia sudah tahu sedikit sebanyak mengenai lelaki itu. Elina hanya tersenyum nipis. Dia masih berasa janggal dan takut sejak mereka tiba di Malaysia. Ravi terus menumpukan perhatian pada pemanduannya kerana jalan mulai sesak.

Yang Terakhir Where stories live. Discover now