Elina yang ralit berbual dengan para tetamu langsung tidak sedar akan kehadiran Hilman. Camielia menghampiri Hilman yang seperti tercari-cari bayang Elina.
"Datang juga akhirnya. Kalau tidak mesti muncung je si El tu." Hilman ketawa kecil.
"Ada hal sikit tadi. Emm mana Elina?" Hilman menyoal dengan mata yang masih meliar.
"Tu hah. Sekejap i panggilkan dia." Camielia berlalu pergi kearah Elina. Dari jauh Hilman tersenyum sendiri setelah melihat Elina yang rancak berbual dengan senyuman yang sentiasa di bibir.
Dari jauh Hilman dapat lihat Camielia sedang berbisik sesuatu di telingan kanan Elina, sekaligus membuatkan Elina berpaling ke belakang. Hilman senyum.
Elina kembali berbual sebentar bersama tetamunya sebelum beredar kearah Hilman yang masih tidak berganjak dari tempat tadi. Hilman segak memakai kemeja coklat lembut yang dilipat hingga ke siku dan dipadankan dengan seluar cotton bewarna hitam.
"Sorry i'm late.""It's okay. Asalkan you datang. Emm you look different." Elina melihat Hilman atas bawah.
"Well you too. I tak pernah tengok you dress like this. Rasa macam akan tidur lena malam ni sebab dapat tengok puteri turun kayangan." Elina memukul perlahan tangan Hilman.
Geram saja mendengar ayat-ayat manis potong kaki yang keluar dari mulut Hilman. Dalam masa yang sama matanya juga meliar memandang para wartawan yang datang ke pelancaran butiknya itu.
"Kenapa usha reporter tu? Hah itulah tangan tu gatal pegang-pegang kita lepas tu usha-usha reporter pula. Takut ke ada gosip dengan I?" Hilman menyoal Elina. Elina hanya tersenyum nipis."Ye lah kita ni bukan sesiapa kalau nak dibandingkan dengan Cik Naira Elina ni. International Fashion Designer." Elina menjulingkan biji matanya.
"Come on. Tak payah nak cakap macam tu sangat lah."
"I tak sangka you ni pereka fesyen antarabangsa tau. Selama ni i tak tahu pun. Tengok-tengok i tahu sendiri." Hilman membuat memek muka sedih. Elina ketawa kecil."Dah takkan tiba-tiba i nak bagitahu you yang i ni ada butik bla bla kerja itu ini semua. Lagipun you tak pernah tanya." Elina memandang anak mata Hilman yang cantik itu. Hitam likat.
"Okey okey dear...lepas ni i nak tahu macam-macam pasal you. Okay now tunjukkan i design mana yang sesuai untuk mom i pakai." Hilman cepat-cepat menukar topik dari berlanjutan salah menyalahkan antara satu sama lain."Jom!" Elina sedikit teruja dan berjalan mendahului Hilman. Lelaki itu hanya membuntuti Elina.
Para tetamu yang hadir sibuk memilih pakaian yang baru dilancarkan di Airalley Boutique dan ada juga yang sibuk bergambar sesama sendiri.
"Didith... Tok Ma nak masuk butik ni sekejap. Jom."
"Tok ma nak cari apa? Kenapa tak pergi butik selalu tu je? Ni yang dekat tangan ni pun dah banyak tau Tok Ma. " lelaki pertengahan 20-an itu mula merungut.
"Amboi, Hadith dah pandai merungut ye! Tok Ma baru ajak shopping tak sampai sejam lagi dah merungut. Kalau temankan girlfriendsss kamu tu semua berjam jam pun sanggup ye." Hadith ketawa besar. Wanita berusia lewat 60-an itu sudah membuat muka.
"Okay okay sorry. Tok Ma masuk la. Dith tunggu dekat kerusi depan tu."
"No no! Hadith kena teman Tok Ma. Nanti kalau Tok Ma nak borong barang mana kuat Tok Ma nak bawa banyak barang." Dato Sharifah Norehan sengaja memancing cucu tunggalnya itu.
"Tok Maaa... Okey fine! Fine! Jom masuk sekarang before Hadith ubah fikiran." Dato Sharifah Norehan memeluk lengan cucunya dan berjalan masuk ke dalam butik yang dipenuhi para tetamu dan pelanggan itu.
"Welcome." sapa salah seorang pekerja disitu. Dato Sharifah Norehan memberi senyuman manis. Begitu juga Hadith Furqan.
"Harini pelancaran Airalley Boutique, jadi ada bermacam promosi untuk pelanggan hari ni." kata pekerja itu lagi.
"Ada tak dress labuh yang sopan sikit. Design untuk gadis yang berumur dalam 20-an macam tu."
"Oo ada Puan. Ada bermacam design. Jom saya tunjukkan." Dato Sharifah Norehan sudah berlalu meninggalkan Hadith Furqan yang nampak tidak berminat. Lelaki itu melabuhkan punggung dikerusi yang baru saja kosong itu.
Dari situ dia hanya cuci mata melihat artis yang galak bergambar dengan bermacam gaya. Kebanyakan pelanggan yang datang pun lebih sibuk bergambar bersama artis dan pereka fesyen tanah air berbanding membeli pakaian dibutik ternama itu. Sesekali Hadith menutup mulutnya yang menguap.
"Haih Tok Ma ni kalau shopping kalah orang muda lamanya." dia merungut sendiri. Matanya meliar memandang orang ramai sampailah matanya terhenti pada susuk tubuh wanita yang begitu lebar senyumannya sehingga menampakkan baris gigi yang cantik.
"Jap! Tu bukan perempuan psycho tu ke?" Hadith bercakap sendirian. Dia mengecilkan bola matanya dan bangun dari kerusi empuk itu. Baru saja dia hendak menggerakan kaki, tangannya pula sudah disentuh oleh gadis seksi tinggi lampai berkulit putih itu.
"Hadith?? Long time not see you honey!"
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...