BAB 7

27 4 1
                                    

Hilman melabuhkan punggungnya di bangku kayu taman mini di rumah itu. Sesekali terdengar dia seperti mengeluh dan menggaru kepala yang tidak gatal. Tali leher berwarna hitam yang sudah sedia longgar itu di tarik keluar dari terus melilit lehernya.

    "Ilm... resah semacam je mummy tengok kamu ni. Gaduh dengan Nana ke?" soal Datin Hasnita. Makin kuat Hilman mengeluh.

    "Apa ni mummy. Ilm dah cakap kan yang Ilm dengan Nana dah putus lama dah. Apa yang mummy sibuk dengan Nana lagi?" Hilman sedikit geram kerana ibunya asyik memaksa untuk dia berbaik semula dan kembali bersama Nasha, bekas tunangnya.
  
     "Nana tu sayangkan kamu Ilm. Dia tak henti-henti tanya pasal kamu. Dia nak berbaik semula dan teruskan pertunangan ni." Hilman mendengus geram. Dia mencapai telefon bimbitnya dan bangun dari duduk di bangku kayu itu.
  
     "Keputusan Ilm muktamad mummy. Ilm tak akan berbaik semula dengan Nana. Perempuan macam Nana tu tak layak dapat peluang kedua ketiga atau ke berapa je lah!" Hilman berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Datin Hasnita yang terpinga-pinga itu.
  
     Hilman menghempas pintu biliknya geram. Sakit hati bila terpaksa menyimpan kesalahan bekas kekasihnya itu.

     Dia tidak mahu memperbesar hal yang mengaibkan itu. Biarlah dia menyimpan sendiri punca sebenar dia memutuskan pertunangan tersebut.
  
     Hilman kembali mendail nombor telefon milik Elina namun tidak berjawab. Ini sudah masuk kali ke 15 dia menelefon wanita itu. Hilman mencampak telefon bimbitnya di atas katil dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bercadang akan ke cafe yang pernah menjadi tempat pertemuan dia dan Elina.

                                **********

Dua minggu sudah berlalu, sejak pulang dari Temerloh Elina lebih banyak menyibukkan diri dengan hal di butik sahaja. Dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu sangat sehingga mengganggu emosi dan kerjanya, mungkin belum masa yang sesuai fikir Elina. Lain hari dia akan pulang kembali ke Temerloh mencari di mana ibu dan adik-adiknya berada.
  
     Jaket kulit bewarna hitam itu disarung ke badannya dan di padankan dengan skinny jeans berwarna putih. Elina berlalu keluar dan mengunci pintu bilik tidur utamanya. Camielia sedang enak menikmati sarapan pagi di meja makan.
  
     "Amboi breakfast tak tunggu aku pun kan!" Elina turut menyertai Camielia di meja makan.

    "Kau lambat sangat bersiap. Lapar dah aku tunggu." Camielia menuang jus oren buat Elina.
  
     "Aku bersiap kan memang lama. Emm nanti kau jangan lupa tau buat semua benda yang aku pesan. Bilik kerja tu aku tak kunci kalau ada nak guna apa-apa dokumen kau cari dekat dalam tu. Kalau yang kau cari tak ada, dalam office dekat butik lah tu." Elina sudah mula memberi pesanan satu persatu perkara yang sama, Camielia hanya dengar tak dengar saja dengan pesanan Elina atau lebih tepat dengan bebelan Elina.
  
     "Dengar tak ni?" Elina meninggikan intonasi suaranya sedikit.
  
     "Ya dengarrr. Ish pagi-pagi dah membebel. Cuba bertenang. Everything will be fine okay." Elina menjeling Camielia yang rancak mengunyah nasi goreng sotong.

      Elina meneguk habis air di dalam gelasnya. Telefon bimbit yang bergetar cepat dicapai.
  
     "Siapa?"
  
     "Madam Stenson. Sibuk dia whatsapp aku dari malam tadi tanya bila aku sampai London." Elina sudah bangun dari duduknya. Rambutnya separas siku itu di biarkan lepas tanpa ikatan.
  
     "Emm nak jumpa kau lah tu bercerita pasal anak saudara dia. Nak gerak sekarang tak?" Camielia turut bangun dan membawa pinggan kotor ke singki.
  
     "Layan je lah Camie. Boleh juga. Jom lah."

     "Sekejap. Aku nak ambil barang dalam bilik." Elina sudah berlalu ke pintu utama dengan luggage bewarna maroon gelap itu.
  
    "Let's go!" mereka jalan beriringan ke arah lift.
  
     Sepanjang perjalanan ke KLIA Elina lebih banyak menghabiskan masanya berbincang dengan Ros menerusi whatsapp. Sesekali dia bertanya pendapat Camielia yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduan.
  
     Sedang mereka diam melayan perasaan sendiri,  sebuah kereta BMW sport berwarna kuning meluncur laju keluar dari simpang kiri.

     Camielia pantas menekan break kereta dan menolak stereng kereta ke bahu jalan kedengaran geseran badan kereta dengan pembahagi jalan yang jelas. Cepat Camielia menarik hand break. Kereta mereka terberhenti. BMW kuning itu sudah memucut laju dan samar-samar saja kelihatan.
  
     "Damn! My car!" Elina menjerit kuat dalam keretanya. Camielia masih tergamam.
  
     "Kau perasan tak nombor plat dia Camie?" soal Elina dengan rasa bengang. Camielia sedikit tercungap dan seolah-olah baru tersedar.
  
     "Yang aku ingat FH saja. Nombornya tak perasan. El sorry El. Kereta tu keluar simpang tak berhenti. Aku betul-betul tak nampak kereta tu dari arah tu laju nak mati." Camielia menerangkan dengan cemas. Elina memegang tangan Camielia.
  
     "Tak apa. Aku bukan marah kau. Aku marah orang tak guna yang bawa kereta tu. Dah dah kau relax. Kita tukar tempat. Biar aku drive." Camielia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menggerakkan kereta ke tengah sedikit agar Elina boleh keluar.
  
     Kereta terpaksa di pandu dengan kelajuan 60 kilometer sejam akibat tayar terlalu kuat bergesel dengan jalan membuatkan pergerakan kereta mereka rasa tidak selesa dan sedikit merbahaya. Tiba saja di lapangan terbang, Elina memakir keretanya.
  
      Elina keluar dari perut kereta, habis remuk hatinya melihat kereta dia yang teruk disagat pembahagi jalan tadi. Dia mengeluh kecil dan segera mendail nombor seseorang.
  
     "Hello ni Am ke? Haah ni El. You boleh hantar tow truck pick up kereta i tak dekat KLIA. I accident kecil tadi and i takut tayar dia tak boleh bertahan untuk gerak lagi. Haah alright alright. Nanti you call number ni 0193668991 nama dia Camielia. Okay thank you." Elina memandang Camielia yang muram.
  
     "Camie... Aku tak marah kau. It's not your fault okay! Emm kau ambil ni nanti balik naik grab okay? Aku bukan tak nak bagi kau bawak kereta ni ke bengkel tapi merbahaya. Takut apa-apa jadi time kau drive nanti. So kau duduk dulu dekat mana-mana kedai dalam 20 minit macam tu orang Am datang ambil kereta aku. Nanti dia call kau." Camielia menganggukkan kepalanya perlahan.

     Dia memeluk tubuh Elina dan menangis teresak. Elina ketawa kecil. Dia mengusap belakang badan Camielia.
  
     "El sorry tau. Kalau nanti kau nak potong gaji aku. Kau potong je okay." Elina ketawa mendengar cadangan Camielia.
  
     "Kau ni kan. Dah lah tak ada potong-potong. Jom lah. Karang aku tertinggal flight pula." Elina menarik tangan Camielia dan sebelah tangannya menolak bagasi baju.
  
     Elina berjalan sedikit laju apabila terdengar panggilan penerbangannya di umumkan. Dia berhenti di hadapan kaunter informasi dan memeluk Camielia.
  
     "Take care okay Camie. Anything inform me." Elina terus berlalu pergi. Dia berlari-lari anak sambil menolak bagasi bajunya. Kelibat Elina sudah semakin sukar untuk di lihat oleh Camielia.
  
     "Auchh!" Elina memegang bahunya yang berlaga dengan bahu seseorang.
  
     "Jalan pandang depan lah!" Elina memarahi lelaki yang bersuit putih itu. Dia menoleh sekilas ke arah lelaki itu dan kembali berlari anak.
  
     Isyraff Hilman memandang kosong pemergian Elina. Kelibat Elina sudah mula hilang dengan ditutupi kelibat orang ramai yang lalu lalang di situ.
  
     "Elina..." Hilman mengeluh kecil. Dia sedikit hampa kerana tidak memanggil wanita itu dan membiarkan dia berlalu pergi. Sudah berapa minggu dia tidak dapat berhubung dengan wanita itu. Panggilannya tidak pernah berjawab dan pesanan whatsapp pun hanya di balas sesekali oleh Elina.
  
     "Bro? Gate kau bukan sebelah sana ke? Apsal terpacak dekat sini?" soal lelaki berkulit gelap itu. Hilman tersenyum kelat.
  
     "Aku tersalah gate tadi. Eh aku gerak dulu." jawab Hilman jujur. Dia berlalu pergi arah bertentangan dengan Elina. Sesekali dia menoleh ke belakang seolah-olah berharap masih ada bayang Elina namun tidak kelihatan lagi susuk tubuh wanita itu disana.

                           *************

Hilman memandang Nasha dengan hati yang penuh rasa marah dan geram. Bertambah sakit apabila melihat Datin Hasnita yang menyebelahi Nasha. Mahu saja mulutnya memberitahu perkara yang sebenar kepada mummy nya itu.
  
     "Aunty masuk sekejap. Nana berbual dulu dengan Ilm." Datin Hasnita berlalu meninggalkan mereka. Hilman masih seperti tadi. Duduk bersandar memandang kolam ikan tanpa riaksi.

     Nasha memperbetulkan rambutnya yang menutup mata. Dia memberanikan diri untuk menyentuh tangan kanan Hilman.
  
     "Jangan berani nak sentuh i Nana!" Hilman memberi amaran. Nasha menjulingkan matanya keatas.
  
     "Fine! Ilm tolonglah jangan layan i macam ni. I dah berkali-kali minta maaf dengan you kan. Jangan macam budak-budak boleh tak!" Nasha menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Hilman ketawa sinis.
  
     "What do you mean by 'jangan macam budak-budak'? Nana you ingat apa yang you buat tu senang-senang je ke i nak lupakan? Lepas tu nak suruh i buat macam tak ada apa yang berlaku dan nak teruskan pertunangan kita tu? You ni memang perempuan tak tahu malu ke?" Hilman sengaja menaikkan lagi kemarahan Nasha.  Nasha diam menahan sabar.
  
     "You balik lah Nasha."

    "Ilm i dah berkali kali kata yang Farees tu cuma kawan baik i je. Time tu i memang desperate tak tahu nak check in mana lagi sebab i mana familiar dengan Milan plus dah tengah pagi okay time tu! So i minta tolong dia and just stay one night dengan dia." Nasha cuba mempertahankan dirinya.

      Hilman masih seperti tadi tidak memandangnya walaupun sesaat. Nasha perlahan-lahan cuba menyentuh lengan lelaki itu. Cepat ditepis oleh Hilman.

      Pandangan tajam Hilman betul-betul membuat Nasha menelan liur. Hilman berdiri tegak di hadapan Nasha dengan senyuman sinis.
  
     "Stay one night dengan dia or one night stand dengan dia? Ah come on lah Nasha. I bukan bodoh macam dulu okay! Dan ni bukan kali pertama you tipu i atau lebih tepat perbodohkan i! You beruntung sebab i tak cerita hal sebenar dengan mummy! Go ahead with your life! I tak nak perempuan murah macam you ni. Berambus!" Hilman berteriak sekuat hati dan berlalu masuk meninggalkan Nasha yang sudah tertunduk malu.
  
      Nasha mengesat air matanya dan berlalu pergi dari perkarangan rumah itu. Hilman menghempaskan tubuhnya di atas tilam empuk.
   
      Rasa geram, marah dan kecewa bercampur menjadi satu. Gadis yang paling dia percaya dan pernah di cintai dulu telah menghancurkan segalanya.

      Hilman berasa sangat kesal kerana terlalu percayakan Nasha dan tak mengendahkan kata-kata sahabat di tempat kerjanya dulu. Hilman meraup kasar wajahnya dan berlalu ke bilik mandi.

                             **************

Yang Terakhir Where stories live. Discover now