Elina sibuk berdandan di hadapan cermin soleknya. Belum sempat hilang penat balik dari London semalam, hari ini Elina sudah kembali sibuk dengan urusan di butik dan sesi temubual bersama majalah fesyen.
Hari ini dia mengenakan dress paras buku lali berwarna putih dan dipadankan dengan tali pinggang berwarna hitam.
Mukanya didandan dengan warna-warna natural membuatkan serinya bertambah-tambah dan tidak menampakkan dirinya yang berusia 32 tahun.Rambut perangnya disanggul kemas. Elina tersenyum kecil bila perasan dirinya terlebih bergaya hari ni.
Elina keluar dari bilik dan berjalan ke arah meja makan. Susu segar dituang ke dalam gelas kaca, belum sempat mulutnya singgah di bibir gelas telefon bimbitnya pula berdering lantang.
"El...""Ye Isyraf Hilman. Awal pagi lagi dah call i." Elina menarik kerusi untuk duduk.
"You dekat mana?"
"I dekat rumah tapi dah nak keluar ni. Kenapa tu?"
"Malam ni dinner dengan i boleh?" Elina diam. Dia sedang berfikir mahu atau tidak menerima pelawaan lelaki itu.
"Please.. Dah sebulan kita tak jumpa. I rasa macam nak berbual dengan you. Macam dulu." Elina masih diam dan berfikir.
"El... You still there?"
"Alright! Malam ni pukul 8, you tetapkan tempat and tell me later. I got to go."
"Yes! Okay El. See you tonight. Take care dear!" talian terputus tanpa sempat Elina berkata apa-apa. Tanpa sedar dirinya tersenyum sendiri.
************
Camielia mengetuk pintu pejabat Elina. Dari luar jelas kelihatan Elina sedang sibuk melakar sesuatu di atas kertas putih bersize A4 itu. Camielia berdiri tegak dihadapan meja Elina.
"Kau dah kenapa terpacak je?"
"Dato Farid dah tunggu kau dekat bawah." suara Camielia mendatar. Elina berhenti dari melakukan kerjanya.
"Dia kata kalau kau tak jumpa dia, dia akan buat kecoh dekat bawah anddd dekat bawah tengah ada cust..." belum sempat Camielia menghabiskan ayatnya, Elina terus bersuara.
"Kau suruh dia naik sekarang!" Camielia berlalu keluar dari pejabat Elina. Elina mendengus geram.
Tidak sampai 5 minit bayang Dato Farid sudah kelihatan di hadapan Elina.
"You always look gorgeous dear." sapa lelaki itu.
"Apa lagi you nak?"
"Amboi, garangnya dia sekarang ni ya! Kenapa you tak datang ke kondo i? Lama sangat i tunggu tau." Dato Farid melabuhkan punggung di atas kerusi berdepan Elina.
"Come on Red, you dah tau jawapan i. Yang i memang tak akan datang sana sampai bila-bila. Apatah lagi nak berjumpa you! Siapa suruh you tunggu?! Apa yang susah sangat you nak faham ni Red?" Elina masih mengawal intonasi suaranya. Dia mengetap gigi geram.
"I bukan susah nak faham. Tapi i sengaja memilih untuk tak nak faham. Nelly boleh tak you jangan nak sombong sangat. You ingat kalau semua ni pihak media dapat tahu, nama you masih akan di banggakan sebagai pereka fesyen antarabangsa ke? I dah selidik semua pasal you tau. I tahu you ada butik di London dan siapa je tak kenal Naira Elina kan?" Elina menggenggam jemarinya menahan sabar. Giginya terkatup rapat.
"Haih, lagipun you single sekarang ni so why not kita macam dulu balik?" Dato Farid cuba menyentuh pipi Elina. Elina cepat menepis tangan lelaki itu.
"Yes, i'am single. Tapi you dah beristeri. Ingat Red! Itu semua sejarah hitam i dan i bukan macam dulu! Kalau you nak berfoya-foya sekalipun cari perempuan lain. Bukan I! Sekarang i nak you balik dan jangan jejak kaki you dekat sini lagi!" Elina mengawal intonasi suaranya lagi takut kalau-kalau suaranya boleh didengar oleh pengunjung butik.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...