Elina mencapai planner diatas mejanya. Camielia yang baru saja turun dari tingkat dua melabuhkan punggung bersebelahan Elina. Keletihan. Banyak kerja yang perlu dilunaskan di butik hari ini termasuk meeting bersama client.
"Dah habis bergayut dengan kekasih hati ke?" Camielia menyoal dengan nada mengajuk.
"Dah. Apasal? Cemburu lettuw."
"Heh tak da masa nak cemburu. Ni kau nak ke mana?" Elina mengemaskan helian kertas yang bersepah diatas meja.
"Jumpa Puan Sri Rozita lah. Apa lagi."
"Meeting dengan dia mesti dekat favourite place dia kan?" Camielia meneka.
"Yes exactly! Black Jane Restaurant. Tapi makanan dekat sana sumpah sedap Camie. Kau kena cuba tau." Elina sudah bangun.
Kemeja berwarna hijau pastel ditubuhnya itu dibetulkan. Skirt 3 suku bewarna putih itu juga diperkemaskan.
"Tak banyak duitlah nak ke sana."
"Heh kau tu yang kedekut kalau bab makan. Tak payah nak drama tak banyak duitlah tak mampu lah apa lah. Dah aku pergi dulu ya. Jumpa dekat rumah." Elina meninggalkan Camielia yang sudah sibuk menulis sesuatu di dalam planner, sempat Camielia mencebek.
Dari butiknya ke Black Jane Restaurant mengambil masa sekurang-kurang 40 minit jika jalan tidak sesak. Elina memandu dengan cermat. Banyak pula kereta di jalan hari ini, desis Elina.
Selang beberapa minit dia tiba di perkarangan restoran tersebut. Sempat dia mencalitkan gincu berwarna pink di bibirnya sebelum keluar. Dari jauh kelibat Puan Sri Rozita sudah kelihatan.
"Sorry Puan Sri I'm late."
"It's okay. I yang terlebih awal sebab kebetulan dah dekat dengan area sini." Elina berasa lega. Kalau tidak habis reputasinya nanti.
"Order miss?"
"Watermelon juice.That's all" pinta Elina kepada pelayan.
"You tak nak makan?"
"Tak apa Puan Sri. After meeting I makan."
"Okay. So you dah siapkan dah design yang I minta you tempoh hari?" soal Puan Sri Rozita. Elina menyerahkan dua helai kertas yang sudah dipenuhi dengan rekaan busana pengantin.
Mereka duduk berbincang hampir dua jam sebelum Puan Sri Rozita meminta diri untuk pulang terlebih dahulu selepas menerima panggilan dari anak bongsunya.
Elina memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Selepas membuat pesanan matanya hanya meliar memandang sekeliling restoran yang eksklusif itu. Kebanyakan orang-orang korporat dan pelancong yang makan di situ.
Mata Elina yang meliar tadi terhenti pada susuk tubuh lelaki yang memperkenalkan namanya 'Adith' tempoh hari. Lelaki seperti kacukan Arab itu sedang bersandar di kaunter bayaran sambil berbual bersama pelayan restoran tersebut.
Chef coat berwarna hitam itu jelas menunjukkan dia seorang tukang masak direstoran ternama itu.
Hadith yang sedang tertawa mesra itu terkaku sebentar saat matanya terlekat pada Elina yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam. Gelak tawanya tadi terus bertukar menjadi senyuman sinis. Hadith bergerak menghampiri Elina.
"Apasal kau usha aku macam tak puas hati? Ada hutang kau ke?" soal Hadith dengan intonasi yang perlahan. Elina gelak sinis.
"Memang pun! Mana heels aku?" Hadith menutup mulutnya dengan gaya terkejut yang dibuat-buat setelah mendengar soalan yang diajukan oleh Elina.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
Romance13 tahun di tanah Eropah itu cukup mengajar erti jatuh bangkit seorang wanita bernama Naira Elina. Walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang pereka fesyen antarabangsa dirinya sentiasa rasa kosong. Setiap yang dia lakukan dia masih tidak berasa pua...