bab 8

889 34 5
                                    

Danial

Ish...mana dia ni? Dah 5 minit aku tunggu. Kerja aku asyik tunggu orang sahaja. Aduiii...

Aku melihat jam tanganku yang berjenama Rolex menunjukkan jam 12.05 petang. Sudah lima minit aku duduk disini. Aku menghirup minuman Latte ku. Sudah setengah cawan aku minum.

"SORRY LAMBAT!"

Aku memandang Ariana yang sedang berdiri di hadapanku. Aku memerhatikan gerak gerinya. Dengan selamba dia menarik kerusi di hadapanku dan duduk. Pakaiannya amat simple tetapi dia tetap nampak menarik walaupun hanya sekadar t-shirt putih,leggings dan kasut New Balance. Mataku jatuh pada wajahnya pula. Mukanya comel, manis dan berseri. Kecantikan Ariana sungguh berbeza dari wanita wanita lain. She has a natural beauty and effortlessly beautiful in her own way. Aku tidak sedar bahawa aku terpandangnya lama.

"Kau lambat." Akhirnya aku dapat mencari suaraku yang lama tersimpan di tekak. Aku membuka topik untuk mematikan suasana yang ganjil tadi.

"Lima minit aje. Tak mati pun tunggu." Ariana menjelingkan matanya kepada ku sambil melipatkan tangannya. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Mukanya comel bila sedang marah. Aku tergelak kecil.

"Whatever. By the way kau setuju dengan perancangan mereka?" Aku bertanya dengan nada yang sirius.

"Ofcourse im not. Lagipun aku rasa kau pun tak setuju dengan perkara ini." Ariana melihatku dengan renungan yang tajam.

"Baguslah kalau kau dah tahu apa jawapan aku. How about this,your family and my family have dinner together and YOU tell your parents yang kau tak setuju. Senangkan?" Aku sengaja menekan perkataan you supaya dia tahu bahawa dia yang harus maklumkan perkara ini.

"Kenapa aku yang kene bilang?" Muka Ariana kelihatan seperti aku tidak adil dengan apa yang telah aku cakapkan.

Aku bukannya tidak mahu beritahu daddy tapi nanti kalau aku bantah apa dia cakap,confirm dia akan cakap yang aku ni anak tak berhutang budi lah...anak derhaka lah... itu lah...ini lah... sebab tu aku suruh budak kecik ni yang bilang. Senang sikit kerja aku.

Aku menghirup lagi secawan latte ku dan sambung.

"Pasal kau perempuan. Perempuan ni selalunya kalau bercakap dengan ibubapa,ibubapa diorang akan terus sejuk hati pasal the way girls talk to their parents lemah lembut. Tapi aku tak tahulah kalau kau cakap dengan parents kau macam mana" aku memberi Ariana senyuman sinis.

"So are you trying to say that aku ni tak lemah lembut?" Muka Ariana mula terasa panas tanda yang dia sedang marah.

"Nope. You said it yourself. So are you up for it?" Aku menaikkan keningku.

"I will try. For your info,aku ni anak manja,my parents akan dengar kata aku itu pun kalau aku pandai pujuk."

Telefonku vibrate. Aku melihat kepada skrin telefonku. Ada satu mesej. Aku melihat jam tangan sudah jam 12.30 petang. Aku terlupa temu janji aku dengan Sarah. Aku telah berjanji dengan dia aku ambil dia dari shopping mall jam 12.30 petang. Alamak...confirm Sarah akan merajuk dengan aku. Ni lah perempuan...cepat sangat merajuk. Baik aku bergerak sekarang.

"Okay kau buat lah apa yang patut. Tak kisah lah kalau kau ni anak manja ke,anak tak manja ke asalkan you cut off this arrange marriage. I got to go now." Aku menghabiskan minuman ku. Aku mengambil telefonku di atas meja dan bergerak dari tempat itu.

Ariana

Aku melihat cermin di bilikku pada kali yang terakhir sebelum aku keluar. Aku mencapai kunci keretaku yang terletak di atas katil. Hari ni pakaian aku simple aje. Just t-shirt and leggings. Malas lah aku nak bersiap siap dengan semangat. Aku setakat nak jumpa mamat poyoh tu je,dia bukannya boyfriend aku ke apa.

Aku melihat jam tanganku yang menanda pukul 11.15 pagi.

"ALAMAK! DAH LAMBAT NI!" Aku dengan kalam kabutnya memakai kasut new balance dan terus keluar dari situ. Jarak tempat aku ke tempat yang aku hendak tuju tu tak lah jauh mana tapi aku ni part nak cari parking tu lah yang leceh sikit. Aduh...

Sampai sahaja di Coffee Bean,aku mencari cari tubuh tegap Daniel. Dan akhirnya aku jumpa pun dia! Dia duduk di sebelah kaca tingkap. Aku melihat jam tanganku. Jam 12.05. Hmm.. patut pun muka dia masam. Tak sangja orangnya menepati janji.

Bagus i like. Tepat pada masa. Tapi aku yang tak tepat. Aduh...Ariana...Ariana...

Aku ke tempat Daniel yang sedang duduk di sofa kecil. Nampaknya aku terpaksa meminta maaf. Walaupun aku sebenarnya tak lah lambat mana pun. Aku hanya lambat 5 minit aje itu pun pasal aku tadi nak cari parking agak susah.

"SORRY LAMBAT!"

Aku dengan selamba menarik kerusi di hadapanku. Buat apa aku nak rasa bersalah? Buat je lah kulit tebal. Aku duduk dah selesakan diriku di atas sofa kecil ini. Aku membuka phone ku dan melihat jikalau ada sesiapa yang mesej atau call. Surprisingly there's no one.

Mamat ni kenapa senyap je. Aku bercakap sendiri di hati.

Aku mendongakkan muka ku dan aku ternampak Daniel memandangku seperti orang yang tidak pernah nampak wanita. Kenapa dia tengok aku macam gitu sekali? Aku terpakai bedak muka lebih ke? Baju aku ade koyak? Mulut aku kot agaknye ada sisa makanan tadi pagi. Ataupun rambut aku ni yang tak terusus? Aku membetulkan apa yang patut. Aduh...Mamat ni buat diri aku ni rasa ganjil pulak. Dah lah dia tak cakap apa apa dari tadi.

"Kau lambat." Akhirnya dia cakap pun sesuatu. Ingat kan dia bisu. Hehehe...

"Lima minit aje. Tak mati pun tunggu." Aku bercakap sambil melipatkan tanganku. Ada ke patut dia cakap aku lambat? Setakat lima minit aje itu pun nak berkira. Aku ternampak Daniel ketawa kecil. Gila ke dia ni?

"Whatever. By the way kau setuju dengan perancangan mereka?" Daniel bertanya dengan nada yang sirius.

"Ofcourse im not. Lagipun aku rasa kau pun tak setuju dengan perkara ini." Aku memberinya renungan yang tajam.

"Baguslah kalau kau dah tahu apa jawapan aku. How about this,your family and my family have dinner together and YOU tell your parents yang kau tak setuju. Senangkan?"

WHAT? ME? WHY ME? Aku menarik muka yang masam. Ini tidak adil!

"Kenapa aku yang kene bilang?" Nampak sah dia nak senangkan kerja dia. Ishhh...dia ingat senang sangat ke nak beritahu parents aku yang aku ni tak setuju? Memang tak lah.

Aku melihat Daniel menghirup secawan latte dan dia sambung

"Pasal kau perempuan. Perempuan ni selalunya kalau bercakap dengan ibubapa,ibubapa diorang akan terus sejuk hati pasal the way girls talk to their parents lemah lembut. Tapi aku tak tahulah kalau kau cakap dengan parents kau macam mana." Daniel memberiku senyuman sinis. Ini semua alasan semata mata. Dan apa maksud dia 'Tapi aku tak tahulah kalau kau cakap dengan parents kau macam mana' ? Dia perli aku??

Ya Allah sabarlah Ariana... Aku menarik nafas yang panjang sebelum menjawab perbualan Daniel.

"So are you trying to say that aku ni tak lemah lembut?" Aku cuba sembunyikan mukaku yang berasap ini tapi gagal.

"Nope. You said it yourself. So are you up for it?" Dia ingatkan aku tak berani? Hmmm....nak balas apa ni? Alah cakap je lah aku anak manja.

"I will try. For your info,aku ni anak manja,my parents akan dengar kata aku itu pun kalau aku pandai pujuk." Hah! Rasakan!

Aku melihat gelagat Daniel yang dari tadi asyik sibuk melihat jam tangannya.

"Okay kau buat lah apa yang patut. Tak kisah lah kalau kau ni anak manja ke,anak tak manja ke asalkan you cut off this arrange marriage. I got to go now." What? That's it? Dia tak kisah pun aku anak manja??? Wow Ariana...

Aku melihat dia menghirup minumannya buat kali terakhir selepas itu dia mencapai telefon bimbitnya dan pergi dari tempat itu. And...dia tinggalkan aku bulat bulat macam tu aje?? Tak gentlemen langsung. Bukannya nak offer aku air ke atau pergi dari tempat itu sama sama. Ini yang mami aku kata dia anak yang baik? Gentlemen? I think its the opposite.

Hey sorry for the long wait! I have so much school projects and assignments I need to finish up. Btw saya mahu mengucapkan terima kasih kerana terus membaca buku ini. Once again sorry for the long wait guys!

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now