Daniel
KRING KRINGGGG KRING KRINGGGG
"Ish siape ni telefon? Time time busy macam gini pula nak call." Aku mengomel sendirian.
Aku mengambil telefon bimbitku yang terletak disebelah kertas kertas kerja. Aku melihat nombor yang berada di skrin telefonku. Nombor ini seperti aku kenal tapi tak mungkin.
"Hello?" Aku mengangkat panggilanku.
Senyap.
"Um hello??"
Senyap.
Teet....
Dan akhirnya telefon itu dimatikan. Ini mesti kerja budak budak nakal. Telefon orang lepas tu senyap Dan akhirnya tamatkan talian. Malas aku nak layan. Aku menyambung kerja ku. Telefonku berdering sekali lagi. Nombor yang sama keluar dari skrin telefonku. Aku menunggu telefon berdering buat kali ke empat. Buat kali yang ke lima aku sudah tidak tahan lagi jadi aku menjawab panggilan itu.
"Kalau kau call aku lagi,aku report polis!" Dan tiba tiba aku terdengar suara wanita tersedu sedu di hujung talian.
"Irfan honey...i miss you..." Aku terdiam seketika apabila mendengar suara itu. Suara yang sangat aku kenal. Hanya satu orang sahaja yang memanggilku dengan panggilan itu. Aku mematikan telefonku. Tak mungkin itu dia...
*********************
Aku telah membuat reservation di restoran untuk keluarga ku dan Ariana. Mama dan Daddy aku have no idea that im not into their plans. Tonight is the night that I err...no I mean Ariana will tell them the bad news.
Aku menunggu Mama,Daddy dan Ariana and her family di dalam restoran. Aku tidak pergi bersama keluargaku kerana aku ada hal sikit selepas kerja so i just meet them here. Hati aku berdebar debar menunggu kehadiran mereka. Aku takut dengan apa yang akan berlaku setelah Ariana memberitahu tentang aku dan dia tidak setuju dengan perancangan mereka.
Tepat pada jam lapan malam Mama dan Daddy sampai. Kurang berapa minit kemudian,Ariana dan keluarganya sampai juga dan duduk di hadapan kita. Aku duduk di hujung meja dan Mama dan Daddy pula duduk berdua di sebelah aku.
Psst. Ni aku nak bilang sikit. Yang duduk betul betul di hadapan aku pula seorang gadis comel dan cantik. Eh! Eh tak. What i meant was si budak cekik darah tu lah.. Siapa lagi, kalau bukan si Ari. Hah.
Lima minit kemudian makanan yang kami pesan sudah pun sampai. Aku menyuapkan makanan di mulutku buat kali yang ke tiga. Aku mendongakkan kepalaku ke depan dan melihat Ariana yang sedang khusyuk makan Carbonara nya. Dia tidak sedar bahawa ada sisa makanan di bibirnya. Aku tergelak kecil.
"Kenapa ka..awak gelak?" Oh..sekarang gunakan term 'awak' pulak? Oh okay aku faham kenapa.
"Saya gelak sebab mulut awak to comot lah." Aku memberinya senyumanku. Kalau ikutkan hati,aku tak nak pun bilang kenapa aku gelak. Tapi we must act professional. So aku bilang lah. Lagi pun dia nampak lebih comel bila ada sisa makanan itu ada di mulutnya. Hahahaa!
Ariana dengan pantas mengambil napkin di atas meja dan membersihkan mulutnya yang comot itu.
Mama dan Daddy aku sibuk cerita tentang hal bisnes,aku dan Ari pula sebok bergaduh tentang siapa yang nak sampaikan berita sedih ni.
"Kau lah yang bilang" Ariana membisik dan menendang nendang kaki ku. Benjol juga kaki aku ni. Badan punya lah kecik tapi dia punya tendang boleh tahan sakit.
"Kau lah yang bilang. Kan kita dah bincangkan hari itu!" Aku membisik sepelan mungkin.
"You tell them!" Suara Ariana tertinggi sidikit membuatkan ibubapa kami terdengar.
"Bilang apa ni sayang?" Mami Ariana menoleh ke arah Ari. Semua mata memandang Ari dengan penuh harapan dan tanda tanya. Aku dapat melihat muka Ari yang sedang takut,panik dan pada masa yang sama cuba untuk menampakkan wajah yang tenang. Aku ingin ketawa melihat mukanya yang bercampur emosi itu tapi aku simpan sahaja di dalam hati. Ari menendang nendang kaki ku di bawah meja tetapi kali ini tendangannya lebih kuat sedikit. Aku menahan rasa sakitku di hati.
Kesian pula aku tengok budak ni. Tak apa lah biar aku yang cakapkan. Aku meminum segelas air sejuk sebelum aku bercakap.
"Ermmm Mama,Daddy,Uncle,Auntie, sebenarnya saya dan Ari..."
"...SETUJU DENGAN PERKAHWINAN INI!"
WHATTTT??? Is she crazy or something? Bila masa aku setuju? Aku melihat Ari dengan penuh rasa amarah.
"Alhamdulillah...Mama dan Daddy dah agak dah mesti pilihan kami tak akan mengecewakan Ari dan Daniel." Aku memberikan separuh senyuman dan Mama membalasku dengan senyuman yang gembira dan penuh harapan. Aku sebenarnya ingin membetulkan percakapan Ari tadi tapi setelah melihat mama dan semua gembira,tak sampai hati untuk aku cakapkan.
"Jadi bila nak langsungkan perkahwinan ni?" Aku memberi Ari renungan yang tajam. Sungguh geram aku dengannya. Ari kenapa kau sanggup setuju??
"Minggu depan? Lagi cepat lagi bagus." Uncle Johan tambah.
Minggu depan?? Cepatnya! I don't even get to know her yet!
"Errr...tak macam cepat ke?" Ariana bersuara.
"Benda baik ni kalau kita buat cepat-cepat lagi bagus." Tambah mami.
Aduiii...ni lah Ariana semua kau punya pasal! Apa aku nak buat ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...